Rabu, 29 Jun 2016

JAWAPAN TOK MAT HASAN YANG BUAT HIDUNG BERDARAH !! @NajibRazak #scs14

Sangkakala rasa jawapan yang diberikan oleh YB Dato Sri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri 9 adalah jawapan paling tepat untuk mereka mereka yang merasakan adalah tidak adil apabila Tan Sri Muhyidin Yasin dan Dato Sri Mukhriz digugurkan keahlian.


Memang agak lama UMNO Malaysia hendak memutuskan keputusan pengguguran keahlian dua bekas pemimpin tersebut dan akhirnya keputusan dibuat sebulat suara untuk menggugurkan keahlian kedua duanya sekali.

Sangkakala yakin bahawa keputusan itu diambil setelah mengambil kira laporan laporan yang dibuat oleh ahli parti berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin dan Dato Sri Mukhriz.

Ada juga yang menpertikaikan bahawa ianya tidak dibuat oleh lembaga disiplin parti dan ianya adalah benar memandangkan kedua dua bekas pemimpin ini merupakan pemimpin tertinggj negara dan negeri maka ianya dibawa kepada keputusan ahli majlis tertinggi parti.

Seperti kata Tok Mat Hasan ada benarnya, manakan boleh lagi duduk sebumbung kalau sebaris bersama pembangkang memburukkan parti sendiri.

Jadi disini rasanya ahli parti juga perlu membuat penilaian sama ada tindakan keatas mereka wajar atau sebaliknya kerana jika ahli biasa melakukan perkara sama maka tindakan yang sama juga akan diambil oleh UMNO Malaysia.



Tiada ulasan: