Khamis, 2 Oktober 2014

@NajibRazak TERIMA UGUTAN BUNUH @PDRMsia

Semalam semua rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan penarikan subsidi minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen dan bermulalah pekikan pekikan yang maha hebat menghentam sana sini.

Hentaman tersebut tidak kiralah daripada penyokong kerajaan atau pun tidak menyokong kerajaan tetapi yang penting ialah mereka mereka ini amat marah dengan kerajaan.

Tapi ada satu perkara yang Sangkakala nak ambil serius dan sepatutnya pihak berkuasa juga mengambil pendekatan sama.

Seorang penggiat media telah mengeluarkan status berupa ugutan kepada YAB Perdana Menteri dalam akaun facebook milik beliau.


Jadi kepada pihak berkenaan, sila ambil tindakan terhadap mereka mereka yang melampau ni, nak melenting tu tak jadi masalah, tapi kalau dah sampai kata nak tembak tembak bagai, itu memang besar punya masalah.

Mungkin pemilik akaun ni rasa dia dah cukup hebat dalam media sosial, sebab tu juga le tak peduli tindakan tindakan yang bakal dikenakan kalau ada unsur unsur jenayah seperti ini.


Tiada ulasan: