Rabu, 10 September 2014

HINA SUNGGUH HADI AWANG DI MATA PENGIKUT PAS #sultanmurka #langkahkajang

Kerana kemelut yang melanda Negeri Selangor dalam kes pertukaran Menteri Besar,  Hadi Awang selaku Presiden PAS kini dicemuh oleh para pengikut Parti itu sendiri.

Haji Hadi telah menamakan 3 orang ADUN PAS di Selangor untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang kini telah dipecat oleh PKR gara gata tidak mahu menurut kehendak Anwar untuk menggantikan beliau dengan Wan Azizah.


Haji Hadi kini dilihat akan berhadapan dengan pengikut Parti PAS tetapi berhaluan Anwarinas yang kini dilihat begitu ramai dalam parti tersebut.

Haji Hadi bukan sahaja dicemuh tetapi sudah ada ura ura untuk menjatuhkan beliau sebagai Presiden Parti dan ada juga yang mengugut untuk mengheret beliau ke mahkamah atas tindakan menamakan tiga orang ADUN berkenaan.

Apa yang memeningkan sekarang ni dan menjadi persoalan, kenapa dah takde lagi suara suara yang memekik melolong untuk mempertahankan pemimpin PAS tersebut?

Adakah kekuatan Anwarinas dalam PAS terlalu ampuh hingga ahli ahli PAS jawi sudah tidak kelihatan lagi atau lebih tepat kalau Sangkalala katakan bahawa mereka ini sudah pupus agaknya.

Apa yang tinggal kini adalah yang membawa haluan berlainan daripada apa yang diperjuangkan oleh PAS itu sendiri dan untuk mengatakan bahawa PAS sekarang masih membela Islam sebagaimana yang mereka katakan dulu nampanya sudahpun tiada.

Apa akan jadi dengan nasib Haji Hadi selepas ini? Adakah beliau akan berdiam diri atau beliau akan bangkit bersama bala tentera dalam PAS yang ada kemungkinan sekarang ini sedang melihat apa yang aian berlaku.

Jika berterusan begini, Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa dalam pemilihan Presiden PAS di masa akan datang, Mat Sabu akan melanggar Hadi dengan tanpanrasa segan silu dan jika Mat Sabu berjaya menjadi Presiden makan PAS hanya akan tinggal nama dan perjuangan mereka juga akan menjadi sejarah.



Tiada ulasan: