Khamis, 7 Mac 2013

LEPAS KATA KONSPIRASI SEKARANG KATA MEMBAZIR PULA

Tak berapa lama Naib Presiden PKR, Tian Chua mengatakan konspirasi di Sabah adalah sandiwara UMNO dan menganggap kematian anggota keselamatan negara sebagai mati katak, kini timbul pula dalam laman blog mereka yang mengatakan adalah satu pembaziran apabila kita menggugurkan bom dari pesawat pejuang.

Inilah mentaliti pembangkang yang acapkali akan menyalahkan kerajaan dalam semua tindakan untuk menghapuskan penceroboh di Lahad Datu Sabah tersebut.

Pelbagai tohmahan digunakan oleh mereka.

Tapi ada satu perenggan yang menarik perhatian Sangkakala apabila mereka mengatakan kita juga melancarkan peluru berpandu jenis dari air ke daratan yang diledakkan oleh kapal selam Scorpein.

Bukan ke Scorpein didakwa tidak boleh menyelam dan tidak boleh digunakan oleh pemimpin sekutu PKR iaitu DAP.

Satu masa dulu semasa pembelian kapal selam berkenaan mereka menuduh bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam dan sebagainya, namun kini mereka juga mengatakan bahawa kapal selam itu melepaskan peluru berpandu.

Untuk makluman penulis laman blog itu juga, setiap pertempuran ada strategi, dan penggunaan senjata berat seperti menggugurkan bom dari pesawat pejuang adalah untuk memberi peluang kepada tentera dan polis masuk melalui darat.

Itu dipanggil clearing area yang mana setiap kali sesebuah pasukan darat akan masuk ke kawasan musuh, peluru meriam atau bom dari pesawat akan digunakan.

Jangan jadi bodoh la weii, kalau tak tau bertanya, jangan jadi bangang sampai orang kata kamu bengong.

Yang menjadi punca permasaalahan di Lahad Datu juga dikatakan berpunca dari pemimpin pakatan pembangkang juga yang selalu menyanyikan lagu 'Sabah nak hilang' di setiap kali ceramah.

Jadi kepada penulis laman blog tersebut, jangan cuba pertikai apa juga tindakan kerajaan atau angkatan tentera dalam usaha untuk memerangi penceroboh tersebut.

Tapi tak taulah kalau Pakatan pembangkang memerintah, mereka menggunakan peluru biji getah untuk melawan musuh supaya dilihat tidak kejam.

Kita sudah memberikan tempoh selama 2 minggu untuk mereka menyerah diri atau pulang ke tanah air mereka di Filipina, tapi apa pula balasan mereka? Membalas rundingan tersebut dengan membunuh anggota keselamatan kita? Itu tak kejam?

Rata rata rakyat Malaysia tidak mempertikai tindakan kerajaan dalam usaha menghapuskan penceroboh, malah semua rakyat Malaysia merasa bangga kerana pasukan keselamatan kita begitu ampuh dan sanggup berjuang tidak kira siang dan malam demi untuk menjaga kedaulatan tanah air.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: