Isnin, 27 Jun 2016

ZURAIDAH BELUM KEMUKA BUKTI PEROLEHI KENDERAAN MEWAH @NajibRazak @nohomar #scs14

Mungkin ramai yang sudah agak terlupa bahawa baru baru ini telah pun didedahkan beberapa gambar kenderaan mewah milik ahli parlimen Ampang.

Disini Sangkakala nak ingatkan semula bahawa Zuraidah belum lagi mengemukakan bukti darimana hasil pendapatan yang membolehkan beliau mempunyai 9 buah kenderaan sepanjang menjadi ahli parlimen Ampang.


Setahu Sangkakala, Wan Azizah sendiri telag mengarahkan Zuraidah mengemukakan pendapatan beliau sehingga memperolehi kenderaan tersebut.

Kalau dah presiden PKR sendiri pertikai darimana datangnya sumber kewangan Zuraidah hingga memiliki kenderaan berkenaan rasanya rakyat Selangor juga perlu bertanya perkara yang sama.

Adakah Zuraidah menjadi proksi kepada Azmin Ali selaku Menteri Besar untuk menjalankan perniagaan bagi mencari sumber kewangan Azmin?

Seperti yang pernah di dedahkan beberapa laman sosial baru baru ini, sebuah daripada semua kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat pembinaan.

Persoalannya disini, apakah hubungan Zuraidah dengan syarikat pembinaan tersebut hingga di beri kemudahan berupa sebuah kenderaan?

Mungkin pihak SPRM sudah boleh memulakan siasatan darimana sumber pendapatan Zuraidah dan apa hubungan beliau dengan syarikat berkenaan.



Tiada ulasan: