Rabu, 29 Mei 2013

NAMPAK MACAM HANDAL !! TAPI BACUL RUPANYA

Safwan Anang yang dikatakan ditahan oleh polis semalam sebelum ini menunjukkan bahawa beliau adalah hero dalam menegakkan kebenaran yang pastinya untuk kepentingan politik pakatan pembangkang.

Lepas kena tangkap je, mula la tunjuk itu lebam ini pecah, memang le pecah mulut tu kalau dah meronta ronta macam lembu kena sembelih.


Dalam kata nak bawa orang turun ke jalan raya untuk berdemo kononnya, baru luka sikit macam tu dah rupa setengah mati, kalau kena rempuh dengan FRU entah macam mana pulak keadaan agaknya kan?

Sudah sudah la tu Safwan, takde faedah nak buat kerja bodoh ni, tambahan pula suruh ikut cara si Anwar, lagi le parah.

Bila duduk lokap, Anwar tak nampak rula pun,  usahkan nak jamin, nak tanya khabar pun tidak, itu ke yabg nak diikut?

Takde apa faedah imut orang yang gelap masa depan macam Anwar, kelak masa depan anda sekali hilang.