Isnin, 19 Januari 2015

MISI BANTUAN BANJIR SAHABAT MEDIA SELANGOR

Hari ini Sahabat Media Selangor telah menghantar bantuan banjir berupa barangan keperluan bilik tidur yang di sumbangkan oleh Kolej Pendita Za'ba Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.


Kumpulan Sahabat Media Selangor yang diketuai oleh Saudara Nizam yang juga merupakan Setiausaha kepada YB Datuk Seri Noh Omar telah dilepaskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri tersebut dihadapan Bangunan UMNO Negeri dan turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor.



Rombongan Sahabat Media Selangor telah disambut oleh YB Datuk Ismail, Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.


Sebanyak 50 buah tilam dan katil bujang serta 25 almari pakaian telah diserahkan kepada Sekolah Agama Darul Naim Kuala Krau yang terlibat dalam kejadian banjir yang melanda beberapa negeri baru baru ini.


Sumbangan  30 naskah AlQuran dan barangan keperluan dapur seperti dapur dan periuk memasak nasi juga diserahkan kepada sekolah berkenaan.


Namun begitu, sekolah ini masih memerlukan beberapa barang keperluan lagi dan Sangkakala berharap agar masih ada rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka.


Tiada ulasan: