Rabu, 28 Januari 2015

#datumjelatek MIMPI NGERI PENDUDUK MELAYU #DSNO #ubahselangor

Pembinaan projek mega Datum Jelatek di Ampang Selangor melihatkan bahawa ianya adalah sebuah projek yang menjadi mimpi ngeri orang orang Melayu yang menjadi penghuni di kawasan tersebut.


Hari Ahad lepas membuktikan apabila ada penduduk yang membantah projek ini mengadakan himpunan dan ianya sekaligus memperlihatkan bahawa orang Melayu yang terlibat di kawasan berkenaan amat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang meluluskan projek perumahan berprestij tersebut.


Akan tetapi dengan amat mudah Menteri Besar Selangor menafikan bahawa yang berkumpul mengadakan bantahan tersebut adalah orang tempatan bahkan beliau mempersoalkan adakah mereka benar benar penduduk atau orang luar yang sengaja membuat kekacauan.

Datum Jelatek yang dulunya menjadi penempatan Melayu bakal dijadikan penempatan campuran dan dengan harga serta nilai kediaman mencecah ratusan ribu hingga ke belasan juta ringgit sudah pasti tidak akan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang Melayu.

Walaupun jawapan daripada DatumCorp bahawa mereka mendahulukan orang Melayu dalam penjualan kediaman tersebut, kita dapat membayangkan adakah ianya akan berlaku sepertimana yang dikatakan.

Sangkakala mendapat maklum bahawa harga sebuah kediaman yang berkeluasan lebih kurang 550 kaki persegi (studio) sudah mencecah harga sehingga RM 700 ribu ringgit dan penthouse kondominium ini pula berharga RM 11.7 juta.

Adakah harga ini menjadi harga mampu milik kepada orang Melayu khususnya mereka mereka yang mendiami kawasan tersebut satu ketika dulu.

Tahun 2010, 4 buah block pangsapuri PKNS diambil alih oleh kerajaan negeri dan mereka ini diberikan pampasan dibawah harga RM 200 ribu untuk membolehkan projek Datum Jelatek dibangunkan.

Memang benar kuota bumiputera diberikan potongan harga sebanyak 10 peratus tapi jika dinilaikan semula harga paling rendah dalam projek ini ianya masih berbaki RM 630 ribu.

DatumCorp mengatakan bahawa mereka masih belum menjual unit unit kediaman ini kepada para pembeli dan mereka akan menjual unit unit tersebut kepada seberapa ramai orang Melayu khususnya bumiputera walaupun kerajaan hanya menetapkan 50 peratus perlu dijual kepada bumiputera hanyalah retorik semata mata.

Alasan yang akan diberikan nanti ialah, tiada sambutan dari kalangan orang Melayu maka mereka terpaksa membuka unit untuk dijual kepada bukan Melayu atau bumiputera.

Bagaimana Melayu mampu untuk memberikan sambutan sedangkan harga yang diletakkan boleh dikatakan melampau dan jauh daripada kemampuan orang Melayu.

Sangkakala juga merasakan bahawa bukan sahaja orang Melayu, malah kemungkinan sebahagian besar rakyat Malaysia dan Selangor tidak mampu untuk memiliki kediaman tersebut dan akhirnya projek ini akan dijual kepada warga asing yang memang berminat untuk mendapatkan hartanah di Malaysia hingga akhirnya rakyat Selangor sendiri akan ditempatkan dipinggir pinggir bandar.

Apa nasib rakyat dan adakah ini yang dikatakan bahawa kerajaan Selangor menitik beratkan kebajikan rakyat seperti mana yang mereka nyatakan semasa piihanraya lalu?

Rakyat Selangor perlu melihat, tidak akan kedengaran lagi suara bantahan memandangkan pengurusan DatumCorp telah menyatakan bahawa mereka akan tetap meneruskan projek tersebut kerana bantahan yang dibuat tidak akan membolehkan mereka untuk menghentikan projek berkenaan.

Oleh itu, Sangkakala ucapkan tahniah kepada rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri tersebut hingga mereka mampu untuk melakukan apa sahaja dan menidakkan suara rakyat itu sendiri.




Tiada ulasan: