30 ribu orang membanjiri Dataran Temerloh malam tadi untuk bersama sama dalam program Selawat Perdana yang dibawa oleh Yayasan Perpaduan Ummah.
Program Selawat Perdana ini setiap kali dianjurkan sudah pasti akan dipenuhi dengan ribuan manusia dan seperti baru baru ini di Kuala Kubu Bharu, walaupun dalam keadaan hujan, para pengunjung masih lagi memenuhi padang Stadium Mini Kuala Kubu.
Sebelum berada di Temerloh dan selepas di Kuala Kubu Bharu, kumpulan Selawat Perdana ini telah dijemput ke Sarawak dan disana juga ribuan rakyat Sarawak beragama Islam telah hadir.
Program ini nampaknya semakin diminati dan semakin disukai bukan sahaja oleh golongan dewasa, malah golongan muda dan kanak kanak juga turut terlibat sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan