Khamis, 18 September 2014

PANAS !!! APABILA @saifuddinabd DICABAR OLEH @tunmaharezza UNTUK BERDEBAT #aktahasutan

Nampaknya isu Akta Hasutan yang diminta untuk dimansuhkan oleh pihak pembangkang bertambah panas apabila bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga menyokong tindakan tersebut.

Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah memang dah tak disenangi oleh ahli ahli UMNO walaupun pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri.

Hari ini seorang penggiat laman media telah meminta supaya Saifuddin berdebat dengan beliau tentang apa perlunya akta tersebut dikekalkan oleh kerajaan Malaysia.


Nampaknya pelawaan ni bukan main main aau pun sengaja untuk mengacah, tapi pelawaan ini benar benar mencabar kewibawaan Saifuddin sama ada berani menyahut cabaran atau hanya akan menikus seperti dahulu.

Tindakan Saifuddin sebenarnya tidak disenangi oleh ahli UMNO atau pengikut UMNO sejak daripada bermulanya revolusi mahasiswa apabila beliau seolah olah merestui perbuatan mahasiswa anti kerajaan yang dilihat bertambah biadap ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri dulu.

Saifuddin juga seolah olah memihak kepada mahasiswa biadap ini yang telah menurunkan bendera gambar Perdana Menteri di bangunan PWTC.

Sangkakala sendiri pernah bertanya pada Saifuddin mengapa perkara tersebut boleh berlaku sedangkan pelajar pelajar ini asalnya cuma hendak menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi tapi kenapa mereka ini ke PWTC pula perginya.

Saifuddin menjawab soalan tersebut dengan mengatakan bahawa memorandum boleh dihantar di mana mana sahaja dan apa yang Sangkakala jadi pelik ialah, semasa para pelajar ini hendak menghantar memorandum berkenaan, Saifuddin berada di sebuah hotel di Kuala Lumpur membincangkan sesuatu dan apabila pelajar ini hendak menghantar memorandum, Saifuddin pula mengambil keputusan untuk pergi ke PWTC bagi menerima memorandum berkenaan.

Jawapan dangkal yang diberikan oleh seorang Timbalan Menteri, kalau dah memorandum tu boleh dihantar di mana mana, kenapa tak suruh hantar kat hotel tu je Datuk? Ke memang ada niat lain ni?

Apa pun berbalik kepada cabaran debat tadi, Sangkalala nak tengok berapa lama Saifuddin akan mendiamkan diri tanpa menyahut cabatan berkenaan dan kalau ianya dibiarkan begitu sahaja oleh Saifuddin maka dengan sendirinya kita boleh menilai bahawa beliau hanya menyalak tanpa kekuatan untuk mengukuhkan hujah kenapa Akta Hasutan di Malaysia perlu dimansuhkan.



Tiada ulasan: