Sabtu, 18 Mei 2013

#tolakpakatan @anwaribrahim PENGERUSI SPR LETAK JAWATAN

Minggu lepas satu perhimpunan telah diadakan di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh siswazah dan mereka mendesak supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz agar meletakkan jawatan dan SPR dibubarkan serta di ganti dengan orang orang baru.

Dalam himpunan tersebut, mereka telah memberikan tempoh sehingga semalam, dan sekiranya Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan dan SPR tidak dibubarkan, maka mereka akan mengadakan himpunan di jalanraya pada hari ini.

Tapi Sangkakala tengok semua sepi je ni, macam takde apa apa pun, hari tu beriya sangat bagi amaran dan ugutan segala bagai, tapi kenapa sunyi pulak hari ni?

Himpunan yang turut di hadiri oleh Chegu Bard itu melihatkan lebih kurang 100 anak muda yang dulunya menuntut agar pendidikan percuma diberikan kepada para pelajar kini sudah berubah ke arah politik.

Safwan Anang yang mengetuai himpunan mengatakan bahawa mereka tidak mewakili mana mana parti, mereka cuma mendesak agar pilihanraya yang bersih dan telus diadakan.

Budak kecik baru nak belajar buat demonstrasi ni cuba nak tipu orang ramai, kalau org buta atau pekak, mungkin la Safwan Anang boleh nak kencing macam tu sekali.

Chegu Bard juga minggu lepas semasa memberikan ucapan berkata bahawa kesemua yang hadir perlu bersiap sedia sejak dari semalam di laman laman sosial dimana mereka akan mengadakan hebahan tentang himpunan yang dijangkakan hari ini tapi malam tadi Sangkakala tunggu juga kalau ada hebahan, takde pulak.

Ini semua mungkin akibat daripada apa yang Karpal Singh buat semalam agaknya, apabila beliau membuat laporan polis menentang himpunan 505 dan mendesak pihak polis untuk menangkap mereka yang terlibat kerana mengganggu orang ramai dan membahayakan keselamatan.

Begitu juga dengan Adam Adli, mahasiswa berlagak hero, juga mengatakan bahawa mereka akan mengadakan himpunan besar besaran pada hari ini untuk menuntut Pengerusi SPR untuk meletakkan jawatan dan SPR dibubarkan.

Tapi Sangkakala tak dengar pulak, sama ada Tan Sri Aziz dah letak jawatan atau tidak sampai puak gila ni tak buat himpunan pulak hari ni, atau risau dengan 'SINGA' UMNO yang jadi menteri KDN sekarang, sebab Datuk Seri Zahid Hamidi dah bagi tau pada semua, tiada lagi amaran, yang ada hanya tindakan, jadi kalau berani boleh la berkumpul di mana mana sekiranya mahu untuk mencabar pasukan Polis.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: