Rabu, 29 Mei 2013

RAFIDAH AZIZ TAK TAHU MEMBEZAKAN KENYATAAN

Pengerusi Lembaga Pengarah Air Asia X,  Tan Sri Rafidah AziZ mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang diperkatakan oleh Azran selaku CEO syarikat penerbangan itu sebagai pandangan peribadi, jelas menunjukkan bahawa Rafidah juga tidak tahu membezakan kenyataan.

Kenapa Sangkakala kata begitu? Sebab Rafidah kata itu pandangan peribadi Azran dan bukan pandangan daripada syarikat.

Apa beza peribadi dan syarikat kalau beliau (Azran) adalah pegawai tertinggi dalam syarikat tersebut. 

Lagi satu, semasa mengeluarkan kenyataan itu, beliau tidak mengatakan bahawa itu adalah pandangan peribadi.

Tan Sri Rafidah diminta untuk menjawab isu tersebut dan satu desakan telah dibuat oleh pergerakan wanita UMNO yang mana satu masa dulu beliau adalah ketuanya.

Jadi Tan Sri Rafidah jangan nak playsafe dalam hal ini dan jangan sesekali cuba untuk membela mereka yang melakukan kesilapan.