Hairan sungguh dengan puak puak yang terlalu taksub dengan DAP, agama pun boleh jadi mainan nampaknya.
Memang tak salah untuk menjemput mana mana orang menjamu selera, tapi dengan menjemput bukan Islam untuk makan bersama dlam berbuka dilihat adalah amat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.
Puasa adalah untuk menguji tahap keimanan seseorang dan berpuasa juga adalah untuk mengingati bahawa ada insan lain yang tidak menjamah makanan seharian dan puasa di bulan Ramadhan sepatutnya menginsafkan kita dengan nasib mereka.
Tapi dengan menjemput Guan Eng berbuka sekali nampak sangat, ada dikalangan orang Islam sendiri yang tidak faham apa itu erti berpuasa, kalau nak diikutkan, mereka yang tidak berpuasa haruslah menghormati mereka yang berpuasa dengan memberikan peluang untuk mereka menjamah makanan terlebih dahulu setelah seharian menahan lapar dan dahaga.
Kecualilah Guan Eng tu fakir miskin atau mereka yang tiada kemampuan, mungkin juga boleh dipertimbangkan, ini sedap sedap dia makan segala bagai sepanjang hari, bila sampai waktu berbuka dengan lahap dia pun ikut makan sekali.
Yang menjemput pula takkan langsung tak tau adap berbuka. Tapi ye lah, kang hilang pulak peruntukan dari DAP untuk meneruskan kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan