Rabu, 28 Januari 2015

SAMPAH TERBIAR !!! ADUN PAYA JARAS HILANGKAN DIRI

Peningkatan kes denggi di Selangor sedang hangat diperkatakan apabila peningkatan sebanyak 1000 kes seminggu yang amat membimbangkan penduduk.

Punca utama kepada permasaalahan ini pula dikatakan berpunca daripada banyaknya air bertakunh di kawasan kediaman dan kesalahan ini biasanya diletakkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat.

Untuk makluman, bukan hanya air bertakung menjadi punca, tetapi masalah sampah yang tidak diangkut dengan sempurna juga sebagai salah satu penyumbang kepada permasaalahan tersebut.

Sangkakala ternampak satu posting dari seorang pengguna laman facebook yang memuat naik gambar sampah yang tidak diselenggara dengan baik oleh PBT.



Sampah di kawasan Paya Jaras dikatakan tidak diangkut selama seminggu dan ini membuatkan kawasan longgokan menjadi busuk dan meloyakan.

Ini bukan sahaja menjadi tumpuan nyamuk, malah tikus dan beberapa serangga pembawa penyakit lain seperti lalat dan lipas juga banyak berkeliaran.

Paya Jaras diwakili oleh ADUN PAS yang juga yang mana beliau dikatakan tidak tinggal di kawasan Paya Jaras tetapi tinggal di Bangi dan ini menjadi punca kenapa ADUN PAS ini tidak tahu apa yang berlaku di kawasan tersebut.

Ini le akibatnya apabila Wakil Rakyat tidak bersama dengan rakyat malah tinggal diluar kawasan dimana rakyat memilih beliau sebagai wakil untuk memantau segala macam permasaalahan terutamanya pernasaalahan rakyat.


Tiada ulasan: