Selasa, 21 Mei 2013

RED BEAN ARMY MULA MENYERANG UMB @tunfaisal

Baru baru ini kecoh apabila satu pendedahan dilakukan oleh seorang bekas Setiausaha Eksekutif DAP yang mengatakan bahawa DAP ada mengupah remaja dan juga para para belia untuk menjadi tentera maya mereka yang di gelar Red Bean Army.

Mereka ini dikhabarkan mendapat bayaran yang agak lumayan daripada apa yang mereka lakukan dan diantara tugasan tugasan mereka ialah memantau setiap pergerakan cybertrooper proBN dan mengganggu setiap individu yang dilihat agak cenderong menyokong kerajaan.

Tapi hari ini Sangkakala terlihat dalam laman FaceBook yang mana satu akaun dalam laman tersebut mengatakan bahawa Red Bean Army ini tidak wujud dan yang wujud hanyalah Unit Media Baru (UMB) dibawah UMNO dan Barisan Nasional. 


Mungkin pemilik akaun diatas juga salah seorang daripada kumpulan Red Bean Army yang diupah oleh DAP dan kini mereka mungkin sudah mula untuk menghentam Unit Media Baru, ini mungkin juga kerana mereka melihat bahawa UMB telah menjadi penghalang bagi mereka terus menghentam kerajaan.

Ini juga mungkin merupakan strategi Red Bean Army untuk menjatuhkan semangat cybertrooper dibawah naungan UMB yang diketuai oleh Ybhg Saudara Tun Faisal Ismail yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia. 

Apakah Red Bean Army merasakan bahawa mereka telah gagal menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan dengan adanya Unit Media Baru ini yang dilihat semakin hari semakin ampuh dengan hujah dan fakta yang dikekuarkan selain daripada mematahkan serangan serangan daripada mereka?

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Unit Media Baru kerana telah membuktikan bahawa dengan kehadiran mereka ini pihak pakatan pembangkang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi menampung kegilaan cybertrooper UMB.