Yang sebenarnya bukan itu sahaja kesilapan yang dilakukan oleh MCA tetapi banyak lagi perkara yang menjadi kesilapan parti tersebut sepanjang tempoh lima tahun bermula daripada pilihanraya umum yang ke 12.
Ramai dikalangan ahli MCA sendiri merasa tidak puas hati dengan komitmen yang diberikan oleh parti tersebut hingga membuatkan mereka berpaling arah ke pembangkang.
Kesilapan pada pilihanraya ke 12 sepatutnya dijadikan pengajaran kepada MCA dan bukannya seolah olah mengugut ahli serta kaum cina dengan mengatakan bahawa mereka (MCA) tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.
Itu juga dilihat seolah olah menidakkan kaum cina yang masih memberi undi kepada Barisan Nasional, dan apa yang Sangkakala lihat kali ini, kaum cina lebih memberi pengajaran kepada MCA dan mereka ini dihukum melalui undi yang sepatutnya diberikan oleh kaum cina kepada MCA kerana MCA adalah parti yang mewakili kaum tersebut.
Ada orang cina yang mengatakan bahawa mereka amat kecewa dengan MCA yang dilihat tidak sepenuhnya membela mereka selama ini dan Sangkakala amat yakin itu adalah dari hati mereka sendiri.
Jadi MCA selaku parti komponen yang terbesar bagi mewakili orang orang cina perlu mengubah sikap mereka dengan cara pergi menghampiri rakyat terutamanya kaum cina dan berikan penerangan kepada mereka sebaik mungkin dan ingatkan kepada mereka bahawa kehidupan hari ini telah dicorakkan oleh semalam dan apa yang ada kini telah dicorakkan daripada dulu.