Selasa, 28 Jun 2016

300 RIBU JE PERUNTUKAN ?? KENAPA KEJAM SANGAT KERAJAAN.PUSAT NI ?? @NajibRazak @nohomar #scs14

Sebanyak RM 300 ribu peruntukan di salurkan oleh kerajaan pusat kepada ADUN Kota Damansara untuk membaik pulih prasarana di PPR seksyen 8 Kota Damansara.


Projek membaik pulih prasarana di kawasan perumahan tersenut adalah untuk memberikan keselesaan kepada penghuni di PPR tersebut.

Hampir 3000 orang penghuni mendapat manafaat daripada projek berkenaan.

Tapi Sangkakala nak tanya juga, kemana pergi peruntukan yang disalurkan kepada penyelaras DUN di Kota.Damansra?

Daripada apa yang Sangkakala tahu, hampir RM 1 juta disalurkan setiap tahun kepada Razlan yang merupakan penyelaras DUN.

YB Halimaton dah tentu lah daripada Barisan Nasional yang tidak mendapat apa apa peruntukan dari kerajaan negeri dan hanya mengharapkan.peruntukan kerajaan persekutuan bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Kalau tengok dalam gambar keratan akhbar diatas, sebelah kiri sekali adalah Shatiri yang merupakan ahli majlis perbandaran Petaling Jaya dan merupakan orang PKR juga.

Persoalannya sekarang, kemana pula peruntukan daripada MBPJ yang sepatutnya disalurkan kepada PPR berkenaan? Takkan sebagai ahli majlis, Shatiri langsung takde suara untuk membela nasib rakyat.

Semasa belum menjadi kerajaan dulu, mereka mereka inilah yang terpekik terlolong mengatakan bahawa mereka akan menjadi suara, mata dan telinga rakyat.

Tapi setelah memerintah, suara dah jadi bisu, mata dah jadi buta dan telinga dah pekak tuli sehingga rintihan rakyat yang mahukan keselesaan diabaikan.




Tiada ulasan: