Selasa, 24 April 2018

CIKGU PRAKASH AKAN TERUS BERIKAN KHIDMAT KEPADA PENGUNDI !! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #PRU14 #cikguprakash #BN4SgBuloh #BN4P107SGBULOH

Walaupun pernah mengalami kekalahan di Parlimen P107 Subang pada PRU13, Encik A. Prakash Rao atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Cikgu Prakash nekad untuk terus memberikan khidmat kepada masyarakat di Kawasan Parlimen P107 Subang yang kini dikenali sebagai P107 Sungai Buloh.

Cikgu Prakash yang dipertaruhkan buat kali ke dua dalam Pilihanraya Umum kali ini bersedia untuk bertanding sekali lagi memandangkan selama 10 tahun ahli parlimen dari PKR, tidak menjalankan tugas dengan sempurna di kawasan.

Mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan, Cikgu Prakash sememangnya calon yang layak untuk menjadi wakil rakyat Sg Buloh ke Parlimen.


Pernah menjawat jawatan sebagai guru di Sekolah Menengah dalam jurusan Bahasa Melayu membuatkan beliau amat mesra dengan orang ramai.

Sangkakala pernah bertanya kepada Cikgu Prakash tentang situasi beliau dengan masyarakat dan beliau mengatakan sebagai pendidik, beliau tidak pernah membeza bezakan anak murid walaupun mereka dari kaum atau bangsa yang berlainan.

Selepas mengalami kekalahan kepada Ahli Parlimen PKR, Cikgu Prakash tidak pernah serik untuk terus bergaul dengan masyarakat melalui program program yang dijalankan selama ini.


Setelah diberikan mandat oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon selepas menerima watikah pencalonan daripada Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor semalam, Cikgu Prakash membulatkan tekad untuk memenangi kerusi Parlimen P107 Sg Buloh demi untuk keselesaan dan kebaikan rakyat di Sungai Buloh.

Pengundi juga sebenarnya perlu mengambil peluang keemasan ini memandangkan pengalaman yang ada pada Cikgu Prakash memungkinkan beliau memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan kerajaan.



Khamis, 19 April 2018

KELAB 47000 SG BULOH TERIMA PERUNTUKAN 20K DARI BN ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #HebatkanNegaraku #Negaraku #Malaysia #KekalNajib

Seperti biasa bila ada permohonan untuk mengadakan program bagi rakyat, maka Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Subang yang kini dikenali sebagai Parlimen P107 Sg Buloh tidak pernah memberikan jawapan yang hampa.

Malam tadi sebanyak RM 20 ribu diserahkan kepada wakil kelab 47000 yang juga merupakan admin kepada Group Facebook 47000 Sungai Buloh.



Tapi apa yang agak mengecewakan ialah, dalam group itu sendiri ialah berat sebelah, jika pihak pakatan mengeluarkan kenyataan berbaur politik dan pelbagai komen diberikan, ianya akan terus dibiarkan, tapi bila orang sebelah pro Barisan Nasional, confirm akan kena block dan ditendang keluar dari group berkenaan.

Sangkakala cuba untuk menyertai kumpulan berkenaan dan soalan keselamatan kumpulan tersebut ialah Awak Cybertrooper Ke? Kalau Ye Dari Parti Mana? Bagi Sangkakala, apabila melihat makin hari makin kurang komen dan posting dari mereka mereka yang pro Barisan Nasional, maka Sangkakala dapat tangkap bahawa kumpulan ini adalah kumpulan pro pembangkang.


Tapi apa yang Sangkakala nak maklumkan disini ialah, walaupun ahli dalam kumpulan tersebut menghentak Barisan Nasional dengan pelbagai tohmahan dan ada admin dalam kumpulan berkenaan yang tidak menyokong Barisan Nasional, tapi sebagai pemimpin Barisan Nasional, Dato Hj Zein Isma tidak mengambil peduli tentang itu semua.

Berbeza dengan pemimpin penbangkang, kalau dah tau admin sesebuah kumpulan tu pro pada kerajaan, apa sahaja alasan yang diberikan akan ditolak.

Cuma satu Sangkakala nak pesan pada admin kumpulan tersebut, nak berpolitik biarlah berani, jangan politik hanya nampak RM di mata.



Rabu, 18 April 2018

AHLI PARLIMEN SERDANG TAK TAU BEZAKAN PENAUNG DENGAN PENGANJUR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #HebatkanNegaraku #Negaraku #Malaysia #KekalNajib #GE14 #PRU14

Agak mengecewakan apabila masih ada wakil rakyat tidak kira mewakili Parlimen atau DUN yang gagal memahami bahasa Melayu dengan baik walaupun Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan bagi Negara Malaysia.

Ini jelas terbukti apabila Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Kian Meng dengan tanpa menyelidik makna penaung dan penganjur menuduh Dato Hj Zein Isma sebagai penganjur acara Sg Buloh Night Run yang diadakan pada 10 Februari lepas.

Ini berikutan ada dikalangan peserta tidak menerima hadiah yang dimenangi oleh mereka dan Ong telah menuduh Dato Hj Zein Isma dan Barisan Nasional Parlimen Sg Buloh terlibat sama.


Dalam banner yang digantung sebagai promosi juga jelas menunjukkan bahawa YBhg Dato Hj Zein Isma merupakan penaung kepada program berkenaan dan dakwaan Ong yang mengatakan Gabungan Guru Aktif 1Selangor atau GA1S terlibat sama adalah tidak benar sama sekali begitu juga dengan perjawatan Pengerusi Barisan Nasional P107 Sg Buloh atau Koordinator Pembangunan Persekutuan N38 Paya Jaras yang disandang oleh Dato Zein.

Tuduhan melulu Ong telah membuatkan orang ramai memandang serong terhadap YBhg Dato Zein dan Barisan Nasional Sg Buloh sedangkan penganjur acara larian berkenaan adalah pihak swasta yang diwakili oleh Azroy Ramli.

Baru baru ini Azroy juga telah membuat satu laporan polis demi untuk membersihkan nama Dato Zein dan Barisan Nasional akibat tuduhan melulu ahli parlimen berkenaan.

Memang semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang memang dari dulu akan mengambil kesempatan ditambah dengan fitnah terhadap Barisan Nasional demi meraih sokongan politik murahan mereka dan ini yang dilakukan oleh Ong selaku ahli parlimen mewakili pembangkang.

Penganjur program telah pun membuat bayaran kepada semua peserta dan jelas kelihatan disini bahawa penglibatan Barisan Nasional adalah secara tidak langsung dan lebih kepada promosi dan segala bayaran yuran penyertaan disalurkan kepada penganjur melalui sistem online.

Kehadiran beberapa pemimpin politik pula adalah atas jemputan dan rasanya adalah tidak menjadi kesalahan jika pemimpin Barisan Nasional bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri hadir untuk bersama sama dengan rakyat.

Lepas ni mungkin Ong boleh masuk ke kelas latihan Bahasa Melayu agar beliau lebih memahami maksud penganjur dan Penaung supaya jangan ada yang terkeliru nanti.


Selasa, 17 April 2018

NAJIB RAZAK BERI RASUAH KEPADA PEMANDU TEKSI KATA PEGUAM PEMBANGKANG @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #HebatkanNegaraku #KekalNajib #Negaraku #Malaysia

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak baru baru ini memberikan bantuan kepada pemandu teksi sebanyak RM 800 bagi setiap pemandu yaang berjumlah seramai 67 ribu orang dan kenaikan gaji kepada penjawat awam seluruh negara.

Ini adalah bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional selama ini tidak pernah terlepas pandang kepada golongan pemandu teksi dan menghargai penjawat awam yang membantu kerajaan memberikan khidmat kepada rakyat.

Tapi bagi pihak pembangkang pula, ianya dilihat sebagai rasuah sepertimana yang disebut oleh peguam Pakatan Harapan yang meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan terhadap YAB Perdana Menteri.

Kadang kadang Sangkakala terfikir sejenak, adalah sukar bagi kerajaan Barisan Nasional kini untuk memberikan bantuan kepada rakyat kerana semuanya akan dianggap sebagai rasuah.

Tapi daoam masa sama mungkin peguam Pakatan ini boleh juga mengesyorkan kepada pihak SPRM supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Selangor, YAB Datuk Seri Azmin Ali yang baru baru ini memberikan bantuan berupa komputer riba, IPad serta wang yang berjumlah lebih dari 2 juta ringgit.


Mungkin Hanif Khatiri selaku peguam pembangkang juga perlu meminta pihak SPRM menyiasat Azmin Ali dalam pemberian berupa komputer riba, IPad serta wang kepada rakyat dan begitu juga dengan bantuan lain seperti Kad Peduli Sihat dan sebagainya.

Adakah pemberian Azmin itu tidak dianggap sebagai rasuah oleh Hanif Khatiri?

Jadi disini Sangkakala harap Hanif janganlah bersikap berat sebelah dan kaji dulu bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat adalah untuk keperluan rakyat dan bukan berkepentingan sesuatu.



Isnin, 16 April 2018

RAKYAT DI N38 PAYA JARAS AKAN BERI KEMENANGAN PADA BARISAN NASIONAL SEBAB !! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #Negaraku #Malaysia #HebatkanNegaraku #kekalnajib #BN4PayaJaras

Kawasan N38 Paya Jaras kecundang di tangan ADUN PAS pada pilihanraya yang lepas dengan kekalahan sebanyak 5522 undi majoriti yang memihak kepada PAS untuk merampas kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional sebelum itu.

Pada pilihanraya lepas, PAS telah diwakili oleh YB Khairuddin Othman dan Barisan Nasional pula telah diwakili oleh Dato Bushro Mat Johor.


Ada pelbagai versi yang Sangkakala dengar tentang kejatuhan Barisan Nasional di Paya Jaras, ada yang mengatakan penolakan pengundi kepada BN atas faktor calon, ada yang mengatakan rakyat sudah tidak mempercayai Barisan Nasional dan pelbagai lagi versi yang disampaikan.

Namun apa yang terbukti secara jelas ialah, selepas mendapat mandat dalam PRU13, kawasan DUN Paya Jaras tidak mendapat pembelaan sepenuhnya memandangkan YB Khairuddin bukanlah penduduk atau anak tempatan yang senantiasa berada dalam kawasan.

Pembelaan di kawasan DUN Paya Jaras diteruskan oleh YBhg Dato Hj Zein Isma bin Hj Ismail selaku Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap koordinator pembangunan persekutuan DUN Paya Jaras.


Pelbagai bentuk pembangunan dan pembelaan dilakukan di Paya Jaras demi keselesaan rakyat Paya Jaras khususnya.

Rata rata penduduk dalam DUN Paya Jaras hari ini merasa selesa dengan kehadiran Dato Hj Zein memandangkan pembelaan demi pembelaan dan pembangunan demi pembangunan dijalankan.

Antara pembelaan dan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional melalui Dato Hj Zein Isma dalam DUN Paya Jaras ialah, projek projek prasarana seperti kemudahan jalan jalan kampung, sistem perparitan dalam kawasan, pembinaan Dewan Orang Ramai, menaik taraf beberapa buah  masjid seperti masjid Matang Pagar yang diluluskan peruntukan sebanyak RM 5 juta, masjid Merbau Sempak yang diluluskan peruntukan sebanyak RM 4.5 juta, Masjid Bukit Rahman Putra yang diluluskan peruntukan sebanyak RM 5.5 juta dan banyak lagi perbelanjaan peruntukan yang disalurkan jika dikira semuanya sepanjang 4 tahun setengah hampir RM 10 juta telah disalurkan.

Semua peruntukan ini telah diperolehi melalui permohonan yang dilakukan oleh YBhg Dato Hj Zein Isma yang membuatkan rakyat di Paya Jaras kini telah membuka mata siapa yang berkhidmat kepada masyarakat.

Itu belum lagi program program bersama rakyat yang dijalankan bertali arus sepanjang beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Koordinator Pembangunan Persekutuan kawasan DUN Paya Jaras.

Ini yang menjadikan rakyat Paya Jaras akan memberikan mandat pemerintahan kepada Barisan Nasional memandangkan segala kemudahan dan keperluan untuk rakyat selama ini dibela oleh Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan walaupun mereka menjadi kerajaan selama 10 tahun ini.

Nama YBhg Dato Zein kini telah menjadi buah mulut dikalangan masyarakat disebabkan khimat bakti yang diberikan oleh beliau kepada pembangunan di Paya Jaras dan adalah tidak mustahil jika dipertaruhkan sebagai calon Pilihanraya yang bakal menjelma, Dato Zein mampu untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi oleh YB Khairuddin Othman yang kini telah melompat ke PKR semata mata untuk menjadi calon sekali lagi di Paya Jaras.

Ahad, 15 April 2018

KEBODOHAN PENGIKUT TUN MAHATHIR TAK DAPAT DIBENDUNG LAGI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #Negaraku #kekalnajib #KN

Mungkin sesetengah pihak khususnya pembangkang agak gemar atau suka dengan penyebaran fitnah dan kerana itu jugalah mereka beriya iya menolak akta Anti Berita Tidak Benar yang diluluskan oleh parlimen baru baru ini.

Itu baru dilihat daripada satu sudut dan dari sudut yang lain pula, ada juga pengikut Pakatan khususnya yang menjadi pengikut Tun Mahathir terpaksa memunjukkan kebodohan hanya semata mata untuk mendapat publisiti murahan.

Sepertimana yang dilakukan oleh admin page facebook Kami Sayang Tun Mahathir yang mengatakan bahawa sebuah kapal terbang telah membawa pengundi dari luar seramai 60 ribu orang dengan menaiki sebuah pesawat.


Pesawat yang diberinama Antonov An-225 Mriya, pesawat gergasi Ukraine itu pernah mendarat 2 kali di KLIA pada tahun 2007 dan 2016 dan ini adalah kali ke 3 pesawat berkenaan mendarat di KLIA setelah setahun direhatkan untuk kerja kerja menaik taraf.

Yang membuatkan Sangkakala mengatakan admin Page Kami Sayang Tun Mahathir menunjukkan kebodohan melampau ialah apabila mereka mengatakan bahawa pesawat berkenaan membawa 60 ribu pengundi Bangladesh mendarat di KLIA.

Pesawat Antonov adalah sebuah pesawat kargo sepenuhnya dan ianya mampu untuk membawa muatan seberat 640 tan dan bukannya pesawat penumpang untuk membawa pengundi Bangladesh seperti mana yang didakwa oleh blog SuaraRakyat dan kemudian dikongsi oleh Page seperti dalam gambar diatas.

Punya taksub untuk menunjukkan kesalahan Barisan Nasional sampai terlupa untuk mencari fakta fungsi sebenar pesawat tersebut.




Sabtu, 14 April 2018

ASTAGHFIRULLAH !! INILAH KERJA PEMBANGKANG BILA TIADA ISU @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #PRU14 #HebatkanNegaraku #KekalNajib

Memang menjadi kebiasaan kepada pembangkang akan mengeluarkan fitnah apabila tiada isu yang hendak dikaitkan dengan mana mana pemimpin.

Ini berlaku kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan baru baru ini, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim yang difitnah kononnya memberikan sogokan kononnya untuk mendapatkan undi telah membuat satu laporan polis berkenaan dengan perkara tersebut.


Fitnah terhadap Abdul Mutalib telah dilakukan oleh seorang pennguna laman facebook yang mengatakan bahawa Mutalib telah membeli undi dari seorang lelaki warga asing.


Abdul Mutalib sebenarnya telah pergi melawat ke sebuah kedai yang terbakar dan mangsa kebakaran berkenaan bukanlah warga asing seperti yang didakwa oleh pemilik akaun facebook yang menggunakan nama Fudzail.

Memang kerja puak puak pembangkang selalu menjadikan satu perkara sebagai isu apabila tidak mempunyai isu untuk dijadikan bahan.

Tapi seperti biasa, apabila keadaan panas, maka puak puak bacul seperti Fudzail akan menutup akaun facebook milik mereka dan jika tindakan diambil maka ayat paling selamat ialah, akaun telah digodam.

Itu semua alasan standard yang acap kali diberikan oleh puak puak sebelah pembangkang.


Jumaat, 13 April 2018

APA JASA SYED SADDIQ PADA ORANG MUAR ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #PRU14 #HebatkanNegaraku

Baru baru ni pihak PPBM, parti yang dibubarkan sementara oleh Pendaftar Pertubuhan atau ROS kerana tidak menghantar dokumen yang diperlukan kepada mereka (ROS) telah mengumumkan Ketua Pemuda mereka, Syed Saddiq yang kononnya merupakan pendebat terbaik asia akan menjadi calon di Parlimen Muar pada PRU akan datang.

Syed Saddiq pula dengan bangganya dalam akaun facebook mengatakan bahawa beliau mampu untuk menjadi pemimpin kerana selama ini beliau menjadi pendebat terbaik dan menjadi ketua juri bagi pertandingan debat bertaraf dunia.

Sangkakala nak bagi tau pada Syed Saddiq, mungkin benar kamu adalah pendebat terbaik, tetapi perlu juga diingat bahawa, mungkin ada diluar sana yang lebih baik dari kamu cuma tidak mendapat peluang seperti kamu.

Dan mungkin diluar sana ada yang lebih baik dan mempunyai moral yang lebih baik dari kamu yang merupakan seorang yang suka berpesta di kelab malam.



Untuk menjadi seorang pemimpin, kehebatan berdebat atau menjadi juri bagi pertandingan debat menjadi kayu ukuran, tetapi tingkah laku juga menjadi sandaran kerana pemimpin itu merupakan ikon kepada masyarakat.

Disini Sangkakala juga nak tanya, apakah jasa yang pernah ditaburkan oleh Syed Saddiq kepada masyarakat di Muar? Jawapannya tiada.

Kepada penduduk khususnya di Muar dan Johor amnya, DYTM Tengku Mahkota Johor baru baru ini juga menyatakan isi hati baginda dengan mendedahkan fitnah terhadap Nenda Baginda, Almarhum Sultan Iskandar yang difitnah oleh Tun Mahathir yang juga merupakan ketua kepada parti yang didokongi oleh Syed Saddiq ketika ini berkenaan dengan kes 'AMUKAN PREBET ADAM'. 

Bagaimana seorang pemimpin dari sebuah parti mesti diangkat sedangkan ketua mereka (Tun Mahathir) dikatakan telah memfitnah Almarhum Sultan Iskandar hanya semata mata mahu menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu.

Jika mereka ini diangkat sebagai wakil rakyat, Sangkakala nampak bakal berlaku satu malapetaka di kawasan yang mereka wakili.


Khamis, 5 April 2018

BELUM SEMPAT BUBAR PARLIMEN !! PPBM BUBAR DULU !! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Belum sempat Perdana Menteri bubar parlimen, hari ini parti Peribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu atau lebih popular dengan nama BUNGA yang diberikan oleh netizen dibubarkan sementara.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah ROS yang selama ini telah berkali kali memberikan amaran kepada PPBM untuk melengkapkan dokumen seperti yang diperlukan oleh ROS.


Tapi seperti biasa, PPBM memang menunggu masa untuk dibubarkan oleh ROS dan dengan itu, maka mereka (PPBM) boleh memohon simpati dengan mengatakan PPBM dianiaya dan dizalimi oleh kerajaan melalui ROS.

Jika fitnah ini dilemparkan dan Sangkakala yakin ianya akan berlaku, maka rakyat perlu sedar bahawa UMNO juga pernah di bubarkan dan diklasifikasikan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988.

Ini jelas menunjukkan bahawa tidak ada sesiapa yang kebal daripada undang undang dan ianya terpakai kepada semua termasuk parti yang memerintah atau menjadi komponen parti memerintah.

Dalam kes PPBM, sudah terlalu banyak aduan diterima oleh ROS daripada ahli akar umbi tentang kegagalan parti tersebut dalam mengikuti perlembagaan parti dan ekoran dari itu, ROS juga telah meminta PPBM supaya mengemukakan dokumen atau minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat PPBM.



Selasa, 3 April 2018

ESTET LENDU MILIK BN ?? RATU NAGA DAH JADI BANGANG KE LEPAS JOINT PEMBANGKANG ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Bila tengok mereka mereka yang masuk ke alam politik pembangkang ni rasa kesian pun ada sebab tak pasal pasal akan menjadi kurang cerdik walaupun masa duduk dalam Barisan Nasional dulu menjadi orang yang agak fasih dalam mengemukakan fakta.

Sebagai contoh Sangkakala masukkan di bawah ini screen shot tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Ratu Naga yang telah pergi ke sebuah estet di Melaka.

Apa yang menarik ialah, Ratu Naga yang kini menyertai PKR setelah cubaan membohongi PPBM dalam usaha mendapat sejuta tandatangan kantoi mengatakan bahawa ketiadaan bekalan air dan elektrik dalam estet berkenaan adalah salah kerajaan Barisan Nasional.


Setahu Sangkakala, estet yang dimaksudkan oleh Ratu Naga ini adalah estet swasta, dan apa kena mengena dengan Barisan Nasional jika mereka tidak mendapat bekalan air atau elektrik ke rumah mereka yang berada dalam estet berkenaan.

Setahu Sangkakala, rumah kediaman pekerja ladang atau estet ini adalah dibawah pengurusan pihak syarikat perladangan tersebut dan jika ada masalah seperti tiada bekalan air atau elektrik, seharusnya yang dipersalahkan adalah pihak ladang dan pihak ladang juga ada hak untuk mengeluarkan mana mana pekerja ladang dari rumah kediaman kerana itu adalah hak milik ladang tersebut

Tapi nampaknya sang Ratu Naga ni cuba mencari publisiti di Melaka dan mungkin juga dengan harapan dapat bertanding di negeri tersebut sebagai wakil rakyat.

Nasihat Sangkakala cuma satu, kalau tak cerdik, jangan la tunjuk diri kita ni bangang, malu kat orang je.

Kalau syarikat perladangan tersebut membuat permohonan dan sanggup membuat bayaran untuk penyambungan paip air dari paip utama, sudah pasti akan ada bekalan air ke kediaman pekerja tersebut dan begitu juga dengan bekalan elektrik, takkan itu pun nak diajar.

Lagi satu nasihat Sangkakala, badan dengan akal biarlah sama saiznya sebab takut nanti orang kata ibarat burung unta, harap badan besar tapi otak lebih kecil dari mata.