Ahad, 19 Mei 2013

KARPAL PERMAINKAN UNDANG UNDANG MALAYSIA

Baru baru ni Karpal Singh selaku pengerusi DAP kebangsaan telah membuat satu laporan polis tentang himpunan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Namun laporan tersebut tidak dilihat sebagai keihklasan DAP dalam menjaga keamanan negara kerana malam tadi telah diadakan himpunan serupa dan ianya dihadiri oleh Karpal sendiri dan beliau turut memberikan ucapan.

Kenapa Karpal buat begitu sedangkan perhimpunan malam tadi tidak mendapat kelulusan dari pihak polis kerana pakatan pembangkang gagal mengemukakan permohonan untuk berhimpun selwat lewatnya 10 hari sebelum himpunan diadakan.

Sabagai seorang peguam, beliau tidak seharusnya membuat laporan polis jika beliau sendiri turut hadir dalam program seperti itu.

Karpal juga dilihat seperti sengaja mahu mencabar undang undang negara dan seolah olah mempermainkan undang undang sedangkan beliau adalah seorang peguam yang mengamalkan undang undang di Malaysia.

Atau mungkin juga Karpal sengaja berbuat begitu semata mata mahu menyelamatkan diri atau mempromosikan diri beliau yang dilihat sudah kurang populariti dalam politik tanah air.

Himpunan himpunan seperti ini boleh menjurus kearah kehancuran negara dan tidak mustahil ianya mampu untuk memporak perandakan keamana dalam negara ini.

Apa pun, tindakan Karpal memang dilihat sebagai melampau dan dengan mencabar undang undang kerajaan begitu, Karpal juga seharusnya diambil tindakan serupa dengan mereka mereka yang hadir dalam himpunan haram.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: