Memaparkan catatan dengan label #haramjadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #haramjadah. Papar semua catatan

Selasa, 27 Januari 2015

#haramjadah AZMIN ALI TAK KENAL ANAK TEMPATAN

Himpunan membantah projek Datum Jelatek kelmarin nampaknya menunjukkan betapa bangangnya Azmin Ali sampai tak kenal orang luar atau anak tempatan.


Azmin dalam himpunan Jabatan Jabatan Kerajaan di Shah Alam mengatakan bahawa himpunan Datum Jelatek mu gkin didalangi oleh orang luar dan bukannya anak tempatan.

Apa bodoh sangat Menteri Besar Selangor ni? Kalau nak tau anak tempatan ke bukan, pegi le turun ke kawasan tu, atau Azmin dah hilang jantan nak mengadap penduduk tempatan yang dah mula hilang sabar?

Nak bagi tau sikit pada si bangang MB jamban ni, mereka tu anak tempatan dan bukannya macam PKR yang akan import orang luar untuk buat kecoh.

Apa yang berlaku kelmarin jelas menunjukkan bahawa orang Melayu yanh merasakan bahawa diri mereka ditindas oleh kerajaan PKR sudah mula bangkit tanpa mengira fahaman politik.

Sebagai Menteri Besar, Sangkakala rasa amat tidak patut jika Azmin teruskan projek berkenaan kerana ianya menindas rakyat.

Bayangkan kalau harga satu lot kediaman paling murah berharga RM 600 ribu, adakah mana mana Melayu penduduk tempatan akan mampu untuk membeli kediaman tersebut.



Jumaat, 9 Januari 2015

#haramjadah INI JENIS PENJAWAT AWAM TAK SEDAR DIRI @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Bukan le nak kata semua, tapi boleh dikatakan agak ramai kakitangan awam yang kini menyokong pembangkang sedangkan mereka berkhidmat untuk kerajaan Barisan Nasional

Seperti contoh dibawah, seorang warden penjara secara terang terangan menghentam kerajaan walaupun beliau memakai pakaian seragam.


Sangkakala rasa, peminta sedekah pun takkan memaki orang yang menghulurkan derma pada dia dan anjing pun takkan gigit tuan yang bagi ia makan.

Tapi bagi kopral penjara ni Sangkakala pun tak tau apa perkataan yang amat sesuai diberikan sama ada nak panggil peminta sedekah atau nak panggil anjing sebab kedua duanya tau apa itu budi dan jasa.

Walau apa pun Sangkakala harap pihak Jabatan Penjara Malaysia terutamanya para Pengarah mengambil tindakan tegas, buang tugas pun takpe sebab mangkuk ni minat dengan politik dan beri dia peluang berpolitik sepenuh masa.



Sabtu, 20 Disember 2014

#haramjadah LADANG BABI DITERUSKAN BUKTI AZMIN ALI SEMAKIN GILA

Satu masa dulu seluruh rakyat Selangor dikejutkan dengan projek ladang babi mega yang bernilai RM 100 juta akan di bina di Kuala Langat dan ianya mendapat tentangan daripada penduduk setempat tambahan pula dengan beberapa gejala penyakit bawaan haiwan tersebut yang mampu meragut nyawa.

Kini sekali lagi dibawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, projek ladang babi tersebut akan diteruskan tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat setempat apatah lagi orang Melayu yang tinggal di kawasan persekitaran.


Apakah kerajaan Selangor pada hari ini sudah lupa atau buat buat lupa dengan gejala penyakit bawaan haiwan ini yang pernah meragut nyawa satu ketika dulu?

Kerajaan Selangor seolah olah tidak melihat kepada keselamatan serta kesihatan penduduk setempat yang bakal mereka risikokan dengan menjalankan projek tersebut.

Virus JE pernah menggemparkan negara apabila ianya mampu untuk membunuh manusia dengan kadar yang amat pantas sekali.

Sangkakala melihat bahawa kerajaan Selangor pada hari ini tidak akan memperdulikan kesihatan rakyat dan ini terbukti apabila kes denggi semakin meningkat dan kini hendak ditambah pula dengan penternakan babi di kawasan terbabit.

Ladang babi yang kononnya paling canggih ini akan dibuka dan secanggih mana sekalipun ladang tersebut, ianya tidak akan menjamin keselamatan rakyat sekeliling.


Selasa, 16 Disember 2014

#haramjadah BELUM MATI DAH TUNTUT PUSAKA

Begitulah malangnya nasib seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sebelum ini Anwar berhasrat untuk menjadi ADUN kawasan Kajang namun terbantut disebabkan kes liwat beliau didengarkan di mahkamah.

Lepas itu letak pula isteri beliau sebagai calun di Kajang dan seterusnya ingin menjadikan isteri beliau sebagai Menteri Besar dan bermulalah episod menghentam Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar pada ketika itu.

Namun sekali lagi berlaku kekecewaan dalam hidup Anwar Ibrahim apabila Wan Azizah tidak mendapat sokongan majoriti ADUN tetapi sokongan diberikan pula kepada Azmin Ali maka dinobatkanlah Azmin sebagai Menteri Besar yang baru.

Belum reda dengan kes berkenaan kini Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


Nampaknya Azmin seolah olah mendoakan agar Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat dan akhirnya dihumban ke dalam penjara dan seterusnya beliau akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Begitulah besar hajat seorang lelaki bernama Azmin Ali yang ketika ini sedang bergembira dengan kejayaannya merampas negeri Selangor dari tangan Khalid Ibrahim tanpa perlu bersusah payah.

Sangkakala lihat Azmin kini mula mencatur permainan politik dengan memijak sesiapa sahaja demi untuk mencapai maksud serta keinginan beliau.

Belum mati (kena penjara) Anwar Ibrahim, Azmin dah berkira nak jadi Ketua Pembangkang.


Selasa, 9 Disember 2014

#haramjadah AZMIN ALI MENTERI BESAR TAK TAU MALU

Agaknya Menteri Besar Selangor ni memang muka tembok tak tau malu sejak dari azali lagi.

Mana tidaknya, kalau Azmin tau malu sudah pasti dia takkan pergi untuk menyaksikan sebuah gereja di Kajang memberikan bantuan kepada orang Melayu beragama Islam sedangkan dia sendiri seorang Melayu dan menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.


Bukan saja Azmin, malah Anwar Ibrahim pun sama menyaksikan perkara tersebut.

Sangkakala tak mau cerita pasal Anwar sebab semua orang dah tau siapa Anwar yang sanggup meletakkan agama ke tepi demi kelangsungan politik.

Azmin pula sepatutnya malu apabila pihak gereja memberikan bantuan kepada orang Melayu sedangkan di Selangor mempunyai majlis agama Islam dan Azmin selaku Menteri Besar mampu untuk mengarahkan agar bantuan diberikan kepada orang Melayu seperti dalam gambar diatas untuk menerima bantuan.

Apa guna ada Menteri Besar Melayu sekiranya kebajikan Melayu itu sendiri tidak diambil berat hinggakan terpaksa menerima bantuan dari pihak gereja?

Apakah Azmin sudah lupa bahawa dia sepatutnya menjaga kebajikan serta kepentingan orang Melayu dan tidak sepatutnya orang Melayu menerima bantuan daripada pihak gereja yang melihatkan bahawa orang Melayu itu sendiri tidak mendapat perhatian dari kerajaan negeri dan majlis agama.

Nampak gayanya orang Melayu di Selangor tidak lagi boleh bergantung harap kepada PKR dan PAS yang jelas tidak mampu untuk menjaga kebajikan Melayu dan Oslam walaupun itu yang sepatutnya dilakukan serta dititik beratkan.


Sabtu, 6 Disember 2014

CARA MACAI PR #haramjadah BERCAKAP DENGAN ORANG

Kali ni Sangkakala taknak cakap banyak banyak tapi Sangkakala nak biarkan gambar dibawah berbicara dan pembaca semua boleh nilaikan sendiri puak puak ni punya mentaliti.






Boleh nampak dan baca kan inbox macai PR ni dengan orang? 

Pembaca sendiri nilaikan dan rasanya tak salah kalau kita pulak ramai ramai pegi maki si haram jadah ni.

Untuk makluman, Jamil Sahat ni berhubung dengan salah seorang rakan FB Sangkakala.


#haramjadah JANDA TERDESAK DIHUKUM PENJARA

Sedih pula bila Sangkakala terbaca dalam posting seorang rakan FB yang menunjukkan seorang ibu tunggal dihukum penjara 6 hari hanya semata mata kerana mencuri barangan bernilai RM 138.


Memang akan ada suara yang mengatakan bahawa jika bersalah tetap bersalah dan setiap kesalahan perlu dihukum.

Baik..disini Sangkakala akui dan akur bahawa setiap kesalahan perlu dihukum dengan setimpal dan yang salah tetap salah.

Tapi cuba kita baca balik apa yang dicuri oleh ibu tunggal ini di pasaraya tersebut.

Dari apa yang Sangkakala baca, jelas 6 jenis barangan tersebut adalah barangan keperluan rumah serta susu kanak kanak dan ada juga barangan keperluan persekolahan.

Ada tak kita terfikir bahawa ibu tunggal ini begitu terdesak untuk membeli barangan keperluan anak anaknya?

Adakah kita terfikir bahawa ibu tunggal ini tak mampu untuk membeli barangan keperluan persekolahan anaknya?

Persoalannya disini, adakah masyarakat sekeliling mengambil peduli tentang kehidupan mereka mereka yang tidak berkemampuan seperti kes ibu tunggal yang dipenjarakan selama 6 hari kerana mencuri barangan keperluan?

Mungkin ibu tunggal ini bersalah, tapi bagi Sangkakala masyarakat keliling lebih bersalah kerana membiarkan mereka hidup dalam keadaan daif dan adakah masyarakat keliling dipenjarakan kerana itu? Jawapannya tidak kerana tiada undang undang diperuntukan kerana membiarkan mereka ini hidup susah.

Jadi disini, perhatikan permasaalahan disekeliling kerana kita mampu untuk mengubah keadaan tersebut.


Jumaat, 28 November 2014

#haramjadah PEMBERI RASUAH PARTI PEMBANGKANG DIBONGKAR

Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang mengamalkan rasuah sebenarnya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengatakan bahawa beliau meberima tawaran sehingga RM 100 Juta jika membawa ahli parlimen BN untuk menyokong PR.


Menurut kata Anifah, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan parti pembangkang telah membuat tawaran
tersebut kepada beliau.


Nampaknya bukan sikit duit yang ditawarkan dan persoalannya darimana sumber kewangan mereka ni dapat? Takkan dari perniagaan semata mata atau memang ianya adalah duit Pembangkang dan disalurkan kepada ahli perniagaan berkenaan untuk memujuk Anifah bagi melaksanakan tugasan yang diberi.

Sangkakala mohon kepada pihak SPRM untuk menyiasat dakwaan Menteri Luar ini dan jika ianya terbukti maka mereka mereka ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan jangan dibiarkan sewenang wenangnya nak beli orang.

Agaknya selama ni yang dikatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional membeli pemimpin pakatan hanyalah untuk mengaburi mata rakyat sedangkan mereka sendiri yang melakukan perkara tersebut.



#haramjadah MAHASISWA DALAM NEGARA DIANAK TIRIKAN

Bangga bila melihat UMNO mahu mendampingi mahasiswa dalam satu perjumpaan diantara Perdana Menteri dengan Kelab UMNO Luar Negara semalam.

Tapi apa yang mengecewakan ialah apabila mahasiswa tempatan terbiar seolah olah dianak tirikan oleh UMNO sedangkan yang merancang untuk pertemuan diantara mereka ini hanyalah beberapa orang dan Sangkakala yakin ianya diatur oleh biro pendidikan.



Ini ke yang di namakan nak meremajakan UMNO? Kalau kesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin parti pun dah macam ada double standard?

Untuk yang mengatur pertemuan, Sangkakala tak mengatakan bahawa pertemuan diantara Kelab UMNO Luar Negara dengan Perdana Menteri tak bagus, tapi biarlah dibuat secara menyeluruh agar ianya lebih berkesan.

Rasanya Perdana Menteri akan ada menyebut hala tuju UMNO serta harapan beliau kepada para mahasiswa ni, kenapa tidak diberika  peluang kepada semua tak kira lah dalam negara atau luar negara untuk sama sama mendengar apa harapan dan permintaan kepada mereka.

Kalau ini rupa yang korang buat, mahu ke nanti mahasiswa dalam negara datang untuk mendampingi UMNO atau mereka ini akan terus menjauhkan diri apabila merasa tersisih?

Kadang kadang Sangkakala tengok dikalangan orang sekeliling Presiden Parti tak peka dengan keadaan dan selalu buat perkara yang lebih kepada syok sendiri sedangkan dalam ucapan Perdana Menteri sendiri dalam konvensyen UMNO Selangor mwngatakan kita jangan buat program syok sendiri.

Kalau lah ini gayanya, jangan le harap ada anak muda dari golongan bijak pandai yang akan mendampingi UMNO, tambah jauhkan diri ada lah.

Kepada mahasiswa, kalian jangan berkecil hati sebab kalian masih lagi menjadi harapan kami sebagai ahli UMNO untuk menjadi pelapis kepimpinan dimasa akan datang, persetankan dengan perlakuan manusia manusia yang tak sedar diri ni, teruskan usaha dan Sangkakala yakin Presiden serta ahli UMNO masih bersama kalian.



Ahad, 23 November 2014

#haramjadah AZMIN ALI LARI DARI BERDIALOG DENGAN RAKYAT

Pagi ni sepatutnya ada satu dialog diantara Menteri Besar Selangor dengan penduduk di keramat berkenaan dengan isu kawasan Datum Jelatik.

Tapi apa yang mengecewakan apabila Azmin dan wakil PKNS tidak menampakkan muka bagi menemui penduduk yang telah berkumpul sejak awal pagi.


Mana slogan Azmin bahawa 80 peratus daripada tugasnya adalah bersama rakyat? Atau kes Datum Jelatik ni termasuk dalam 20 peratus baki yang dimaksudkan.

Kalau diikutkan, Azmin Ali bolehbmasuk ke dalam longkang, meracun bendang, panjat lori sampah, tapi takkan bila kes macam ni, rakyat dibiarkan menunggu menanti kehadiran yang tak kunjung tiba.

Kalau setakat bercakap bahawa Azmin mampu menyelesaikan banyak masalah, rasanya semua tu silap, Azmin hanya mampu untuk menonjolkan populariti tapi bukan untuk berhadapan dan menjawap permasaalahan.

Memang ini adalah mentaliti pemimpin kerajaan Selangor dan pembangkang di pusat dimana mereka tidak akan mampu untuk melaksanakan apa yang mereka janjikan selama ni.



Sabtu, 8 November 2014

#haramjadah FACEBOOKER UGUT BOM MAJLIS PERKAHWINAN TMJ @PDRMsia

Ni apa pulak cerita sampai nak ugut ugut YAM Tengku Mahkota Johor ni? Dah hilang akal ke atau saja nak tunjuk hebat?


Sangkakala rasa pihak Polis DiRaja Malaysia perlu mengambil tindakan tegas dengan menahan serta mendakwa facebooker ini kerana telah melakukan satu ugutan keras terhadap Tengku Mahkota Johor dan ini pada Sangkakala amat serius.

Dalam erti kata lain, jika majlis persandingan Tengku Mahkota Johor nak adakan majlis persandingan baginda sepertimana pun apa ada masalah, bukan pakai duit facebooker ni pun yang nak heboh heboh ni kenapa?

Takkan kerana tutup jalan sampai nak bom segala bagai, banyak majlis kawin diadakan di taman taman perumahan pun biasa kita lihat jalan ditutup dan yang itu macam mana pulak ceritanya?

Kenapa majlis macam tu tak diserang? Atau facebooker giler ni saja nak cari publisiti murahan dengan mengeluarkan posting mangarut.

Walau apa pun alasan yang diberikan, Sangkakala masih mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sebab facebooker ni juga mengatakan bahawa jangan sampai kepala TMJ menjadi hidangan dan ini bagi Sangkakala merupakan satu ugutan bunuh.


Rabu, 5 November 2014

#haramjadah HUKUMAN IKUT UNDANG UNDANG RIMBA #bangang

Memang semua orang marah kalau dapat tangkap pencuri, memang menjatuhkan hukuman keatas seorang pencuri itu tidak salah.

Tapi untuk menjatuhkan hukuman tersebut kita juga perlu ingat, jangan sampai mengaibkan si penjenayah sebab dia juga seorang manusia.


Seorang lelaki dikatakan mencuri sebuah motosikal dan kemudian beliau dapat di tangkap dan dibogelkan serta di pukul.

Boleh ke macam tu? Kalau setakat pukul bagi 4 ke 5 das penumbuk dekat pipi Sangkakala rasa berbaloi tapi kalau sampai bogelkan penjenayah ni di khalayak ramai rasanya itu perbuatan yang tidak berhati perut serta tiada perikemanusiaan.

Walaupun lelaki tersebut adalah seorang pesalah, kita perlu juga menitik beratkan bahawa beliau adalah manusia dan setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Adakah dengan cara memukul dan mengaibkan beliau sedemikian rupa maka penjenayah ini tidak lagi perlu menjalani hukuman yang ditentukan oleh mahkamah?

Atau adakah hukuman mahkamah masih diperlukan selepas lelaki ini diaibkan sedemikian rupa? Atau perlu kedua duanya sekali?

Sedarlah, kita hari ini berada di sebuah negara yang mempunyai undang undang yang adil dan saksama, setiap penjenayah akan dihukum mengikut kesalahan mereka dan bagi Sangkakala, kita tidak menggunakan undang undang rimba dalam menghukum penjenayah atau pesalah.



Isnin, 27 Oktober 2014

#haramjadah SIAPA GOPAL SRI RAM DALAM KES LIWAT ANWAR

Nampaknya kes Anwar Ibrahim yang akan disebut esok akan menjadi panas apabila seorang lelaki yang bernama Gopal Sri Ram akan mengadakan rundingan dengan hakim hakim yang terlibat dalam sebutan kes.


Ada yang mengatakan bahawa Gopal Sri Ram akan membuat penawaran kepada hakim hakim tersebut demi untuk membebaskan Anwar dari hukuman penjara.

Kes melibatkan Anwar memang telah lama kita dengar dan menjadi rekod penghakiman paling lama dan penundaan sebutan paling banyak melebihi 60 kali.

Kalau benar seperti yang didakwa, Sangkakala rasa adalah baik jika pihak pihak berkenaan dan berwajib untuk mengambil tindakan terhadap perkara ini kerana ianya akan menjejaskan reputasi dan keadilan badan kehakiman negara.

Kita semua tahu bahawa Anwar akan menggunakan apa jua cara untuk memastikan beliau bebas dari hukuman penjara.

Sangkakala amat berharap agar pasukan polis memantau pergerakan Gopal dan pihak SPRM mengadakan siasatan supaya perkara yang mampu untuk merosakkan ketelusan badan kehakiman dapat dielakkan.

Keadilan bagi mangsa liwat Anwar perlu dititik beratkan kerana ianya adalah maruah seorang manusia yang diragut oleh seorang lagi manusia yang bernafsu gila.



Ahad, 26 Oktober 2014

#haramjadah PERJANJIAN SYAITAN ANWAR DENGAN PEGAWAI MENTERI UNTUK LEPAS HUKUMAN PENJARA

Malam tadi Sangkakala ada sebut akan ada satu pendedahan besar yang akan akan dilakukan pada hari ini.

Seperti biasa apabila sudah dijanjikan, Sangkakala tetap akan tunaikan juga untuk bacaan dan maklumat pembaca setia blog Sangkakala. 

Untuk makluman, satu berita yang agak mengejutkan Sangkakala apabila diberitakan bahawa ada pegawai Menteri sedang membuat satu 'perjanjian syaitan' dengan Anwar Ibrahim bagi membebaskan beliau dalam rayuan akhir kes liwat beberapa hari lagi.


Apakah pegawai menteri ini makan kiri kanan sampai dua tiga kolam demi untuk survival diri sendiri tanpa memikirkan keadilan untuk mangsa yang diliwat oleh Anwar iaitu Saiful?

Pegawai Menteri ni nampaknya sanggup menggadai maruah diri demi untuk sedikit imbuhan yang diberikan dan jika Anwar berjaya dalam kes beliau sehari dua lagi, pasti imbuhan yang amat besar menanti beliau.

Seperti yang dimaklumkan kepada Sangkakala, pegawai menteri ni dikatakan telah menerima perjanjian bersama Anwar kononnya Anwar menawarkan 'kehancuran PR' jika beliau bebas dari tuduhan.

Memang haram jadah kalau perkara ini berlaku dan sudah pasti nanti jika Anwar bebas maka dia akan mengatakan bahawa semua ini adalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan beliau sedangkan ianya didalangi oleh pegawai menteri sendiri.

Apakah pegawai menteri ni terlalu bodoh hingga tidak tahu atau tidak dapat membaca pergerakan licik Anwar dalam beberapa kes beliau yang telah sudah, atau adakah selama ini kes yang melibatkan Anwar hingha dibebaskan juga adalah berpunca dari pegawai yang sama?

Sangkakala akan dedahkan lagi kisah ini dan jika diizinkan nanti, Sangkakala akan masukkan juga nama nama mereka yang terlibat dalam pakatan untuk membebaskan Anwar.



Ahad, 19 Oktober 2014

GAMBAR PANAS DYANA SOFYA DI SEBAR #haramjadah

Gambar ini telah dihantar oleh seseorang kepada Sangkakala dan kini rupanya ia telah tersebar begitu pantas di laman sosial.


Kalai betul la gambar ni menunjukkan Dyana separti didalam gambar berkenaan, Sangkakala rasa rakyat Malaysia perlu melihat bagaimana anak Melayu begitu hanyut di tangan DAP.


Isnin, 6 Oktober 2014

CONTOH ANAK MELAYU YANG KUTUK @NajibRazak AKIBAT KUFUR NIKMAT #haramjadah

Kadang kadang bila difikirkan balik dan melihat ke dalam jaringan media sosial, Sangkakala rasa sedih dan terkilan apabila masih ada anak Melayu yang tak tau erti bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang mereka telah perolehi selama ni.

Gambar dibawah yang Sangkakala paparkan adalah bukti dari ribuan lagi yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang mereka kecapi selama ini.


Anak Melayu ni mungkin lupa bahawa yang beliau fitnah tu adalah Perdana Menteri dari sebuah parti yang selama ini menjadi pemerintah dan kerajaan Malaysia.

Dengan kerajaan inilah, si Mohd Izaham ini mampu untuk menjadi Jurutera Software apabila diberikan peluang untuk belajar mengikut matapelajaran yang diminati.


Dan dengan jawatan yang sebegitu, Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa beliau mempunyai pendapatan yang cukup tinggi sehingga mampu untuk duduk di kediaman mewah.


Sangkakala nak pesan satu perkara, jangan lupa dimana kita berpijak, pendapatan dah tinggi, jawatan dah bagus, kediaman dah selesa, rasanya kerajaan tidak menghalang untuk kamu mengecapi semua itu kerana tugas kerajaan cuma menyiapkan prasarana selebihnya kena kamu le yang berusaha.

Kalau dah semua terdedah depan mata, rasanya mak bapa pun benci bro.

Kepada para pembaca, boleh le sms atau whatsapp brader kita ni dan berikan nasihat, mungkin dengan nasihat tu nanti dia ni boleh sedar yang dia sekarang ni aman dan damai duduk di Malaysia, boleh dapat semua yang dia nak dan bebas melakukan apa saja selagi tak melanggar undang undang.

Jumaat, 26 September 2014

#haramjadah PENGIKUT PAS YANG TAK TAU BEZA ANTARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Bila dilihat pada keadaan semasa masa kini, adalah amat mengecewakan apabila ada dikalangan pengikut PAS yang tidak tahu membezakan diantara Islam dan bukan Islam dalam mereka menentukan siapa musuh mereka.


Sangkakala nak tanya juga pada si Ghafar ni, sejauh mana perjuangan PAS berkenaan dengan Islam sampai Iblis begitu gembira dengan kekalahan calon PAS di Pengkalan Kubor?

Kalau nak didedahkan, Sangkakala yakin yang Sangkakala akan menulis selama 3 hari 3 malam untuk memaklumkan apa sahaja yang dilakukan oleh PAS selama ini hingga bukan sahaja pengundi Pengkalan Kubor harus menolak mereka bahkan seluruh pengundi di Malaysia perlu melakukan perkara sama.

Kita pernah dikejutkan dengan peritiwa memali dimana Ustaz Ibrahim Libya telah terkorban apabila ingin berjihad kononnya menegakkan syiar Islam sedangkan segala kebajikan tentang Islam memang telah dititik beratkan semenjak sebelum merdeka lagi.

Ini semua berpunca apabila Haji Hadi mengeluarkan amanat bahawa memerangi kerajaan Barisan Nasional adalah jihad dan jika terkorban maka kematian mereka adalah syahid, hingga kini, semua pengikut PAS masih menyalahkan UMNO/BN kononnya yang menjadi punca insiden tersebut.

Begitu juga dengan perilaku pemimpin PAS yang lain dan yang kedua Sangkakala ambil tentang Mat Sabu yang merupakan Timbalan Presiden PAS yang dikatakan telah melakukan perkara sumbang bersama isteri rakannya sendiri dan kemudian menafikan perkara tersebut dan akhirnya menjadikan wanita berkenaan sebagai isterinya pula dan adakah ini ajaran Islam?

Jadi untuk mengatakan bahawa Iblis gembira Sangkakala rasa adalah amat tidak tepat, tapi kalau dikatakan bahawa Allah menyayangi penduduk di Pengkalan Kubor agat tidak terus lena dan hanyut maka kemenangan diberikan kepada Barisan Nasional dan setinggi tinggi tahniah Sangkakala ucapkan kepada calon serta terima kasih kepada para pengundi.



Jumaat, 19 September 2014

KALAU TAK BODOH BUKAN CYTRO PR NAMANYA #haramjadah

Cubaan untuk membuat fitnah kepada Datuk Seri Najib Razak oleh cytro PR gagal apabila ramai yang nampak bahawa cytro bernama Tajol Arifin Omar menunjukkan kebodohannya.


Mungkin cytro PR ni nak menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib Razak dikawal oleh isterinya namun tersilap apabila dengan terang bahawa gambarbdiatas diambil dari meja makan dan bukannya meja mesyuarat.

Dah memang jadi lumrah cytro PR ni akan cuba menabur fitnah dan mereka mengharapkan supaya orang ramai percaya dengan apa yang mereka keluarkan.

Dan dah jadi kebiasaan juga mereka mereka yang takde akhlak ni tanpa segan silu akan mengeluarkan perkara sama berulang kali dengab tujuan yang amat jahat.

Sangkakala nak nasihatkan Tajol Arifin dan rakan seangkatan dengan beliau supaya lain kali lebih berhati hati sebab kalau dan bengong jangan sampai orang kata BANGANG.




BLOGGER OUTSYEDTHEBOX CUBA PECAH BELAHKAN UMNO #haramjadah

Menarik sekali cara penulisan yang digunakan oleh sorang blogger ni, mungkinkah untuk mencari publisiti tanpa melihat realiti atau mencari kewajaran serta kebenaran sebenar.


OutSyedTheBox telah mengatakan bahawa daripada 191 orang ketua UMNO bahagian hanya 70 orang yang hadir itu pun bukan semuanya ketua bahagian dan ada dikalangan mereka hanya menyandang jawatan cuma sebagai AJK bahagian.

Baca DISINI....

Menurut penulis ni, beliau mendapat berita hingga tertulisnya artikel tersebut adalah dari kalangan MT sendiri tapi adakah ianya benar seperti yang dimaksudkan dan ditulis?

Jawapannya ialah tidak sama sekali kerana orang yang mengatur pertemuan itu sendiri mengesahkan bahawa 170 orang ketua bahagian dari 191 bahagian menghadirkan diri.

Apa semua ni bro? Nak pecah belahkan UMNO ke atau nak cari publisiti lebih?

Siapa yang kata cuma 70 yang hadir tu atau spekulasi semata mata untuk memberikan persepsi buruk keatas Perdana Menteri?

Seorang lagi Timbalan Menteri juga mengatakan perkara sama dimana 17o orang ketua bahagian yang hadir dan perjumpaan tersebut dibuat atas permintaan ketua ketua bahagian sendiri kerana mereka ingin mendapatkan sendiri penjelasan tentang beberapa isu dari Perdana Menteri sendiri dan dari apa yang Sangkakala tau, semua ketua UMNO bahagian berpuas hati dengan penjelasan yang dilakukan oleh Perdana Menteri kepada mereka.

Jadi dimana timbul sampau 121 orang ketua bahagian tak berpuas hati ni? Jangan main serkap jarang je bro, siasat dulu baru le tulis.

Sebagai blogger yang berpengalaman rasanya OutSyedTheBox ni mesti tau cara menulis dengan tertib dan bukannya cuba memecah belahkan UMNO dan seolah olah melaga lagakan pemimpin tertinggi dengan pemimpin di peringkat bahagian.

Ada lagi rupanya yakpursalam macam blogger sorang ni.

Nanti Sangkakala sambung lagi ye..kita tengok apa respon blogger lama yang hebat ni.