Sabtu, 25 Mei 2013

#505 LAGI PERMOHONAN GILA DARI PEMBANGKANG

Sebelum pilihanraya umum yang ke 13 dulu, pakatan pembangkang melalui jawatankuasa BERSIH telah momohon beberapa permohonan pelik kepada pihak SPR,  ini termasuklah penggunaan dakwat kekal yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Namun apabila ianya digunakan dalam pilihanraya kali ini,  masih ada pertikaian yany dilakukan oleh pakatan pembangkang hanya semata mata untuk memperlihatkan keburukan kerajaan dan ketelusan SPR. 

Semalam satu lagi permohonan gila telah dikemukakan oleh pakatan pembangkang iaitu menubuhkan suruhanjaya bagi melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Kita perlu tahu bahawa untuk mengadakan persempadanan semula dalam pilhanraya,  kerajaan memerlukan 2/3 kerusi majoriti dalam parlimen dan kalau nak diikutkan daripada apa yang diperkatakan oleh pengerusi SPR,  ianya perlu merombak perlembagaan negara dan juga negeri, jadi perkara ini dilihat bukan satu perkara yang mudah.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

Semua perkara dalam negara sudah pasti mereka katakan didalangi oleh UMNO walaupun mereka tahu bahawa ianya adalah dibawah bidang kuasa SPR. 

Apa lagi yang pakatan pembangkang mahukan daripada kerajaan dan SPR yang sebenarnya? 

Atau mungkinkah mereka hanya akan berpuas hati jika kemenangan berpihak kepafa pakatan pembangkang? 

Rakyat Malaysia sudah memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional dan mereka seharusnya akur dengan suara rakyat yang diimplementasikan melalui pilihanraya dan sepatutnya mereka kini berkerja untuk memastikan rakyat dikawasan mereka mendapat pembelaan bukannya mendapat seorang wakil rakyat yang hanya tahu untuk memburuk burukkan kerajaan dan badan badan kerajaan.

Mereka dipilih dan dibayar untuk setiap perkhidmatan yang dilakukan oleh mereka dan bukannya hanya tertumpu untuk pertikaian demi pertikaian yang diwujudkan oleh mereka sendiri,  pada Sangkakala ianya amaylah merugikan para penduduk dan lebih tepat lagi para pengundi yang mengundi mereka baru baru ini.