Khamis, 30 Mei 2013

SIAPA BOLEH LAWAN ANGGOTA POLIS NI ???

Sangkakala nak ucapkan tahniah la pada encik polis ni diatas kesabaran beliau melayan kerenah orang gila yang buat kecoh kat depan balai polis Jinjang tempoh hari.

Memang patut sangat pihak polis bagi anugerah khas kepada beliau kerana kalau diikutkan daripada riak muka pun memang sabar giler punya lah.


Kalau Sangkakala sendiri pun tak tau le boleh sabar atau tidak bila dah kena tunding jari macam tu, silap haribulan jari tu dah kena simen kot.

Itulah yang ditempuh oleh pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara serta rakyat jelata, dikutuk dan dihina setiap masa.

Tapi yang hairannya bila masa susah tau pulak mereka ni cari anggota polis minta batuan.

Tak perlu la emosi sangat, minah tu pun nak tunjuk hebat tak kena gaya, suka hati mak bapak dia je nak hina kutuk caci maki orang.