Ahad, 26 Jun 2016

HENTAKAN TONY PHUA BUAT AZMIN MULA KELAM KABUT @NajibRazak @nohomar #scs

Seminggu lepas pilihanraya umum di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah berlangsung dimana kemenangan telah diperolehi oleh Barisan Nasional di kedua dua tempat.

Di Sungai Besar, satu perkara yang amat membingungkan Menteri Besar apabila pertandingan melibatkan 2 parti iaitu PAS dan PAN selain dari Barisan Nasional.

PAS masih lagi mempunyai anggota exco dalam kerajaan negeri seramai 3 orang dan ini membuatkan PAS masih lagi dalam kerajaan negeri.

Tetapi apabila PAS bertanding di Sg Besar melawan PAN dan Barisan Nasional, jelas menunjukkan bahawa Azmin selaku Menteri Besar gagal untuk mengawal parti yang ada dalam kerajaan Selangor.

Disebabkan oleh itu, pengerusi DAP Selangor, Tony Phua mula menyerang Azmin supaya memecat exco dari PAS dan mengeluarkan PAS dari kerajaan negeri Selangor.


Nampaknya DAP Selangor juga mendesak supaya Azmin membubarkan DUN Selangor jika beliau tidak mahu memecat exco kerajaan negeri dari PAS.

Memang kuasa untuk membubarkan DUN adalah dibawah Azmin Ali, tapi perlu diingat bahawa undi tidak percaya mampu untuk membubarkan DUN Selangor selain ianya dibubarkan oleh Menteri Besar.


1 ulasan:

powertrain1648 berkata...

PAS lawan PAN? Biar betui