Sabtu, 6 September 2014

SOKONG TINDAKAN MANSUH AKTA HASUTAN @NajibRazak #aktahasutan

Ramai hari ni dah naik separuh gila apabila Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau tetap dengan pendirian baha2a akta hadutan akan dimamsuhkan sepertimana yang telah dikatakan oleh beliau sedikit masa dahulu.


Tapi bagi Sangkakala pulak, Sangkakala amat bersetuju jika akta ini dihapuskan kerana ianya bagi Sangkakala tidak berguna lagi dalam sistem perundangan di Malaysia dan bukan akta hasutan sahaja yang perlu dihapuskan malah apa juga akta yang mampu untuk mengheret kebiadaban pembangkang atau rakyat perlu dihapuskan.

Bukanlah niat Sangkalala untuk membela Perdana Menteri, tapi kita perlu juga melihat bahawa selama ini akta tersebut hanya tersimpan didalam buku perundangan tetapi apabila ada penangkapan dibuat ianya tidak diguna pakai.

Bukan kita tak tahu bahawa yang menjalankan tugas untuk mendakwa adalah Pejabat Peguam Negara dan adakah akta ini pernah digunapakai selepas Tan Sri Ghani Patael menjawat jawatan tersebut dan jika ada sekalipun ianya hanya beberapa kerat sahaja yang didakwa malah lebib ramai lagi yang dibebaskan.

Nak salahkan Perdana Menteri juga dengan perlantikan AG ni? Apa guna letak Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga perundangan negara kalau tidak mampu untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan pelaksanaan undang undang di Malaysia.

Tangkapan dibuat dan akhirnya pendakwaan tiada kerana pelbagaialasan yang diberikan termasuk ketiadaan bukti atau bukti tidak mencukupi hingga kesalahan kesalahan seperti itu tidak dibawa ke mahkamah.

Seperti contoh, himpunan BERSIH sudah terang terangan bahawa penganjur menghasut rakyat untuk melakukan pelbagai prokasi dijalanan hingga pernah berlaku rusuhan yang menyebabkan kecederaan.

Tapi adakah akta berkenaan diguna pakai? Bukankah secara terang terangan perkara tersebut berlaku?

Begitu juga dengan laman sosial yang digunakan oleh sesetengah orang yang.tidak bertanggungjawab dalam usaha menghasut rakyat untuk benci kepada kerajaan dan juga menghasut rakyat untik benci kepada.sistem beRaja di negara ini dan adakah mereka ini diambil tindakan yang sewajarnya oleh AG?

Jadi disini Sangkalala rasa elok lah dimansuhkan tetapi diganti dengan satu akta yang lebih kuat untuk mengekang segala perlakuan yang menyalahi undang undang.



Tiada ulasan: