Dalam Pilihanraya umum tahun 2008, DAP telah bertindak dengan cara mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN kerana wakil mereka tidak dipilih untuk menjadi Menteri Besar Perak.
Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa DaP tidak menghormati Sultan Perak dan sekaligus menidakkan undang undang tubuh kerajaan negeri Perak yang mana berkehendakkan Melayu Islam sebagai Menteri Besar.
Tindakan DAP ini telah mendapat kritikan hebat dari rakyat negeri Perak dimana rata rata mereka (rakyat perak) merasakan bahawa kesultanan mereka telah dicabar.
Akhirnya DAP akur dengan undang undang tubuh kerajaan negeri dan memilih Nizar Jamaluddin daripada PAS sebagai calon Menteri Besar walaupun ada 2 orang Melayu yang menjadi ADUN mewakili PKR dan PKR pula mendapat kemenangan 8 kerusi berbanding PAS yang hanya memenangi 6 kerusi pada ketika itu.
Dan baru baru ini, sebuah laman blog telah mengeluarkan satu artikel dimana menunjukkan bahawa pengerusi DAP Perak telah menerima tanah seluas lebih 10 ribu ekar di Kelantan sebagai syarat untuk meletakkan calon daripada PAS sebagai Menteri Besar Perak.
Ini juga salah satu bukti bahawa kepimpinan DAP hanya memikirkan diri sendiri dalam pemerintahan dan dengan pemberian tanah tersebut, maka parti yang memenangi kerusi paling sedikit telah diangkat sebagai Menteri Besar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan