Khamis, 22 Januari 2015

@azmin_ali MULA RISAU TEMBELANG DIBONGKAR @NohOmar #ubahselangor

YB Datuk Seri Noh Omar baru baru ni menjemput Menteri Besar Selangor untuk meninjau ninjau projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Pusat serta mendapat kekangan dari kerajaan negeri.

Tapi jawapan balas Azmin pula bukannya bersetuju dengan jemputan tersebut, malah mengatakan Noh Omar sebagai pembohong dan mengatakan bahawa kerajaan pusat yang tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri dengan tidak berbincang dan memberikan butiran projek kononnya.


Persoalannya sekarang, Noh Omar menanyakan tentang projek Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (uniKL - MIAT) yang bernilai RM 120 juta.

Apa yang menjadi kekesalan ialah, pengambilan tanah yang dilakukan oleh kerajaan pusat adalah sama dengan nilai pengambilan tanah biasa.

Satu lagi kekesalan ialah apabila kerajaan negeri meminta supaya sebuah jambatan dibina dengan nilai RM 70 juta yang langsung tiada kena mengena dengan Institut berkenaan dan ianya terletak sejauh lebih kurang 1 kilometer dari institut sebagai timbal balik projek berkenaan.

Bagi Sangkakala adalah lebih baik Azmin yang mengatakan bahawa beliau akan menghabiskan 80% masa untuk turun padang meninjau projek pembangunan untuk rakyat menerima jemputan Datuk Seri Noh Omar dan jangan pula hendak menunding jari apabila diminta berbuat demikian.



Tiada ulasan: