Sabtu, 20 September 2014

FACEBOOK @PDRMsia TAK BERFUNGSI ??? APA HAL NI ??? @Zahid_Hamidi

Tujuan sesebuah akaun media sosial dibuka adalah bertujuan untuk memberikan maklumat sesegera mungkin kepada pihak lain dan begitu juga dari pihak lain yang ingin menghantar maklumat kepada kita.

Tapi bagi pihak Polis DiRaja Malaysia pula lain, akaun media sosial milik mereka seolah olah medium satu hala dimana hanya pihak PDRM sahaja yang menyalurkan maklumat tetapi untuk kita menghantar maklumat tentang sesuatu kejadian rasanya tidak diterima.

Sangkakala telah lama perasan perkara ni dan Sangkakala ingat itu cuma perasaan Sangkakala sendiri, tapi hari ini Sangkakala terbaca dalam laman facebook milik rakan Sangkakala yang merungut tentang perkara sama.


Bagi Sangkakala, alangkah bagus kalau laporan tentang sesuatu kejadian dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin dan ditambah baik dengan membolehkan sesuatu aduan berkenaan dengan pengedaran najis dadah atau lain lain yang memerlukan laporan secara cepat.

Zaman teknologi seperti sekarang, PDRM seharusnya mengambil peluang untuk menerima aduan (kecuali aduan yang memerlukan laporan bertulis) eloklah dibuka laman sosial untuk aduan ringan seperti lokasi ada penjualan najis dadah atau ada pusat pelacuran, perjudian dan sebagainya kerana ianya lebih berkesan dalam mengekang kegiatan kegiatan seperti itu dari terus berlaku.


1 ulasan:

efan dan ezan berkata...

salam... mohon saudara perbetulkan kenyataan saudara... selidik dahulu sebelum semberono menghukum... untuk makluman saudara, saya sendiri dah sering salurkan maklumat dadah kepada FB PDRM... ternyata respon PDRM adalah memuaskan dan tindakan turut diambil yg mana sy andaikan sedikit sebyk drp maklumat yg saya salurkan... mohon saudara selidik dahulu kerana tulisan saudara ini sedikit sebanyak akan disalahertikan oleh pihak2 lain yang berkepentingan...