Sabtu, 18 Mei 2013

ANWAR JANGAN LARI DARI TAJUK

Anwar dikatakan telah menyelar kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa sesiapa juga rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya yang diguna pakai selama ini boleh lah berhijrah ke negara lain yang mengikut cara pengundian cara mereka.

Anwar bercakap dalam ucapan beliau malam tadi dengan mengatakan adakah negara ini bapa Zahid yang punya hingga beliau (zahid) mengeluarkan kenyataan begitu. 

Sangkakala pulak nak tanya, adakah negara ini Pak Ibrahim ( bapa anwar) yang puya hingga beliau dengan sesuka hati membawa para pengikut beliau untuk mengadakan himpunan disana sini.

Ini adalah sebuah negara merdeka yang aman dan makmur sebelum ini fan Sangkakala berani mengatakan sejak Anwar menceburkan diri dalan arena pilitik tanah air,  semua menjadi kelam kabut dan huru hara.

Sangkakala bersetuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan cara pengundian yang digunapakai selama ini elok berpindah dan tinggal di negara yang menjalankan sistem pengundian seperti yang mereka mahu.

Bagi Sangkakala,  ayat Datuk Seri Zahid ini ditujukan kepada Anwar kerana hanya Anwar yang tidak berpuas hati dengan cara pengundian yang diadakan.

Semasa Anwar bertanding sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dulu pun cara pengundian sama digunakan oleh SPR., tapi kenapa kali ini beliau mengatakan bahawa SPR perlu menggunakan undi popular dan dari segi undi popular, beliau mendahului Perdana Menteri. 

Kenyataan bodoh daripada Anwar Ibrahim, umur 67 tak lama lagi di jemput tanah namun masih tidak berakal.