Khamis, 30 Jun 2016

PHANG LI KHOON BAWA NASIB MALANG KEPADA LIM GUAN ENG @NajibRazak @nohomar #scs14

Nampaknya Lim Guan Eng kini mendapat tempias 'FENG SHUI' buruk yang di bawa oleh Phang Li Khoon.


Semalam Guan Eng dan Phang telah ditangkap oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM untuk siasatan berhubung pembelian sebuah banglow oleh Guan Eng daripada Phang.

Semasa kisah ini hangat diperkatakan tempoh hari, Phang ada mengatakan bahawa banglow yang dijual kepada Guan Eng mempunyai Feng Shui yang tidak baik dan atas alasan tersebut, Guan Eng membeli banglow berkenaan dibawah harga pasaran.

Satu jawapan yang agak dangkal diberikan oleh Phang dalam usaha untuk melepaskan diri.

Dalam diam tak diam, rupanya Guan Eng dapat membeli kediaman berkenaan apabila syarikat milik Phang memperolehi beberapa kawasan tanah untuk dimajukan.

Sangkakala yakin pihak SPRM sudah mempunyai bukti kukuh dari setiap sudut barulah tangkapan dibuat dan akan didakwa dimahkamah.

Kes sama pernah berlaku ke atas Dato Sri Khir Toyo walaupun pada ketika itu, Khir Toyo telah memaklumkan kepada Bank Negara dan pihak Peguam Negara tentang pembelian banglow milik beliau yang dibeli dengan harga dibawah harga pasaran ekoran banglow tersebut terbengkalai.




Tiada ulasan: