Memaparkan catatan dengan label #BANGANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #BANGANG. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Januari 2015

#haramjadah INI JENIS PENJAWAT AWAM TAK SEDAR DIRI @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Bukan le nak kata semua, tapi boleh dikatakan agak ramai kakitangan awam yang kini menyokong pembangkang sedangkan mereka berkhidmat untuk kerajaan Barisan Nasional

Seperti contoh dibawah, seorang warden penjara secara terang terangan menghentam kerajaan walaupun beliau memakai pakaian seragam.


Sangkakala rasa, peminta sedekah pun takkan memaki orang yang menghulurkan derma pada dia dan anjing pun takkan gigit tuan yang bagi ia makan.

Tapi bagi kopral penjara ni Sangkakala pun tak tau apa perkataan yang amat sesuai diberikan sama ada nak panggil peminta sedekah atau nak panggil anjing sebab kedua duanya tau apa itu budi dan jasa.

Walau apa pun Sangkakala harap pihak Jabatan Penjara Malaysia terutamanya para Pengarah mengambil tindakan tegas, buang tugas pun takpe sebab mangkuk ni minat dengan politik dan beri dia peluang berpolitik sepenuh masa.



Sabtu, 20 Disember 2014

#haramjadah LADANG BABI DITERUSKAN BUKTI AZMIN ALI SEMAKIN GILA

Satu masa dulu seluruh rakyat Selangor dikejutkan dengan projek ladang babi mega yang bernilai RM 100 juta akan di bina di Kuala Langat dan ianya mendapat tentangan daripada penduduk setempat tambahan pula dengan beberapa gejala penyakit bawaan haiwan tersebut yang mampu meragut nyawa.

Kini sekali lagi dibawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, projek ladang babi tersebut akan diteruskan tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat setempat apatah lagi orang Melayu yang tinggal di kawasan persekitaran.


Apakah kerajaan Selangor pada hari ini sudah lupa atau buat buat lupa dengan gejala penyakit bawaan haiwan ini yang pernah meragut nyawa satu ketika dulu?

Kerajaan Selangor seolah olah tidak melihat kepada keselamatan serta kesihatan penduduk setempat yang bakal mereka risikokan dengan menjalankan projek tersebut.

Virus JE pernah menggemparkan negara apabila ianya mampu untuk membunuh manusia dengan kadar yang amat pantas sekali.

Sangkakala melihat bahawa kerajaan Selangor pada hari ini tidak akan memperdulikan kesihatan rakyat dan ini terbukti apabila kes denggi semakin meningkat dan kini hendak ditambah pula dengan penternakan babi di kawasan terbabit.

Ladang babi yang kononnya paling canggih ini akan dibuka dan secanggih mana sekalipun ladang tersebut, ianya tidak akan menjamin keselamatan rakyat sekeliling.


Selasa, 9 Disember 2014

#bangang ADUN PAS DAKWA EXCO KERAJAAN BAWA SAMSENG LAWAT KAWASAN

Memang tepat kalau ada yang mengatakan bahawa PR dan samseng berpisah tiada, ini bukan Sangkakala yang cakap, tapi ADUN dari PAS sendiri yang maklumkan dalam sidang DUN baru baru ni.

ADUN Meru naik angin apabila EXCO kerajaan negeri tidak memaklumkan kepada beliau tentang kehadiran EXCO berkenaan ke kawasan Meru dan dilaporkan di dalam akhbar berbahasa tamil.

Klik gambar untuk video

Sejak dari dulu kita asyik mendengar bahawa Pakatan Pembangkang tidak lekang dari insiden yang melibatkan gaya ala ala samseng hinggakan pergaduhan juga terlihat dalam pemilihan PKR sampai ada yang mengalami kecederaan.


Pelabagai spekulasi dibuat untuk menyalahkan pihak Barisan Nasional kononnya Barisan Nasional yang menjadi dalang hingga mengakibatkan pergaduhan dalam pemilihan tersebut tapi kali ini ianya didedahkan sendiri oleh ADUN dari PAS yang turut sama dalam PR.

Adakah YB Rani juga merupakan orang UMNO atau Barisan Nasional? Hingga mengatakan EXCO kerajaan Selangor ini membawa samseng apabila melawat kawasan beliau?

Pembaca boleh nilaikan sendiri bagaimana ADUN PAS ini tidak berpuas hati dengan tindakan atau pendekatan yang dilakukan oleh EXCO kerajaan negeri Selangor dan adakah ini yang mampu untuk mengharmonikan keadaan di Selangor jika EXCO kerajaan mendampingi samseng dalam menjalankan tugasan mereka?



Rabu, 3 Disember 2014

#bangang NG SWEE LIN KECEWA LAGI

Nak ketawa sampai guling guling bila Sangkakala tengok si pendek bernama Ng Swee Lin, ADUN dari Sekinchan bila dah kalah dalam pemilihan timbalan speaker baru baru ni meroyan bagai nak giler.

DAP mengatakan bahawa jawatan tersebut telah dijanjikan oleh Azmin selaku Menteri Besar yang baru untuk diberikan kepada DAP dan apabila pemilihan diadakan PAS telah mendapat mandat yang penuh untuk mengisi kerusi tersebut.


Dan sekarang dengar kata Ng Swee Lin mula mengelupur sampai minta jawatan timbalan speaker 2 diwujudkan pula untuk diisi oleh DAP.

Nampak sangat DAP ni lapar jawatan sebab jawatan speaker telah diberikan kepada Hannah Yeoh wakil dari DAP dan timbalan sebelum ini diisi oleh Nik Nazmi dari PKR dan apabila satu kerusi exco kerajaan yang sepatutnya diberikan kepada PAS tapi diberikan kepada Nik Nazmi maka kerusi timbalan speaker digantikan pula dengan wakil PAS.

Ng Swee Lin yang sebelum ini mengatakan bahawa beliau bertanding dalam pemilihan kerusi timbalan speaker adalah untuk mengajar PAS nampaknya dah jadi terbalik pula bilabdia sendiri yang beriya iya minta jawatan tersebut.

Apa macam PAS? dah nampak game yanh dimainkan oleh DAP? Masih buta atau sengaja buat tak nampak bagaimana DAP menghina PAS yang mendapat undi majoriti ahli Dewan Undangan Negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

Azmin pula menarikan yang beliau pernah berjanji untuk memberikan jawatan timbalan speaker kepada DAP sebab speaker Dewan telah diberikan kepada parti tersebut.

Tapi Sangkakala rasa ini semua sebab Ng Swee Lin rasa dia layak untuk duduk bukan sahaja sebagai timbalan speaker tapi sebagai exco kerana dalam penggal 2004-2008 yang lalu, hanya ada 2 wakil rakyat dari PR dalam Dewan iaitu Ng Swee Lin serta Dato Teng.

Jadi nampaknya harapan Ng Swee Lin terpaksa dikuburkan dan ianya hanya tinggal harapan.



Selasa, 2 Disember 2014

#bangang CHIN PENG HARAMKAN ABU MAYAT MENDIANG DI BAWA PULANG

Nampak gayanya makin biadap dan makin terserlah kebodohan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang apabila mengatakan bahawa abu mayat mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya perlu diberikan kebenaran untuk dibawa pulang.

Kononnya parti Komunis Malaya juga merupakan pejuang kemerdekaan tanah air dan mereka ini juga dikatakan sama sama berjuang ke arah tersebut.

Jangan jadi bodoh la mapley..kalau PKM berjuang menentang Jepun dan Inggeris, kenapa lepas merdeka pun mereka masih lagi mengangkat senjata memerangi kerajaan yang telah dipilih pula hingga membunuh dan mencederakan ratusan malah mungkin ribuan tentera serta pasukan keselamatan kita? Itu pejuang? 

Tak sudah dengan itu, ada pula satu persatuan entah dari hutan mana pun tak tau telah mendesak kerajaan Malaysia supaya menghormati Perjanjian Damai Hatyai seperti yang Sangkakala masukkan dibawah.


Nampak tak tertera pada tulisan perenggan pertama ayat terakhir? Ahli PKM yang berasal dari Malaya dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia, JIKA MEREKA MAHU.

Ayat JIKA MEREKA MAHU jelas menunjukkan bahawa Chin Peng tidak bersetuju untuk pulang ke Malaysia aemasa hayatnya ada, tetapi kenapa abu mayat perancang serangan serangan ini hendak di bawa pulang?

Kenapa tidak semasa hayatnya Chin Pemg meminta kebenaran untuk tinggal di Malaysia jika dia merasakan bahawa ini adalah negaranya? Kenapa mesti dia memilih Thailand sebagai destinasi akhir beliau untuk menghabiskan sisa sisa kehidupan lampau yang penuh dengan dosa pembunuhan, pemerkosaan, perompakan dan sebagainya?

Dan satu lagi, adakah Chin Peng masih menganggap bahawa Malaysia ini adalah negara mendiang sepanjang mendiang tinggal di Thailand?

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa Chin Peng pernah meminta atau memohon untuk pulang ke Malaysia tetapi kalau inya ditolak, itu adalah atas aspek keselamatan mendiang dimana Sangkakala jika dia pulang semasa hayatnya sudah pasti ramai yang angkat lengan untuk membalas dendam diatas kehilangan orang tersayang akibat dari kekejaman komunis



Khamis, 27 November 2014

#bangang TAK PASAL PASAL NAJIB RAZAK KENA MAKI

Perhimpunan Agung UMNO hari ini telah memperlihatkan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO mengambil pendekatan untuk mengekalkan akta hasutan yang dicadang untuk dimansuhkan atas desakan pembangkang.

Hari ini juga di lobi parlimen, Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan kononnya Najib Razak tidak menepati janji beliau untuk memansuhkan akta tersebut malah ianya ditambah baik bagi menjamin keselesaan Agama Islam dan agama lain, institusi Raja Raja Melayu dan keselamatan Sabah dan Sarawak.


Kalau Anwar kata Najib perlu beri penjelasan kepada rakyat dengan alasan yang konkrit sekali pun, majoriti rakyat Malaysia mahukan akta berkenaan dikekalkan dan untuk makluman si Gay tua ni, rakyat lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju negara berbanding pembangkang yang hanya mahukan keselesaan mereka berpolitik walaupun dengan cara yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

Tujuan pembangkang mendesak supaya akta tersebut dimansuhkan adalah untuk kemudahan mereka menghasut rakyat dan seterusnya boleh mencetuskan keadaan huru hara serta pertelagahan dikalangan rakyat Malaysia.

Sangkakala ucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang Sangkakala lihat amat konsisten mempertahankan akta hasutan ini daripada di mansuhkan.

Dan Sangkakala juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang nampaknya mendengar akan keluh kesah rakyat Malaysia yang majoritinya mahukan keselamatan negara terjamin dibawah kerajaa Barisan Nasional.

Tapi sudah pasti pengikut pengikut Pembangkang akan memaki hamun Perdana Menteri yang dikatakan memungkiri janjinya untuk memansuhkan akta hasutan dan Sangkakala tegaskan sekali lagi disini, Perdana Menteri ditempatkan oleh RAKYAT dan jika Perdana Menteri berjanji, itu merupakan janji peribadi tetapi jika melibatkan negara, janji Perdana Menteri adalah janji rakyat Malaysia dan dari apa yang Sangkakala lihat, rakyat Malaysia tidak pernah berjanji untuk menghapuskan akta hasutan.



Khamis, 20 November 2014

ANTARA AHLI PARLIMEN YANG #bangang TAK TAU SEJARAH

Kalau mengatakan Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan lain lain sebagai pejuang tanah air, Sangkakala rasa memang perlu diberika  penghormatan.

Tapi kalau Chin Peng yang merupakan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya nak diangkat sebagai wira, rasanya agak melampau.


Takkan sebagai seorang wakil rakyat, Hanipa Maidin langsung tak tau apa yang dilakukan oleh PKM terhadap rakyat Malaysia pada masa itu?

Pelbagai kekejaman dilakukam oleh PKM dan itu semua adakah akan diiktiraf sebagai pejuang?

Agak agak la kalau nak publisiti murahan pun jangan le nampak sampai bodoh bangang.

Lain kali fikir dulu sebelum bercakap.


Selasa, 11 November 2014

#bangang HANYA SERANG PIHAK LAWAN TAPI BUKAN MEMBELA RAKYAT

Nampaknya kerajaan Selangor hanya akan menyerang parti atau pemimpin lawan tapi bukanlah untuk membela nasib rakyat apatah lagi keselesaan dan kesejahteraan mahupun kesihatan mereka.

Sangkakala mengambil satu contoh tentang cerita dimana Noh Omar selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang dikatakan cuba mengalih isu kritikan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa UMNO Selangor lemah.


Noh mengatakan bahawa peningkatan kes denggi hampir 100 peratus semasa pergolakan mereka (PR) memilih Menteri   Besar baru baru ini sehinggalah Azmin Ali mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Selangor.

Baca DISINI..

Sepatutnya kerajaan negeri mengambil pendekatan dengan melihat perkara ini secara serius kerana ianya merupakan permasalahan kerajaan negeri dan bukannya kerajaan pusat semata mata.

Jika kita lihat, peningkatan kes denggi bermula apabila kerajaan negeri Selangor diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat dimana tahap kebersihan diparas yang amat teruk.

Adakah salah apabila Noh membangkitkan soal ini demi kesihatan dan keselamatan rakyat? Adakah apabila teguran dibuat oleh Perdana Menteri dan Mantan Perdana Menteri maka Noh sudah tidak boleh bersuara untuk membela rakyat?

Dalam artikel yang Sangkakala pautkan diatas, ada persoalan dimana adakah Datuk Seri Noh menggunakan isu denggi untuk merampas kembali Selangor sedangkan generasi kini lebih melihat kepada isu rasuah dan sebagainya.

Persoalan disini, adakah PR bebas dari rasuah? Adakah kerajaan PR tidak mempunyai kes kes besar yang menjadi makanan para pengundi? 

Noh mengambil pendekatan menerima kritikan daripada Perdana Menteri dan Mantan Perdana Menteri sebagai satu cabaran untuk memperkukuhkan kekuatan jentera parti tetapi adakah UMNO hanya akan memikirkan kekuatan parti hingga melupakan rakyat?

Jawapannya disini adalah tidak, UMNO akan terus membela rakyat selagi mampu dan sebagai ketua di negeri Selangor adalah amat baik apabila Noh sendiri yang mempersoalkan isu berkenaan.

Berbalik kepada kes denggi, satu soalan yang sama telah diajukan dalam Dewan Undangan Negeri dan jawapan daripada EXCO kesihatan negeri Selangor pada ketika itu ialah, permasaalahan ini berlaku apabila saliran dan kebersihan tidak dijaga dengan betul hingga membuatkan ianya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Bukankah saliran dan kebersihan itu terletak dibawah Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan pula adalah dibawah kawalan kerajaan negeri?

Jika permasaalahan saliran dan kebersihan ini tidak dapat ditangani oleh kerajaan negeri, adakah kesalahan itu juga perlu dipikul oleh UMNO memandangkan kerajaan negeri yang ada kini adalah kerajaan PR.

Jika masalah parit pun kerajaan Selangor tak mampu nak atasi, adakah masalah lain akan dapat diselesaikan.

Dalam artikel diatas juga Sangkakala ada terbaca mengatakan bahawa kesedaran rakyat juga menjadi faktor utama dalam peningkatan kea denggi.

Kenapa rakyat perlu diheret sama dan dari apa yang Sangkakala tahu, adalah juga menjadi tugas kerajaan negeri memberi bimbingan kepada rakyat dan kesalahan tidak boleh diletakkan 100 peratus kepada rakyat semata mata.

Jadi kepada rakyat Selangor, anda boleh nilaikan sendiri bagaimana kerajaan PR cuba mengalih isu kesihatan rakyat dengan membabitkan isu dalam UMNO dan ianya dibuat semata mata untuk mengaburi mata dan pandangan rakyat.


Isnin, 10 November 2014

#bangang AZMIN ALI TERTAMPAR MUKA SENDIRI

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru baru ni telah mendedahkan nombor telefon beliau di laman sosial dan mengatakan bahawa semua rakyat Selangor boleh memberikan mesej kepada beliau jika terdapat sampah di kawasan mereka.


Yang nampak kelakarnya bila Azmin yang sentiasa keluar dan masuk ke kediaman beliau tidak dapat melihat sampah yang berlonggok di hadapan rumah.


Gambar ni Sangkakala dapat dalam facebook Friends Of BN yang menunjukkan di seberang sana adalah kediaman Menteri Besar dan sampah berlonggok tidak sampai 100 meter dari pintu pagar masuk ke rumah.

Takkan Azmin tak nampak sampah berlonggok ni atau saja saja buat tak nampak?

Atau pun Azmin sengaja mencari populariti sampah dengan meletakkan nombor telefon kononnya milik beliau tetapi ianya diberikan kepada pegawai untuk diuruskan.

Dan seperti biasa, pegawai ni pulak akan tidur selagi mahu sebab gaji akan tetap masuk setiap bulan.

Sudah sudah la Azmin, jangan nak tipu rakya dengan cara kerja retorik hanya untuk menambah populariti kononnya dialah Menteri Besar yang mampu untuk buat kerja dan cuba nak kelabukan mata rakyat dengan helah yang diciptakan.

Kalau dah macam ni rakyat Selangor masih lagi nak percaya, tak taulah sampai bila nak kena kencing dengan Menteri Besar 'aiskrim' ni.



#bangang BARU JADI MENTERI BESAR DAH TAK KENAL ORANG

Nampaknya Azmin Ali memang jenis cepat lupakan orang atau memang dia ni pelupa agaknya.

Sangkakala terbaca baru baru ni apabila YB Datuk Seri Noh mengkritik Azmin apabila beliau meminta mufti Selangor untuk berjumpa dengan Pertubuhan Sister In Islam atau SIS bagi menyelesaikan setiap permasaalahan yang timbul berkenaan dengan tuntutan pertubuhan tersebut.

Azmin ketika ditanya oleh pemberita tentang kritikan tersebut dengan sahaja mengatakan bahawa beliau tidak kenal dengan Noh Omar dan meminta supaya ianya ditanya kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad sekiranya kenal dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor tersebut.


Baru jadi Menteri Besar dah tak kenal orang? Hari tu kata tak kenal Faekah Husin yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik Mantan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, ni dah tak kenal Noh Omar pulak.

Agaknya mak dia dulu yang dikatakan tidak dikunjungi selama bertahun tahun juga tidak dikenali oleh Azmin selepas beliau mendapat kedudukan bersama sama dengan Anwatlr Ibrahim.

Satu lagi Sangkakala nak sentuh ialah, apabila Azmin menyokong SIS yang jelas bercanggah dengan teras agama Islam dan sebagai seorang Menteri Besar, sikap ini adalah amat merbahaya kerana aqidah seorang pemimpin boleh terpesong dan seterusnya memesongkan aqidah orang lain pula.


Rabu, 5 November 2014

#haramjadah HUKUMAN IKUT UNDANG UNDANG RIMBA #bangang

Memang semua orang marah kalau dapat tangkap pencuri, memang menjatuhkan hukuman keatas seorang pencuri itu tidak salah.

Tapi untuk menjatuhkan hukuman tersebut kita juga perlu ingat, jangan sampai mengaibkan si penjenayah sebab dia juga seorang manusia.


Seorang lelaki dikatakan mencuri sebuah motosikal dan kemudian beliau dapat di tangkap dan dibogelkan serta di pukul.

Boleh ke macam tu? Kalau setakat pukul bagi 4 ke 5 das penumbuk dekat pipi Sangkakala rasa berbaloi tapi kalau sampai bogelkan penjenayah ni di khalayak ramai rasanya itu perbuatan yang tidak berhati perut serta tiada perikemanusiaan.

Walaupun lelaki tersebut adalah seorang pesalah, kita perlu juga menitik beratkan bahawa beliau adalah manusia dan setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Adakah dengan cara memukul dan mengaibkan beliau sedemikian rupa maka penjenayah ini tidak lagi perlu menjalani hukuman yang ditentukan oleh mahkamah?

Atau adakah hukuman mahkamah masih diperlukan selepas lelaki ini diaibkan sedemikian rupa? Atau perlu kedua duanya sekali?

Sedarlah, kita hari ini berada di sebuah negara yang mempunyai undang undang yang adil dan saksama, setiap penjenayah akan dihukum mengikut kesalahan mereka dan bagi Sangkakala, kita tidak menggunakan undang undang rimba dalam menghukum penjenayah atau pesalah.



Sabtu, 1 November 2014

#BANGANG NIAT YB HALIMATON DISALAH ERTI

Semalam Menteri Besar Selangor telah membuat satu lawatan ke kawasan Subang dan macam biasalah, sudah tentu pemimpin masyarakat termasuk pemimpin politik akan hadir sama.

Tapi agak malang apabila kehadiran pemimpin Barisan Nasional (Yang Berhormat) telah disalah ertikan dan apa yang diharapkan oleh beliau tidak dapat dibaca oleh mereka mereka yang pada Sangkakala ada sedikit kekurangan dalam kecerdikan minda.


YB Halimaton (ADUN KOTA DAMANSARA) dikatakan menghantar beberapa pesanan ringkas melalui applikasi telefon pintar kepada kepimpinan peringkat cawangan dan ini diakui sendiri oleh beliau kepada Sangkakala.

Tapi ianya telah disalah ertikan hingga ada satu blogger yang selama ni memang agak marah dengan UMNO Selangor mensensasikan cerita tersebut.

Baca DISINI...


Niat YB Halimaton menjemput kepimpinan UMNO cawangan adalah dengan niat supaya mereka dapat meluahkan apa juga yang terbuku dihati tentang permasaalahan di kawasan masing masing, takkan itu pun tak boleh nak baca.

Nak harapkan pemimpin pemimpin ni pergi ke pejabat Menteri Besar rasanya tangga pun susah nak lepas jadi peluang sebegini seharusnya diambil sebaik mungkin untuk memberitahu apa juga permasaalahan dikawasan kerana kebanyakan daripada kepimpinan   di peringkat cawangan adalah pemimpin masyarakat dan NGO.

Jadi sudah pastilah mereka lebih tahu permasaalahan dikawasan masing masing dan salah satu sebab ialah, mereka ini kerap kali mengadu kepada YB Halimaton tentang permasaalahan kawasan dan dengan kehadiran Menteri Besar semalam sepatutnya mereka ini meluahkan semua permasaalahan tersebut dan bukannya merungut kononnya takut dengan pergerakan yang dilakukan oleh YB Halimaton.

Kerap kali permasalahan dikawasan kampung dan taman perumahan termasuk flat PPR dibawa oleh YB Halimaton di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri tapi almaklum sajalah apabila menjadi pembangkang, permasaalahan di kawasan DUN yang dimenangi oleh BN tidak diambil peduli.

Jadi tak salah rasanya kalau pemimpin pemimpin ini dijemput sama untuk hadir.

Cuma kadang kadang pemimpin bawahan ni mungkin cetek akalnya dan tidak tahu mengambil kesempatan tapi cuma pandai ambil mana yang sempat.

Kepada YB Halimaton, Sangkakala berikan nasihat agar terus berkhidmat, persetan dengan blogger yang membuat kenyataan tanpa pertanyaan.


Selasa, 28 Oktober 2014

AHLI PAS CUBA NAK BERBAIK DENGAN PKR TERPINGGIR #bangang

Malang sekali apabila ada ahli PAS yang dilihat cuba nak tunjuk baik dengan PKR tapi dipinggirkan oleh penyokong Anwar dalam himpunan di hadapan mahkamah di Putrajaya pagi tadi.


Pakcik dalam gambar diatas langsung tidak dipedulikan apabila penyokong Anwar mendapat tahu bahawa beliau sebenarnya adalah penyokong PAS.

Mentaliti penyokong PKR apabila merasakan bahawa PAS mengkhianati mereka dalam pemilihan Menteri Besar mungkin menjadi punca penyokong PAS terpinggir.

Tambahan pula kes saman keatas Hadi Awang oleh salah seorang bekas calon PKR yang didakwa oleh Hadi sebagai penjual pil kuda mungkin juga menjadi punca peminggiran ni dibuat.

Jadi nampaknya PAS kini ibarat hidung tak mancung pipi tersorong sorong.


Isnin, 27 Oktober 2014

RAFIZI RAMLI TUNJUKKAN KEBODOHAN SEKALI LAGI #BANGANG

Tak habis habis Pengarah Strategi PKR, si Rafizi Ramli ni tunjukkan kebodohan diri kononnya dia pandai dan mengetahui segala benda.

Tapi yang peliknya, masih juga ada orang percaya pada si sotong ni walaupun dah kerap kali menunjukkan kebodohan.

Siang tadi Rafizi kononnya nak tunjuk pandai dengan mengatakan bahawa insuran yang di bayar atas nama I-BR1M merugikan.


Sangkakala bukan nak cakap apa la, tapi nampak kebodohan si Rafizi yang melampau ni terasa juga nak menulis.

Kalau nak dikirakan, setiap pemilik kenderaan perlu membayar insuran kenderaan tapi adakah setiap tahun kenderaan tersebut perlu mangalami kemalangan untuk mengelak kerugian pemilik kenderaan tersebut membayar insuran secara percuma.

Begitu juga dengan insuran BR1M yang dibuat oleh kerajaan, perlu ke setiap penerima BR1M tu mati demi untuk mengelakkan daripada kerugian membayar sebanyak RM 50 kepada syarikat insuran?

Sebanyak RM 42 juta telah dituntut dari syarikat insuran daripada pembayaran sebanyak RM350 juta yang dibuat, adakah itu satu kerugian?

Lagi satu, adakah satu kerugian apabila setiap penerima BR1M cuma dibuat pemotongan sebanyak RM 50 sedangkan penerima BR1M boleh membuat tuntutan sehingga RM 30 ribu jika mengalami kemalangan, kematian atau kecacatan?

Nampaknya Rafizi seakan akan tidak pernah membuat bayaran insuran sampai beliau tidak tahu apa pentingnya insuran.

Kepada Rafizi Ramli, Sangkakala nasihatkan agar simpan sikit bodoh tu untuk anak cucu yang akan datang, kerajaan cuba untuk mengurangkan beban rakyat dengan menginsurankan nama penerima jika sesuatu perkara berlalu kepada mereka.



Jumaat, 24 Oktober 2014

#bangang ALASAN BIASA RAIH SIMPATI

Penganjur program menyentuh anjing kini dikatakan mendapat ugutan bunuh dari penggiat laman sosial.


Selepas mengadakan program yang mendapat hentaman dan kritikan hingga membuatkan beberapa orang ulama turut sama mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati, kini Syed Azmi Alhabshi dikatakan sudah agak sukar dihubungi.

Yang Sangkakala nak tanya ni ialah, adakah Syed ni tak pernah belajar tentang agama? Sampai hukum memegang anjing pun si bahalol ni tak tau.

Banyak benda boleh dibuat, kenapa anjing juga yang nak dipegang?

Kalau nak dikatakan ianya untuk mendidik orang ramai tentang anjing, kenapa sasarannya orang Melayu Islam? 

Kenapa tidak diberi pelajaran bagaimana untuk mengasihi haiwan kesayangan Rasulullah iaitu kucing?

Sangkakala tengok banyak kucing yang terbiar hingga ada yang mati akibat dilanggar oleh kenderaan dan serangan penyakit akibat dari penjagaan yang tidak sempurna atau ditinggalkan oleh tuan punya di lorong lorong belakang bangunan.

Memang ada yang mengatakan bahawa Syed Azmi ini sebagai orang kafir dan bagi Sangkakala tak salah kalau orang membuat andaian sebegitu kerana seorang yang beragama Islam sudah pasti tahu akan hukum memegang anjing tanpa sebab adalah haram.


Ahad, 19 Oktober 2014

#bangang CINA AKAN KELUAR DARI MALAYSIA

Nampak sangat pemimpin DAP ni bangang bangang belaka sampai tak mampu nak diajar dah.


Takde siapa nak melarang kalau ada mana mana orang Cina yang nak keluar dari Malaysia.

Sangkakala rasa sekarang pun dah ramai cina yang keluar dan berhijrah ke negara lain dan Malaysia tetap macam tu juga.

Takde langsung rasanya kerugian kalau ada dikalangan mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan untuk keluar dari Malaysia.

Kalau ada dakwaan mengatakan bahawa Sangkakala rasis, rasanya kali ni memang Sangkakala jadi rasis sebab ugutan kononnya orang cina akan keluar dari Malaysia jika BN terus memerintah, Sangkakala rasa adalah ugutan bodoh dari pemimpin PR.


Rabu, 15 Oktober 2014

#bangang HANIZA TALHA ADUN TAMAN MEDAN KELIRUKAN RAKYAT DENGAN FITNAH

Hari ni satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai program PERMATA Negara apabila Keadilan Daily telah mengeluarkan kenyataan daripada ADUN Taman Medan yang telah memfitnah program tersebut.


YB Haniza Talha telah mengeluarkan kenyataan bahawa subsidi minyak ditarik semula kerana untuk diberikan kepada PERMATA apabila Perdana Menteri mengumumkan belanjawan negara bagi tahun 2015 baru baru ni.

Apa yang Sangkakala nak sebutkan disini, memang si Haniza Talha ni seorang ADUN yang tidak beretika, kawasan sendiri pun berterabur tapi dah mula pulak nak buat fitnah tentang program pusat.

Sangkakala pernah menulis tentang ADUN mangkuk dari PKR ni yang mana sampah di kawasan beliau tidak mampu diuruskan hingga penduduk terpaksa menyambut hari raya dalam keadaan busuk akibay sampah yang tidak diangkut.

Jadi disini Sangkakala nak bagi tau la pada YB PKR ni agar lebih menjaga kawasan sendiri daripada membuat fitnah tak tentu pasal sebab peruntukan sebanyak RM 711 juta untuk pendidikan awal kanak kanak tu bukan hanya untuk PERMATA malah ianya juga meliputi Kementerian Pendidikan, tabika KEMAS dan PERPADUAN.

Lain kali baca betul betul ye YB, simpan sikit bodoh tu untuk anak cucu yang akan datang dan kalau kebodohan tu tak mau di wariskan kepada cucu cicit kelak, masukkan mereka ke pusat bimbingan PERMATA, insyaallah mereka akan jadi lebih cerdik dari YB.


Isnin, 13 Oktober 2014

JAWAPAN KEPADA SI #bangang TENTANG 711 JUTA UNTUK PERMATA

Apabila selesai pengumuman bajet atau belanjawan tahun 2015, maka melompatlah para penghentam Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri dengan memfitnah kononnya sejumlah RM 711 diperuntukkan untuk program PERMATA.

Nampak gayanya memang ramai yang tidak berpuas hati termasuklah yang kalah dalam pertandingan pemilihan UMNO yang sudah menghentam belanjawan yang dibentang untuk menunjukkan persepsi buruk kepada Perdana Menteri serta progtam PERMATA yang jelas selama ini terbukti berkesan hingga anak anak Malaysia terkenal di seluruh pelusuk dunia.


Cuba lihat print screen diatas bagaimana si bangang yang tanpa usul periksa atau tidak mendengar secara teliti apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan tersebut.

Ada juga yang sanggup menyamakan anak anak yang terlibat dalam program PERMATA dengan haiwan (panda)


Mungkin manusia manusia ini tidak layak digelar sebagai manusia apabila sanggup menyamakan anak anak ini dengan haiwan dan tidak faham bahasa yang digunakan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan tersebut.

Mari kita sorot kembali teks ucapan pembentangan belanjawan yang disampaikan oleh Perdana Menteri kelmarin.


Nampak apa yang tertulis dalam teks diatas? Bajet diluluskan sebanyak RM 711 juta yang dihebohkan oleh manusia manusia bangang ni bukan semuanya untuk program PERMATA, tapi ianya dibahagi kepada beberapa perkara lain.

Ianya meliputi Kementerian Pendidikan, TABIKA KEMAS, PERMATA dan TABIKA PERPADUAN dan semua iti dimasukkan dalam satu tajuj iaitu PENDIDIKAN AWAL yang mungkin tidak pernah diterima oleh para pengkritik buta dan pekak ni.

Dibawah ni Sangkakala masukkan pula berapa sebenarnya bahagian yang diperuntukkan untuk PERMATA.


Jadi kepada badak badak air yang tak reti bahasa diluar sana, sila simpan sikit kebodohan tu untuk tatapan anak cucu anda dan kalau rasa tak mau anak cucu anda jadi bangang macam anda juga, masukkan mereka ke program pendidikan awal seperti PERMATA supaya dimasa hadapan penyakit yang anda alami sekarang tidak diturunkan kepada mereka.



Jumaat, 10 Oktober 2014

KENYATAAN #BANGANG AHLI PARLIMEN BERNAMA RAFIZI SOTONG


Sangkakala dimaklumkan bahawa dalam perdebatan isu GST di Dewan Parlimen bahawa Rafizi Ramli aka Sotong yang mewakili kawasan Pandan telah mengatakan bahawa cukai GST menyusahkan apabila ianya dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan.

Rafizi mengatakan bahawa jika cukai pendapatan, LHDN mengenakan cukai hanya kepada mereka yang layak dan mengikut saru sistem yang ada, majikan boleh membuat potongan cukai pendapatan terus melalui potongan gaji tapi ianya hanya untuk mereka yang berpendapatan melebihi RM 2500 dan jika kurang dari itu, mereka ini tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana tidak layak.

Nampak kebodohan Rafizi apabila cuba nak menyamakan diantara cukai pendapatan dengan GST.

Memang cukai pendapatan dikenakan kepada mereka yang layak sahaja kerana ianya adalah cukai pendapatan tetapi setiap pengguna akan membayar 6% GST.

Rafizi mengatakan juga bahawa, surirumah, warga emas, Orang Kelainan Upaya, penganggur dan sebagainya yang tidak mempunyai pendapatan tinggi akan dikenakan dengan GST.

Sangkakala nak tanya pula pada sotong ni, selama ni apabila cukai SST dikenakan hingga mencecah 16%, adakah golongan yanh disebut oleh Rafizi tidak terlibat dalam pembayaran cukai tersebut?

Adakah para peniaga yang mengenakan cukai SST memilih mereka mereka yang tidak mempunyai pendapatan sepertimana yang didakwa oleh beliau dikecualikan dari membayar cukai berkenaan.

Jawapannya tidak, SST juga dikenakan kepada semua orang dan nampaknya dengan menidakkan kebaikan GST, Rafizi seolah olah mahu membiarkan rakyat terbeban dengan kadar SST yang tinggj sehingga 16%, ini ke yang dikatakan membela rakyat atau membela peniaga yang selama ini memanipulasi harga barangan melalui cukai SST?

Lain kali kalau tak faham, pegi belajar lagi dan jangan nak memandai mandai, atau eloklah diteruskan dengan jiwa sotong tu dalam parlimen kalau tak sudah sudah nak tunjuk bangang.