Rabu, 29 Jun 2016

KERAJAAN LAPAR NYAWA DAN DAHAGAKAN DARAH PENGGUNA JALAN RAYA ?? @NajibRazak @nohomar #scs14

Agaknya kerajaan Selangor hari ini akan terus menunggu sehingga puluhan nyawa atau ratusan nyawa hilang barulah tindakan akan diambil.

Persiaran Atmosfera di kawasan Subang Bestari, sudah menjadi lubuk kemalangan maut apabila jalan dihadapan pejabat daerah mengalami kerosakan ktitikal sehingga pengguna mengambil keputusan untuk menggunakan jalan tersebut dengan masuk ke laluan menentang arus.

Sudah acapkali dilaporkan namun langsung tiada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.

Persoalannya sekarang ni, kemana pegi Pegawai Daerah? Kemana pegi Datuk Bandar? Kemana pergi Ahli Majlis? Kemana pergi Penyelaras DUN? Kemana pergi Ahli Parlimen Subang?

Semua makan tidur atau tunggu projek yang menguntungkan sahaja baru nak buat?

Setahu Sangkakala, peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri berjumlah ratusan juta, kemana peruntukan tu dibelanjakan sehingga jalan yang sepatutnya dibaik pulih dengan menggunakan bajet tersebut tidak kelihatan.



Tadi satu lagi kemalangan maut telah berlaku di kawasan tersebut, sampai bila kerajaan negeri nak biarkan perkara ini?

Sebuah motor telah bertembung dengan sebuah kereta hingga mengakibatkan penunggang motosikal maut ditempat kejadian.

Mungkin kerajaan Selangor sekarang ni dahagakan darah dan laparkan nyawa pengguna jalan raya kot.



Tiada ulasan: