Selasa, 7 Mei 2013

ADUN PAKATAN PEMBANGKANG PERAK DERHAKA SEKALI LAGI

ADUN dari kalangan parti pembangkang di negeri Perak hari ini sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka apabila mereka enggan untuk sama sama dalm majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak selepas Pilihanraya Umum dijalankan kelmarin.

Seperti yang pernah terjadi semasa kerajaan Barisan Nasional mengambil alih kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009 aelepas 11 bulan pakatan pembangkang menakluki negeri tersebut.

Dalam tahun 2009 pembangkang telah membuat provokasi dengan cara cuba menghalang kenderaan baginda Sultan dari masuk ke dalam Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hingga ada dikalangan pengikut pakatan pembangkang yang baring di atas jalanraya.

Tapi pada hari ini, pembangkang didapati tidak hadir ke majlis angkat sumpah Menteri Besar dan ini dilihat sebagai satu lagi cara mereka memboikot upacara yang melibatkan Sultan.

Walaupun pakatan pembangkang mengatakan bahawa mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kelmarin namun itu tidak boleh dijadikan alasan kerana mereka seharusnya menghormati Sultan yang turut sama hadir dalam majlis tersebut.




Apakah lagi yang tidak memuaskan hati pembangkang? Segala permintaan mereka disambut dalam pilihanraya kali ini dan beberapa negeri telah kembali ke tangan mereka dan menurut apa yang berlaku pada hari ini Kelantan dan Pulau Pinang melakukan upacara angkat sumpah pada hari ini dan kedua dua negeri tersebut dibawah pemerintahan parti pembangkang.

Bagaimana mereka mengatakan bahawa SPR menipu jika dua buah negeri tersebut menerima keputusan SPR?

Pembangkang sengaja menimbulkan spekulasi semata mata untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa SPR Bertindak dengan tidak adil walaupun pilihanraya kali ini dilakukan dengan mengikut segala kemahuan mereka.