Isnin, 20 Mei 2013

INI PUNCA KENAPA PERLU BOIKOT AIR ASIA

Sangkakala rasa bersetuju sangat dengan cadangan untuk memboikot syarikat penerbangan Air Asia dan Air Asia X oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanah air.
Sangkakala rasa Tony Fernandez ni macam talam dua muka pun ada. Itu sebab dia diam je bila CEO Air Asia X buat kenyataan mengatakan bahawa semua iklan promosi dalam akhbar Utusan Malaysia akan ditarik balik.

Sepatutnya apabila telah diberi kemudahan dan bantuan untuk hidup, Tony Fernandez lebih bersikap membalas budi dan bukannya menimbulkan syak wasangka kepada rakyat Malaysia.

Macam gambar diatas, apa hubungan mereka berdua sampai begitu mesra sekali bergambar, takkan setakat rakan atau hubungan dengan pelanggan, atau mungkinkah Tony juga terlibat dalam pemberian Dana pilihanraya kepada pakatan pembangkang.