Isnin, 20 Mei 2013

HATA WAHARI DIMALUKAN DENGAN MEEHOON

Hata Wahari yang merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia hari ni dimalukan dengan lemparan meehoon goreng oleh salah seorang wartawan yang mungkin berang dengan tindakan beliau berdemo seorang diri di hadapan pejabat akhbar tersebut.

Dengan melaungkan 'hidup melayu', salah seorang peserta yang berkumpul di depan pintu masuk akhbar berkenaan untuk melihat Hata Wahari berdemo seorang diri telah membalin 2 bungkus meehoon goreng tetapi gagal mengenai beliau.

Ia berlaku selepas Hata, yang muncul seorang diri dalam demonstrasi tersebut, cuba menunjukkan satu kain rentang ke arah pemimpin redaksi akhbar tersebut.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang itu, beliau turut dihalang oleh seorang kakitangan Utusan yang meluru ke arah Hata dan cuba menarik kain rentang tersebut, sementara kumpulan kakitangan lain bersorak.

Kejadian itu diperhatikan seramai kira-kira 60 orang anggota polis, yang seterusnya meminta Hata beredar selepas insiden tersebut.

Bodoh punya Hata, kalau dah kena buang tu sudah la, tak payah nak tunjuk yang kamu tu wartawan beretika.

Apa apa pun tahniah kepada kakitangan Utusan yang cukup setia dengan akhbar tersebut dalam melondehkan kepincangan pakatan pembangkang.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: