Semalam Sangkakala terbaca dalam akhbar online Berita Harian yang mengatakan bawa Rozana Misbun isteri kepada Awie yang merupakan penyanyi kumpulan Wings yang menghadapi beberapa kes di Mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah diperintah untuk membayar kos sebanyak RM 500 kerana terlewat 20 minit bagi menghadari prosiding mahkamah semalam.
Kes di Mahkamah sivil telah menunjukkan bahawa Awie telah didakwa dibawah seksyen 325 kanun keseksaan dimana dia didakwa telah memukul Rozana hingga mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan beliau akan dikenakan hukuman penjara sehingga 7 tahun.
Gambar kecederaan yang diterima oleh Rozana telah dimuat naik melalui beberapa akaun media sosial terutamanya facebook dan memang kelihatan beliau cedera parah akibat dipukul oleh Awie sepertimana yang diperkatakan.
Tapi agak menghairankan apabila Awie telah bertindak untuk meminta mahkamah bagi menidakkan Rozana untuk melihat atau melawat anak anak beliau sedangkan Awie yang memukul Rozana.
Kalau nak diikutkan, Awie adalah orang yang dituduh mendatangkan kecederaan tapi Rozana pula yang menerima hukuman dengan menafikan hak beliau sebagai seorang ibu dan keadilan perlu diberikan sepenuhnya kepada beliau.
Sangkakala pernah mengeluarkan artikel tentang perkara ini hingga membuatkan Awie naik berang sampai sanggup mengatakan bahawa Sangkakala seolah olah tidur sebantal dengan Rozana kerana mengeluarkan artikel tersebut dan persoalannya adakah apa yang Sangkakala tuliskan itu adalah benar dan ini perlu dijawab oleh Awie.
Kes kedua pula di mahkamah syariah yang mana Awie selama ini rupanya tidak pernah mendaftarkan perkahwinan beliau yang dilakukan di selatan Thailand di Malaysia dan ini juga akalau nak diikutkan adalah menjadi satu kesalahan.
Awie juga dikatakan melakukan perkara sama terhadap Arni Nazira dimana hak penjagaan tidak diberikan kepada ibu kepada anak anak beliau.
Bukanlah niat Sangkakala untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga Awie dan Rozana, tapi rasanya sebagai manusia Awie perlu melihat bahawa anak anak beliau dengan Rozana juga memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Banyak kali juga Sangkakala baca dalam akhbar terutamanya portal yang mana Awie mengatakan bahawa kini dia bahagia bersama anak anak tanpa Rozana tapi satu perkara yang perlu kita lihat ialah, jangan kita hanya memikirkan tentang kebahagiaan kita sendiri kerana kebahagiaan anak anak juga rasanya perlu difikirkan oleh Awie begitu juga kebahagiaan Rozana.
Sepatutnya permasaalahan rumah tangga seperti yang berlaku diantara Awie dan Rozana tidak perlulah sampai melibatkan anak anak yang tidak mengerti apa apa kerana ini akan merosakkan pemikiran mereka.
Berbalik kepada keadilan untuk Rozana, Sangkakala rasa Awie perlu lebih bermuhasabah diri dengan memikirkan bahawa Rozana juga mempunyai hak keatas anak anak beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan