Satu kebakaran telah berlaku di Kampung Sg Limau Sg Besar malam tadi dimana rumah yang terbakar hangus 70 peratus bermula dari belakang rumah berkenaan.
YB Budiman Mohd Zohdi yang merupakan calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Sg Besar bergegas ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.
Turut sama hadir ke tempat kejadian ialah, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Dalam kejadian lebih kurang jam 9.20 malam, 70 peratus kediaman mangsa hangus terbakar.
Persoalannya sekarang ialah, dimana calon PAS DAN PAN yang dikatakan akan.memgambil berat tentang permasaalahan penduduk sekitar parlimen Sg Besar.
Ini lah masalah apabila orang luar yang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat.
Adakah permasaalahan rakyat akan diambil kira dimasa hadapan? Adakah kebajikan rakyat di Parlimen Sg Besar akan terbela dan terjamin?
Jawapan yang paling tepat ialah TIDAK. Kerana apa? Kerana mereka ini akan hanya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan jawatan dan jelas terbukti malam tadi bahawa walaupun belum menjadi wakil rakyat, maka permasalahan rakyat itu sendiri tidak diambil peduli.
Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa calon PAN juga adalah anak tempatan kecuali PAS.
Jawapannya pula ialah, walaupun calon PAN adalah anak tempatan namun jika ini cara beliau bekerja, pasti akan mencipta masalah pada masa akan datang.
Jadi untuk jalan terbaik, lebih bagus kiranya YB Budiman menjadi wakil rakyat mewakili parlimen Sg Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan