Selasa, 21 Mei 2013

PAS BAIK DENGAN POLIS ???

Salahuddin Ayub kata PAS bersedia untuk berkerjasama dengan pihak polis bagi menyiasat sesiapa juga yang bercadang untuk melakukan himpunan jalanraya bagi menggulingkan kerajaan.

Sejak bila pulak PAS baik dengan polis ni? Dulu PAS selalu kata yang polis ni anjing kerajaan sekarang ni nak bantu pulak?

Memang setiap bantuan disambut baik tambahan lagi jika hendak memberi bantuan bagi memakmurkan negara.

Tapi jangan pula beri bantuan tu kerana ada sesuatu yang lain atau ada sebab lain yang tersirat.

Membantu pihak berkuasa adalah tanggungjawab kita semua tidak mengira apa juga parti atau fahaman politik yang kita ikuti.

Cuma apa yang menyedihkan ialah, PAS sepatutnya menasihati mereka mereka yang berada dalam pakatan pembangkang agar melupakan hasrat mereka untuk membuat kekacauan.

Ini kerana kekacauan yang dicadang itu datangnya dari pihak pakatan pembangkang dan jika PAS sebenar sebenarnya mahu perkara ini tidak berlaku, mereka seharusnya melupakan DAP dan PKR kerana kedua dua parti ini yang akan merosakkan PAS.

PAS seharusnya bersatu dengan UMNO untuk memantapkan ukhwah sesama Islam dan Melayu serta dapat mengukuhkan hubungan sesama bangsa.

Tapi agak hairan apabila pemimpin PAS menolak semua jenis penyatuan ini demi kepentingan politik mereka dimana Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS sendiri pernah mengatakan bahawa beliau akan meludah sesiapa juga yang datang untuk menyatukan dua parti tersebut.

Adakah ini yang dinamakan ciri ciri pemimpin Islam? Dan kini apabila PAS sudah melihat pihak polis semakin berani dan semakin tegas, maka PAS menawarkan kerjasama dengan pasukan tersebut yang selama ini di tuduh sebagai anjing kerajaan dan sebagainya.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: