Rabu, 22 Mei 2013

PAS TERKENA LAGI SEKALI

Baru nak lantik EXCO kerajaan negeri DAP dah mula tunjuk belang, mula memprotes segala keputusan.

Apa yang Khalid mampu buat lepas ni? Adakah beliau akan mengikut telunjuk DAP yang berkehendakkan 4 EXCO kerajaan negeri di lantik dari DAP? Adakah PAS hanya mahu berdiam diri dengan desakan ini?

Semua kita tahu, Khalid tidak mampu berbuat apa apa kerana beliau tidak mempunyai suara yang banyak berbanding DAP dan PAS.

PAS pula hanya mampu berdiam diri apabila DAP mahukan PKR menjadi Menteri Besar, dan sebab sebab utama DAP mahukan begitu adalah lantikan EXCO mesti diberikan lebih kepada DAP.

Mampukah PAS melawan kehendak DAP yang mengatakan bahawa PAS boleh mengambil 3 kerusi exco dan lantikan sebagai speaker dewan diberikan kepada PAS.

Jadi pak pacak le PAS dalam Selangor kali ni nampaknya, takkan mampu berbuat apa apa.

Nasib la PAS, nak suruh bergabung dengan UMNO, sampai nak ludah muntah segala bagai, sekarang jilat la ludah DAP ke tanah tu.

Janji dapat jawatan dan pangkat, yang lain tolak tepi, malang nasib rakyat Selangor yang mengundi PAS, ingatkan PAS boleh jadi Menteri Besar, tapi hampa semuanya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: