Sangkakala terbaca dalam page Selawat Perdana yang mana page berkenaan telah menegur pihak pengurusan syarikat penerbangan Firefly yang mana dalam majalah penerbangan anak syarikat MAS itu mengandungi gambar dimana seorang pramugari memijak lambang bulan sabit dan bintang pecah 14.
Mungkin orang ramai tidak perasan dengan gambar diatas yang berada dalam majalah dalam pesawat firefly dan mungkin orang ramai juga tidak mengetahui apa maksud lambang tersebut.
Tapi nampaknya sudah ada yang terperasan dengan gambar yang dimaksudkan dan teguran telah dibuat melalui page Selawat Perdana.
Baca DISINI untuk bacaan lanjut teguran Selawat Perdana kepada pihak firefly....
Apa yabg diharapkan apa bila ada teguran seumpama ini pihak pengurusan firefly akan mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga sensitiviti lambang yang dimaksudkan kerana ianya membawa maksud yang amat besar dan bermakna buat negara Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat penerbangan sudah pastilah firefly merupakan duta kecil kepada kerajaan Malaysia dan jika perkara perkara seperti ini tidak diambil peduli rasanya adalah amat tidak wajar.
1 ulasan:
Kata sumber, firefly untuk MCA. Saya tak pasti, tapi agak benar juga.
Jika MCA, ini lah wajah bertopeng, kata helenang blogspot.
Catat Ulasan