Ahad, 26 Oktober 2014

#haramjadah PERJANJIAN SYAITAN ANWAR DENGAN PEGAWAI MENTERI UNTUK LEPAS HUKUMAN PENJARA

Malam tadi Sangkakala ada sebut akan ada satu pendedahan besar yang akan akan dilakukan pada hari ini.

Seperti biasa apabila sudah dijanjikan, Sangkakala tetap akan tunaikan juga untuk bacaan dan maklumat pembaca setia blog Sangkakala. 

Untuk makluman, satu berita yang agak mengejutkan Sangkakala apabila diberitakan bahawa ada pegawai Menteri sedang membuat satu 'perjanjian syaitan' dengan Anwar Ibrahim bagi membebaskan beliau dalam rayuan akhir kes liwat beberapa hari lagi.


Apakah pegawai menteri ini makan kiri kanan sampai dua tiga kolam demi untuk survival diri sendiri tanpa memikirkan keadilan untuk mangsa yang diliwat oleh Anwar iaitu Saiful?

Pegawai Menteri ni nampaknya sanggup menggadai maruah diri demi untuk sedikit imbuhan yang diberikan dan jika Anwar berjaya dalam kes beliau sehari dua lagi, pasti imbuhan yang amat besar menanti beliau.

Seperti yang dimaklumkan kepada Sangkakala, pegawai menteri ni dikatakan telah menerima perjanjian bersama Anwar kononnya Anwar menawarkan 'kehancuran PR' jika beliau bebas dari tuduhan.

Memang haram jadah kalau perkara ini berlaku dan sudah pasti nanti jika Anwar bebas maka dia akan mengatakan bahawa semua ini adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan beliau sedangkan ianya didalangi oleh pegawai menteri sendiri.

Apakah pegawai menteri ni terlalu bodoh hingga tidak tahu atau tidak dapat membaca pergerakan licik Anwar dalam beberapa kes beliau yang telah sudah, atau adakah selama ini kes yang melibatkan Anwar hingha dibebaskan juga adalah berpunca dari pegawai yang sama?

Sangkakala akan dedahkan lagi kisah ini dan jika diizinkan nanti, Sangkakala akan masukkan juga nama nama mereka yang terlibat dalam pakatan untuk membebaskan Anwar.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa nie, tak der apa pon Pak Sangkakaalajari9?

Nak Dedah dedah lah betul2

Tanpa Nama berkata...

Ialah...!! mana tulis je gempak ...apa pun ada buat poyo je.

arttuiee berkata...

Dia bg intro dulu.....