Khamis, 8 Januari 2015

SAMPAH TERBIAR PR NAK SALAHKAN BN ???

Seorang pengguna laman Facebook Sangkakala lihat telah menaikkan status yang mengatakan bahawa sampah di kawasan kejiranan beliau di seksyen 6 Kota Damansara di penuhi sampah yang tidak diangkut oleh kontraktor pembersihan sejak 6 hari lalu.


Agak agak korang la, siapa yang akan dipersalahkan oleh kerajaan PR apabila sampah sampah ni tak diangkut?? Adakah kerajaan PR akan menyalahkan BN sebab ADUN Kota Damansara diwakili oleh YB Halimaton dari UMNO?

Apa yang pasti ialah, di kawasan DUN Kota Damansara ada seorang penyelaras DUN dari PKR dan ada beberapa orang ahli Majlis.

Takkan sampah yang terlonggok begitu banyak tak dapat dilihat olehbsalah seorang dari mereka atau mereka sekarang sedang sibuk menguruskan projek masing masing sampai terlupa nak melawat kawasan.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa wakil rakyat kawasan Kota Damansara adalah dari Barisan Nasional tapi perlu juga diingat bahawa Barisan Nasional adalah pembangkang dan selama BN memerintah dulu, permasaalahan sebegini kurang berlaku kerana BN mengambil pendekatan supaya penjagaan kawasan sekitar dipelihara.

Azmin Ali pula semasa mula mula menjadi Menteri Besar dulu bukan main lagi turun naik lori sampah tapi akhirnya sampah berlonggok didepan rumah beliau sendiri pun beliau tak tau.

Jadi disini kita boleh menilai yang mana satu kerajaan yang benar benar mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Kalau setakat bercakap tapi perlaksanaan macam hampeh pun tak guna juga sebab yang menanggung risiko adalah rakyat dan kini rakyat Selangor secara keseluruhan telah menerima akibat daripada kesilapan memilih kerajaan.


Tiada ulasan: