Isnin, 15 September 2014

BILA KETUA UMNO BAHAGIAN SUBANG NAIK ANGIN #langkahkajang #sultanmurka

Mungkin tahap kesabaran Ketua UMNO Bahagian Subang yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato' Hj Zein Isma sampai ke tahap maksima.

Tambahan pula melihat kebiadaban mereka mereka yang selalu memperlekeh dan menghina bukan sahaja pemimpin malah sampai ke tahap Sultan dan Raja juga tidak lagi dihormati.


Dato' Zein hari ini mengeluarkan pendapat beliau agar ROH dan SEMANGAT Akta Hasutan diperketatkan seperti diatas.

Kita semua tahu bahawa pakatan pembangkang telah mendesak kerajaan supaya ISA dan akta hasuyan dimansuhkan kerana kononnya ia tidak lagi relevan untuk digunapakai di Malaysia.

Dan bermula dari itu, maka gegak gempitalah penyokong yang terkonyong konyong tidak tahu menahu tentang kebaikan akta berkenaan dalam menjaga perpaduan negara meminta supaya ianya dimansuhkan juga.

Mereka yang memberikan sokongan ini ada dikalangan orang yang bijak pandai tetapi mereka lebih kepada menutup kebaikan akta hasutan dan ISA daripada membuat pendedahan keburukan jika ianya dimansuhkan.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa di Singapura masih lagi dihidupkan akta yang seumpama dengan akta hasutan serta ISA malah di Amerika yang merupakan negara maju juga masih lagi menggunakan akta sama cuma nama yang berbeza.

Tapi macam biasalah Dato', yang mengikut PR semuanya bangang tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut, masing masing mengatakan bahawa mereka hebat dan mereka saja yang betul sampai masa nanti baru le mereka ni tahu apa kebaikan yang ada pada kedua dua akta berkenaan.

Akta ISA dan Hasutan seumpama Hang Tuah yang mana semasa ada ianya difitnah tapi selepas ketiadaannya ianya dicari semula.


Tiada ulasan: