Jumaat, 3 Mei 2013

#tolakpakatan PENDUSTA DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN

Ramai dikalangan pengikut fanatik pakatan pembangkang tidak mempercayai kesahihan video video yang dikeluarkan oleh blogger pro BN pada ketika ini tetapi mereka lebih percaya kepada dusta dan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin mereka terhadap Barisan Nasional.

Masalahnya disini, telah berulang kali berlaku dimana beberapa kali sumpah laknat telah dilakukan oleh individu individu yang mengakui mereka terlibat atau mereka sama sama terlibat dalam setiap kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang.

 Seperti contoh, Saiful Bukhari Azlan yang mengakui bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim sudah 2 kali melajukan sumpah laknat, namun ianya masih tidak dipercayai oleh pengikut pakatan pembangkang.




Mengapa begitu sukar bagi kepada pengikut pembangkang untuk mempercayai apa yang be4laku dan seolah olah tidak menerima itu adalah perlakuan yang dilakukan oleh pemimpin mereka?


Kadang kadang terfikir juga di benak Sangkakala, adakah mereka ini semua wudah buta hati dan perasaan?

Atau adakah mereka ini terlalu mengikut perasaan hinggakan setiap kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu dihalalkan dan ianya seperti perkara yang langsung tidak menjejaskan imej pemimpin mereka di mata orang lain.

Ada juga dikalangan mereka ini yang memaki hamun mereka mereka yang bersumpah dengan nama Allah ini namun mengagung agungkan mereka mereka yang tidak berani melakukan perkara tersebut.

Bukan satakat itu sahaja, mereka yang tidak berani untuk melafazkan sumpah ini dianggap sebagai pejuang yang mana mereka ini ingin diangkat sebagai pemimpin besar negara walaupun semua sudah terbukti dengan adanya video video yang memaparkan segala perilaku yang tidak elok.
 Ada juga dikalangan pemimpin mereka sendiri yang mengatakan bahawa perkara mungkar yang dilakukan oleh pemimpin mereka adalah perkara kecil dan ianya tidak perlu dihebahkan.

Berbeza pula dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional,  segala apa yang dilakukan oleh kerajaan pada mata mereka adalah salah dan ianya akan dihebahkan secara besar besaran.

Itulah gaya politik pembangkang serta diikuti oleh pengikt mereka, walaupun seribu kebaikan yang dilakukan ianya dilihat sebagai satu perkara yang amat hina tetapi segala yang dilakukan oleh pemimpin mereka adalah mulia.

Sebagai seorang warga yang matang, kita haruslah memikirkan sesuatu yang lebih kearah kebaikan negara, sekiranya mereka mereka yang melakukan kemungkaran ini diangkat sebagai pemimpin, maka yang mendapat kifaratnya adalah rakyat itu sendiri.

Oleh itu, rakyat Malaysia yang cintakan keamana serta kestabilan politik perlulah memilih kerajaan yang selalu serta kerap kali memberikan kebaikan kepada rakyat dan bukanlah sebuah kerajaan yang bakal dipenuhi dengan masalah moral kepimpinan.