Ahad, 5 Jun 2016

KERANA SALAH PINTU TERESA KOK DAPAT KEMALUAN BESAR @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar

Gara gara tersalah laluan ke tempat penamaan calon di PRK Sg Besar pagi tadi, Teresa Kok mendapat malu yang amat sangat apabila di 'booo' oleh para pengikut PAS.

Bukan setakat itu sahaja, Teresa juga dikutuk dengan perkataan 'PENGKHIANAT' oleh penyokong PAS yang mungkin geram dengan tindakan DAP yang melampaui batas.


Teresa juga dilihat cuba untuk menenangkan penyokong PAS namun tindakan yang diambil hanyalah sia sia apabila penghormatan yang diberikan kepada DAP sebelum ini nampaknya pudar sama sekali.

Mungkin ini adalah perkara yang amat menyakitkan dihati Teresa namun itu adalah tindakan terbaik yang pernah dilakukan oleh pengikut PAS setelah berhempas pulas memenangkan calon DAP dalam pilihanraya umum yang lalu.

Jadi disini nampaknya pengikut PAS juga telah sedar siapa DAP yang sebenar apabila mewujudkan parti PAN yang dicedok dari segelintir pemimpin PAS yang kecewa akibat dari kekalahan dalam pemilihan parti tersebut.

Mungkin ahli PAS sudah hilang sabar dan dengan kerana itu jugalah maka mereka mengambil tindakan untuk memberikan satu bayangan kepada pemimpin DAP tersebut bahawa PAS hari ini menolak sepenuhnya kerjasama dengan DAP.

Pengikut PAS khususnya di Sg Besar perlu melihat bahawa pengkhianatan yang dilakukan oleh DAP adalah dengan tujuan untuk memecah belahkan umat Islam di negara ini dan.seterusnya akan melancarkan gerakan bagi mereka mendapat kuasa pemerintahan.


1 ulasan:

Unknown berkata...

teresa kok pkr, bukan dap.. ada faham