Ekoran penambahan harga minyak apabila subsidi diesel dikurangkan, dah ada desas desus para pengusaha bas sekolah ingin meminta pertambahan tambang untuk menghantar dan mengambil pelajar.
Apa perlu ke kenaikan tambang dibuat oleh pengusaha bas sekolah ni? Berapa besar kesan yang mereka hadapi apabila kerajaan bertindak menarik balik subsidi diesel sebanyak RM 0.20 bagi setiap liter?
Apa yang Sangkakala kira dan buat congakan, penambahan ini tidak menjejaskan keuntungan pengusaha bas sekolah malah mereka sepatutnya boleh menjalankan perniagaan seperti biasa.
Disini Sangkakala buat kiraan bagi setiap bas sekolah.
Sebuah bas mampu membawa 40 orang murid bagi satu perjalanan dan jika 2 perjalanan sehari maka 80 orang murid akan dibawa sehari.
Perjalanan sebuah bas pula rasanya tidak melebihi 20km dari kediaman pelajar kerana banyak sekolah didirikan oleh pihak kerajaan bahkan ianya boleh dikatakan rapat hingga ada diantara sekolah berkenaan yang jaraknya hanya 3 km setiap buah.
Baik, jika 20km, sebuah bas hanya memerlukan lebih kurang 5 liter minyak (mungkin kurang) dan jika dikira dengan hari persekolahan sebanyak 20 hari sebulan, mereka memerlukan diesel sekitar 100 liter dan dengan harga terdahulu, penggunaan minyak hanyalah lebih kurang RM 200 dan kini mencecah RM 220 sebulan.
Jika pengusaha bas mengenakan bayaran sebanyak RM 50 bagi setiap pelajar, maka pendapatan mereka jika dikalikan dengan 80 orang ialah RM 4 ribu dan ditolak dengan RM 220 maka mereka masih lagi mempunyai pendapatan kasar sebanyak RM 3780.
Jika untuk lain lain hal, mereka perlu menabung sebanyak 1000 sebulan, maka mereka masih lagi mempunyai keuntungan sebanyak RM 2780 sebulan.
Tabungan RM 12 ribu setahun adalah untuk cukai jalan, roadtax, penyelenggaraan dan sebagainya.
Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa ianya tidak mencukupi, perlu juga Sangkakala ingatkan disini bahawa negara ini mempunyai cuti umum yang terlalu banyak dan jika dikira purata sebulan, perjalanan untuk membawa pelajar ini mungkin hanya 15 hari tapi bayaran masih dikira penuh untuk sebulan.
Jadi disini Sangkakala harap pihak SPAD memantau serta tidak membenarkan sebarang kenaikan harga tambang bas sekolah dan sekiranya pengusaha ini degil, maka satu jalan perlu diambil oleh kerajaan iaitu mewujudkan bas sekolah 1Malaysia yang mampu untuk menampung segala keperluan pengangkutan ini.
Bas sekolah ini bukanlah Sangkakala maksudkan percuma, tetapi ianya perlu disubsidikan pembayaran untuk membantu pelajar pelajar ke sekolah untuk menimba ilmu.
2 ulasan:
Habis TUUUUH Kami Nak Makan Aper????
Berapa Kali Bas Kami Keluar.. Jauh Mana berpusing???
Tak Naikkan Maka Bangkrap lah Kami Nak Makan Aper.
Bodoh Punya Blogger??
Naik 20 sen boleh bankrup?? Lagi bodoh punya komen..agaknya ni pengusaha yang selalu naikkan harga tambang ni..takur bankrup cari kerja lain la bodoh..berapa kali dalam setahun ada cuti umum dan cuti sekolah macam yang admin kata tu..tapi korang sapu juga tambang sebulan walaupun sekolah 2 minggu dan lagi 2 minggu cuti..agak2 le kalau nak cekik darah tu..tu sebab anak aku tak naik bas sekolah dah sebab menyampah dengan pengusaha yang selalu ambil kesempatan...
Catat Ulasan