Isnin, 6 Jun 2016

DOA RESTU AYAH DAN IBU MENGIRINGI YB BUDIMAN @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman

Pertandingan 3 penjuru telah disahkan berlaku di Pilihanraya Kecil Sungai Besar dimana Barisan Nasional, PAS dan PAN masing masing menghantar calon.

Namun dalam ketiga tiga calon yang ada, satu kelebihan dilihat bersama sama dengan YB Budiman Mohd Zohdi kerana bukan sahaja sebagai anak tempatan, malah beliau juga adalah wakil rakyat dalam DUN Sg Panjang.

Boleh dikatakan ramai dikalangan pengundi mengenali beliau dan sudah pasti ini adalah satu kelebihan berbanding calon lawan.


Salah satu faktor yang membolehkan seseorang itu memenangi sesuatu pertandingan dan dalam hal ini juga Budiman dilihat tampil sebagai juara yang mana bukan hanya ibu bapa kandung beliau memberikan doa dan restu malah beberapa orang lain yang Sangkakala temui juga menyatakan perkara yang sama.

Semoga YB Budiman akan dinobatkan sebagai ahli parlimen Sg Besar selepas hari pengundian nanti dan insyallah, khidmat terbaik akan beliau berikan.



Tiada ulasan: