Sabtu, 31 Januari 2015

MINYAK TURUN LAGI !!! RAFIZI LARI TAK CUKUP TANAH @NajibRazak #DSNO #ubahselangor

Nampaknya pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli kali ni akan lari tak cukup tanah dikejar oleh para pengikutnya sendiri.

Minyak petrol dan diesel melihatkan penurunan harga lagi berkuatkuasa malam ini dan ianya tidak seperti yang dicanangkan oleh Rafizi sebelum ini dengan mengatakan bahawa harga minyak kenderaan mempengaruhi harga bahan makanan.



Sejak bulan lepas, harga minyak kenderaan menurun apabila harga pasaran minyak dunia terus menurun dan diikutkan dengan bulan februari yang menunjukkan harga minyak turun sebanyak 0.21 sen lagi bagi RON95, 0.11 sen bagi RON97 dan 0.23 sen bagi Diesel.

Tapi sejak bulan lepas, kita tak nampak pula Rafizi mengumpulkan bala tentera PR untuk turun berdemo mendesak para peniaga menurunkan harga bahan makanan ekoran daripada penurunan harga minyak.

Apa yang di sebut oleh Rafizi bagi menghalang hentaman keatas beliau ialah kerugian keatas peniaga stesen minyak dan mereka akan gulung tikar jika harga minyak diturunkan sedangkan sebelum itu Rafizi menyalak bagai anjing menyalak bukit mendesak agar harga minyak diturunkan.

Ini sebenarnya mentaliti pakatan pembangkang yang mahu memperlihatkan kerajaan tidak adil, tidak betul dan pelbagai lagi tohmahan untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan.

Tapi hari ini jelas terbukti tindakan kerajaan Barisan Nasional hanya untuk menguntungkan rakyat serta memberikan keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.



Jumaat, 30 Januari 2015

SEBARAN !!! KENYATAAN AKHBAR YB @IsmailSabri60

Berikut ialah beberapa isi penting dalam sidang akhbar oleh YB Menteri Pertanian dan Asas Tani semasa menyampaikan Amanat 2015.


1. MOA mahu kerja keras tingkatkan sekurang-kurangnya 10 peratus hasil pertanian, penternakan dan perikan berbanding tahun lepas

2. MOA mahu usaha tambahkan lagi pendapatan petani selaras dgn perkembangan ekonomi dan sara hidup

3. Kurangkan import. MOA mahu fokus kpd produktiviti untuk eksport

4. Setakat ni Malaysia import 30 billion setahun makanan dan akan meningkat pd tahun ni berikutan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar

5. Inisiatif baru akan diperkenalkan termasuk pulihkan ladang satelit dan buka kawasan ternakan lembu.

6. Tambah ternakan ikan sangkar dan pembukaan tanah baru utk sayur dan buahan.


TINDAKAN PENGURUSAN PPR KOTA DAMANSARA SUDAH TERLEWAT

Selepas satu kematian berlaku kelmarin di PPR Kota Damansara, hari ini pihak pengurusan nampaknya mengambil satu tindakan dengan meletakkan notis supaya ibu bapa mengawasi anak anak mereka yang bermain di kaki lima bangunan 18 tingkat tersebut.



Persoalannya, kenapa baru sekarang notis notis seperti ini ditampal sedangkan selama ini tidak kelihatan langsung notis seumpamanya di PPR Kota Damansara?

Itu pun selepas kemalangan meragut nyawa kali ke dua berlaku.

Sepatutnya notis seperti ini diberikan selepas kemalangan pertama berlaku dan bukannya selepas kemalangan kali kedua dan dari apa yang diberitahu, pengerusi persatuan penduduk pernah melaporkan keperluan untuk membaiki railing ini kepada MBPJ namun tidak mendapat sambutan.

Kenapa selepas hampir dua tahun selepas kejadian pertama berlaku, masih belum ada apa apa tindakan daripada MBPJ dan kalau ada sekalipun ianya tidak menyeluruh? 

Adakah nyawa penduduk PPR tiada bernilai dimata PBT dibawah kerajaan negeri?




Rabu, 28 Januari 2015

SAMPAH TERBIAR !!! ADUN PAYA JARAS HILANGKAN DIRI

Peningkatan kes denggi di Selangor sedang hangat diperkatakan apabila peningkatan sebanyak 1000 kes seminggu yang amat membimbangkan penduduk.

Punca utama kepada permasaalahan ini pula dikatakan berpunca daripada banyaknya air bertakunh di kawasan kediaman dan kesalahan ini biasanya diletakkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat.

Untuk makluman, bukan hanya air bertakung menjadi punca, tetapi masalah sampah yang tidak diangkut dengan sempurna juga sebagai salah satu penyumbang kepada permasaalahan tersebut.

Sangkakala ternampak satu posting dari seorang pengguna laman facebook yang memuat naik gambar sampah yang tidak diselenggara dengan baik oleh PBT.



Sampah di kawasan Paya Jaras dikatakan tidak diangkut selama seminggu dan ini membuatkan kawasan longgokan menjadi busuk dan meloyakan.

Ini bukan sahaja menjadi tumpuan nyamuk, malah tikus dan beberapa serangga pembawa penyakit lain seperti lalat dan lipas juga banyak berkeliaran.

Paya Jaras diwakili oleh ADUN PAS yang juga yang mana beliau dikatakan tidak tinggal di kawasan Paya Jaras tetapi tinggal di Bangi dan ini menjadi punca kenapa ADUN PAS ini tidak tahu apa yang berlaku di kawasan tersebut.

Ini le akibatnya apabila Wakil Rakyat tidak bersama dengan rakyat malah tinggal diluar kawasan dimana rakyat memilih beliau sebagai wakil untuk memantau segala macam permasaalahan terutamanya pernasaalahan rakyat.


#datumjelatek MIMPI NGERI PENDUDUK MELAYU #DSNO #ubahselangor

Pembinaan projek mega Datum Jelatek di Ampang Selangor melihatkan bahawa ianya adalah sebuah projek yang menjadi mimpi ngeri orang orang Melayu yang menjadi penghuni di kawasan tersebut.


Hari Ahad lepas membuktikan apabila ada penduduk yang membantah projek ini mengadakan himpunan dan ianya sekaligus memperlihatkan bahawa orang Melayu yang terlibat di kawasan berkenaan amat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri yang meluluskan projek perumahan berprestij tersebut.


Akan tetapi dengan amat mudah Menteri Besar Selangor menafikan bahawa yang berkumpul mengadakan bantahan tersebut adalah orang tempatan bahkan beliau mempersoalkan adakah mereka benar benar penduduk atau orang luar yang sengaja membuat kekacauan.

Datum Jelatek yang dulunya menjadi penempatan Melayu bakal dijadikan penempatan campuran dan dengan harga serta nilai kediaman mencecah ratusan ribu hingga ke belasan juta ringgit sudah pasti tidak akan mampu dimiliki oleh kebanyakan orang Melayu.

Walaupun jawapan daripada DatumCorp bahawa mereka mendahulukan orang Melayu dalam penjualan kediaman tersebut, kita dapat membayangkan adakah ianya akan berlaku sepertimana yang dikatakan.

Sangkakala mendapat maklum bahawa harga sebuah kediaman yang berkeluasan lebih kurang 550 kaki persegi (studio) sudah mencecah harga sehingga RM 700 ribu ringgit dan penthouse kondominium ini pula berharga RM 11.7 juta.

Adakah harga ini menjadi harga mampu milik kepada orang Melayu khususnya mereka mereka yang mendiami kawasan tersebut satu ketika dulu.

Tahun 2010, 4 buah block pangsapuri PKNS diambil alih oleh kerajaan negeri dan mereka ini diberikan pampasan dibawah harga RM 200 ribu untuk membolehkan projek Datum Jelatek dibangunkan.

Memang benar kuota bumiputera diberikan potongan harga sebanyak 10 peratus tapi jika dinilaikan semula harga paling rendah dalam projek ini ianya masih berbaki RM 630 ribu.

DatumCorp mengatakan bahawa mereka masih belum menjual unit unit kediaman ini kepada para pembeli dan mereka akan menjual unit unit tersebut kepada seberapa ramai orang Melayu khususnya bumiputera walaupun kerajaan hanya menetapkan 50 peratus perlu dijual kepada bumiputera hanyalah retorik semata mata.

Alasan yang akan diberikan nanti ialah, tiada sambutan dari kalangan orang Melayu maka mereka terpaksa membuka unit untuk dijual kepada bukan Melayu atau bumiputera.

Bagaimana Melayu mampu untuk memberikan sambutan sedangkan harga yang diletakkan boleh dikatakan melampau dan jauh daripada kemampuan orang Melayu.

Sangkakala juga merasakan bahawa bukan sahaja orang Melayu, malah kemungkinan sebahagian besar rakyat Malaysia dan Selangor tidak mampu untuk memiliki kediaman tersebut dan akhirnya projek ini akan dijual kepada warga asing yang memang berminat untuk mendapatkan hartanah di Malaysia hingga akhirnya rakyat Selangor sendiri akan ditempatkan dipinggir pinggir bandar.

Apa nasib rakyat dan adakah ini yang dikatakan bahawa kerajaan Selangor menitik beratkan kebajikan rakyat seperti mana yang mereka nyatakan semasa piihanraya lalu?

Rakyat Selangor perlu melihat, tidak akan kedengaran lagi suara bantahan memandangkan pengurusan DatumCorp telah menyatakan bahawa mereka akan tetap meneruskan projek tersebut kerana bantahan yang dibuat tidak akan membolehkan mereka untuk menghentikan projek berkenaan.

Oleh itu, Sangkakala ucapkan tahniah kepada rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri tersebut hingga mereka mampu untuk melakukan apa sahaja dan menidakkan suara rakyat itu sendiri.




KANAK KANAK MAUT JATUH BANGUNAN PPR KOTA DAMANSARA

Nyawa manusia yang tinggal di PPR seolah olah tiada nilai kepada kerajaan negeri Selangor apabila petang tadi satu lagibkematian dilaporkan di PPR Seksyen 8 Kota Damansara.


Seorang kanak kanak meninggal dunia di tempat kejadian apabila kanak kanak tersebut dikatakan jatub dari tingkat 6 block B PPR Kota Damansara  

Puluhan aduan telah dibuat kepada pengurusan Syarikat Hartanah Selangor Berhad yang mengendalikan perumahan tersebut tetapi ianya ibarat mencurah air di daun keladi.

Sebelum ini seorang kanak kanak berbangsa India telah jatuh dari tingkat 7 di block D kawasan yang sama dan kini seorang lagi mangsa telah terkorban.

Agaknya berapa ramai lagi yang harus menjadi korban akibat daripada ketidakcekapan anak syarikat kerajaan negeri ini mengendalikan kawasan perumahan tersebut?

Adakah mahu sampai mencecah angka puluhan orang terutamanya kanak kanak untuk dijadikan korban setiap tahun?

Mungkin bagi anak syarikat kerajaan negeri ini, nyawa orang orang yang kurang berkemampuan ini tidak bernilai dan maka dengan sebab itu jugalah penyelenggaraan bangunan tambahan pula dari aspek keselamatan penduduk tidak diambil peduli.

Kepada kerajaan negeri, ingatlah bahawa mereka ini juga manusia dan mereka juga berhak untuk mendapatkan keselesaan serta keselamatan di kediaman mereka.


Selasa, 27 Januari 2015

BUKTI KEBEBALAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Nampak sangat kerajaan Selangor semakin bebal apabila kes denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa.



Dalam masa seminggu sahaja, 1000 kes denggi dilaporkan berlaku di negeri Selangor.

Apa tindakan kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Menteri Besar yang baru si Azmin Ali?

Nak pancut Ridsect dalam bas lagi macam yang pernah dilakukan dulu sebagai gimik kononnya mereka prihatin tentang permasaalahan kesihatan rakyat?

Selagi kerajaan Selangor masih dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat, maka selagi itu lah masalah rakyat tidak akan selesai dan rakyat Selangor akan terus dibelenggu dengan permasaalahan dari semasa ke semasa.

Rakyat Selangor perlu sedar tentang perkara ini dimana Pakatan Rakyat seolah olah sedang memperjudikan nasib rakyat terutamanya dari segi kesihatan dan keselamatan.

Rakyat Selangor perlu menolak kerajaan Pakatan Rakyat yang kini dilihat pebih mementingkan polimik mereka dan bukannya untuk memperbetulkan keadaan sepertimana janji mereka pada tahun 2008 lagi.

Rakyat Selangor perlu menolak kerakusan kerajaan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin ketara memenuhi tuntutan nafsu mereka demi untuk mendapatkan kuasa dan akhirnya nanti negeri Selangor terutamanya rakyat yang akan menjadi mangsa.



#haramjadah AZMIN ALI TAK KENAL ANAK TEMPATAN

Himpunan membantah projek Datum Jelatek kelmarin nampaknya menunjukkan betapa bangangnya Azmin Ali sampai tak kenal orang luar atau anak tempatan.


Azmin dalam himpunan Jabatan Jabatan Kerajaan di Shah Alam mengatakan bahawa himpunan Datum Jelatek mu gkin didalangi oleh orang luar dan bukannya anak tempatan.

Apa bodoh sangat Menteri Besar Selangor ni? Kalau nak tau anak tempatan ke bukan, pegi le turun ke kawasan tu, atau Azmin dah hilang jantan nak mengadap penduduk tempatan yang dah mula hilang sabar?

Nak bagi tau sikit pada si bangang MB jamban ni, mereka tu anak tempatan dan bukannya macam PKR yang akan import orang luar untuk buat kecoh.

Apa yang berlaku kelmarin jelas menunjukkan bahawa orang Melayu yanh merasakan bahawa diri mereka ditindas oleh kerajaan PKR sudah mula bangkit tanpa mengira fahaman politik.

Sebagai Menteri Besar, Sangkakala rasa amat tidak patut jika Azmin teruskan projek berkenaan kerana ianya menindas rakyat.

Bayangkan kalau harga satu lot kediaman paling murah berharga RM 600 ribu, adakah mana mana Melayu penduduk tempatan akan mampu untuk membeli kediaman tersebut.



Isnin, 26 Januari 2015

ADUN TAMAN MEDAN BIARKAN RAKYAT DALAM KEADAAN JIJIK

Gambar gambar ni Sangkakala dapat dari dalam akaun facebook seorang rakan yang mengatakan bahawa kejadian di Jalan Medan Taman Medan ini telah berlanjutan hingga bertahun tahun namun tidak ada tindakan oleh mana mana pihak termasuk ADUN Kawasan Taman Medan, YB Haniza Talha.




Mainhole pembentungan ini telah melimpahkan air najis dan mengeluarkan bau yang memualkan dan ianya dikatakan telah bertahun dibiarkan.

Apa jadi dengan Haniza Talha?? Kemana pula ADUN dari PKR ni menghilangkan diri?? 

Kenapa dibiarkan penduduk terlibat dalam permasaalahan seperti ini dan bagi Sangkakala, peningkatan kes denggi di Selangor semuanya berpunca dari kes kes sebegini yang dipandang ringan oleh ADUN ADUN dari PR.

Cuba bayangkan bagai mana rakyat di kawasan flat 4 tingkat jalan Medan ini menghadapi permasaalahan seperti ini setiap hari? 

Jangan lah bila masa nak mengundi maka mulalah berduyun duyun turun mengatakan bahawa mereka akan membela rakyat dan mengatakan bahawa kerajaan pusat kejam dan tidak pedulikan rakyat sedangkan perlakuan mereka (PR) jauh lebih teruk dalam menangani permasaalahan rakyat.



@IsmailSabri60 BERIKAN 7 AMANAT KEPADA WARGA MOA @NajibRazak #dsis

Berikut adalah kenyataan YBM Dato' Sri Ismail Sabri dalam satu majlis amanat yang diadakan di MAEPS Serdang baru baru ini.


1. Kita tetapkan sasaran yg jelas. Akan berikan peluang kpd warga MOA hingga ke staff bawahan utk beri komen/cadangan tentang perancangan agenda 2015.

2. Hujung minggu lalu, kita adakan sesi retreat dan kita sepakat utk come out 8 strategi atau Key Result Area dlm mendepani cabaran 2015.

3. 8 KRA tersebut ialah peningkatan pengeluaran, peningkatan pendapatan, peningkatan eksport,pengukuhan rantaian nilai, pemerkasaan bumiputera, pemantapan R&D&C, pengukuhan modal insan, dan pengurusan projek yang cekap

4. Strategi untuk Beras - kita akan semak semula dasar mengimport benih padi hibrid

5. Strategi untuk Buah, kita akan tanam semula

6. Strategi untuk lembu, fokus kpd program TRUST

7. Kita juga akan berkerja sama dgn lebih erat dengan GLC dalam memperluaskn lagi kawasan pengeluaran pertanian kita.







SSKD DAN UMNO SUBANG TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

Skuad Sukarelawan Kota Damansara serta UMNO bahagian Subang sejak semalam turun membantu mangsa banjir di Kampung La, Besut Terengganu sejak semalam.

Misi bantuan pasca banjir yang turut disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Zein Isma dan Naib Ketua UMNO Bahagian Subang, Saudara Zulkifly Mat Taft.

Masjid Kampung La menjadi tempat pertama yang dibersihkan oleh SSKD serta UMNO Bahagian Subang yang berkekuatan seramai 35 orang peserta.

Selain dari membersihkan bangunan, bantuan makanan dan bahan keperluan seperti air mineral, lampin pakai buang serta pakaian sekolah turut dihantar sama kepada mangsa banjir.

Ketua Bahagian Besut yang merupakan exco kerajaan negeri Terengganu telah menyambut ketibaan rombongan dari Subang yang merupakan bahagian angkat kepada bahagian Besut.











Ahad, 25 Januari 2015

SAHABAT MEDIA SELANGOR TERUSKAN BANTUAN BANJIR @NajibRazak @nohomar #sms


Misi bantuan banjir Sahabat Media Selangor diteruskan lagi dengan penghantaran katil berserta tilam sebanyak 150 unit ke sekolah Maahad Ehyak Diniah di Kampung Gajah Perak.


Katil dan tilam tersebut telah disumbangkan oleh Kolej Pendita Za'ba UKM Bangi dan diselaraskan Sahabat Media Selangor.

Misi bantuan kali ini turut dibantu oleh Biro Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh saudara Armand Azha yang menghantar beberapa orang tenaga kerja bagi memunggah barang ke atas lori trailer yang disediakan oleh Yayasan Bina Upaya Negeri Perak.






Barang barang ini telah diterima oleh guru penolong kanan hal ehwal murid sekolah berkenaan mewakili pengetua dan disaksikan oleh wakil Yayasan Bina Upaya, saudara Firdaus.

Turut disumbangkan adalah naskhah Alquran yang dihadiahkan oleh seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya di sebut dan AlQuran tersebut juga telah diserahkan kepada penolong kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut.


Proses menurunkan barang di sekolah tersebut telah dibantu oleh pasukan sukarelawan bermotor pasca banjir yang juga di sertai oleh Sahabat Media Selangor diketuai oleh saudara Joy Reyzal bersama sama dengan pelajar sekolah Maahad tersebut.




Sangkakala ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan banjir ke Kampung Gajah kali ini, semoga bantuan bantuan seperti ini akan dapat diteruskan.


Khamis, 22 Januari 2015

@azmin_ali MULA RISAU TEMBELANG DIBONGKAR @NohOmar #ubahselangor

YB Datuk Seri Noh Omar baru baru ni menjemput Menteri Besar Selangor untuk meninjau ninjau projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Pusat serta mendapat kekangan dari kerajaan negeri.

Tapi jawapan balas Azmin pula bukannya bersetuju dengan jemputan tersebut, malah mengatakan Noh Omar sebagai pembohong dan mengatakan bahawa kerajaan pusat yang tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri dengan tidak berbincang dan memberikan butiran projek kononnya.


Persoalannya sekarang, Noh Omar menanyakan tentang projek Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (uniKL - MIAT) yang bernilai RM 120 juta.

Apa yang menjadi kekesalan ialah, pengambilan tanah yang dilakukan oleh kerajaan pusat adalah sama dengan nilai pengambilan tanah biasa.

Satu lagi kekesalan ialah apabila kerajaan negeri meminta supaya sebuah jambatan dibina dengan nilai RM 70 juta yang langsung tiada kena mengena dengan Institut berkenaan dan ianya terletak sejauh lebih kurang 1 kilometer dari institut sebagai timbal balik projek berkenaan.

Bagi Sangkakala adalah lebih baik Azmin yang mengatakan bahawa beliau akan menghabiskan 80% masa untuk turun padang meninjau projek pembangunan untuk rakyat menerima jemputan Datuk Seri Noh Omar dan jangan pula hendak menunding jari apabila diminta berbuat demikian.



KADA GUNA DUIT SENDIRI BANTU PETANI @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS

TEMURAMAH YBM ISMAIL SABRI @ RTM RANCANGAN LANSKAP - PASCA BANJIR


1. Sebanyak 3 juta telah dibelanjakan pada awal  oleh MOA. Kementerian Pertanian sangat komited bantu walaupun kita patut berada di belakang

2. Penyusunan semula bajet oleh PM. Setakat ni projek rakyat ttp diteruskan, cuma mungkin operasi pengurusan dan Kementerian dikurangkan.

3. Tambahan 100 juta untuk Tekun & 10k untuk mangsa banjir pulihkan semula perniagaan mereka. Tangguh pinjaman oleh Agrobank & tekun. Untuk Tekun kita beri dgn segera, tidak ada lagi borang n karenah birokrasi. Tekun juga akan menjadualkan semula pinjaman utk meringankan beban mangsa. Agrobank pula perumtuk 50 juta utk pinjaman kpd mangsa banjir tanpa cagaran dan penjamin.

3. Kita ada formula utk bayar kepada mangsa banjir. Contohnya lembu rm700 seekor utk maksimum 10 ekor.

4. Beberapa kali saya dah jelaskan, mangsa tak perlu repot polis untuk dapatkan bantuan. Cukup dengan lapor kepada jabatan pertanian terdekat.

5. Ketegasan MOA. KADA tak perlu tunggu duit dari kementerian kewangan. Guna duit sendiri dulu. Sebab saya turun sendiri ke Kelantan tengok keadaan sangat teruk kepada penduduk. Kalau kita tak buat, akan memudaratkan penduduk kelantan.

6. Ada pertindihan kerja. Contoh pengurusan sungai. Sungai bukan dbawah MOA tapi kalau kita asyik tolak tolak kerja, rakyat yang rugi. MOA ambil tanggungjawab ini untuk baiki sungai di Morak, Kb Kelantan.

7. Bagi kenaikan harga barang pertanian, pemborong ambil kesempatan. Kelantan, Terengganu bukan pengeluar sayur.

8. Sebab tu kita bukak pasar TANI khas yang harga sehingga 60% lebih murah. Di Kelantan sahaja kita buka 11 pasar TANI khas. Kita buka di kawasan yang mengalami banjir.

9. Larangan eksport sayuran buah2 dan ikan rakyat utk menjamin bekalan mencukupi.

10. Kita perlu sama2 berkerja antara kerajaan, glc dan swasta dlm bidang agromakanan. Sy tidak nampak lagi keagresifan GLC yang terlibat dalam agromakanan utk sama2 bantu gerak kerja membntu mngsa banjir.

11. Utk bantu mangsa banjir, kita kerah sukarelawan bersih rumah. Kita beri peralatan. Kita juga turun dptkan maklumbalas. Ada kwsn perlu makanan. Ada kwsn perlu barang selimut, dapur. Semua tu kita semak & selaraskan.

12. Sebnyak 500,000 utk banjir di Sarawak. Tidak ada diskriminasi, kita juga Bantu rakyat Sarawak.

13. Bekalan makanan tidak ada masalah buat masa skrg.


Rabu, 21 Januari 2015

KEMENTERIAN PERTANIAN TERUS MEMBANTU PETANI TERLIBAT BANJIR

Ramai sekali yang menunding jari menyalahkan kerajaan apabila musibah banjir melanda di negeri Kelantan.

Dan tidak lain dan tidak bukan, yang melemparkan pandangan negatif kepada kerajaan sudah pastilah puak puak pakatan pembangkang yang mahu memesongkan pemikiran para petani yang terlibat.


Berikut adalah beberapa point atau isi ucapan yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam penyampaian bantuan Pasca banjir di Kelantan baru baru ini.

1. Anggaran nilai awal sektor pertanian di Kelantan akibat banjir adalah 100 juta termasuk kerosakan infrastructure dan aset

2. Kerajaan persekutuan sentiasa membantu walaupun Kelantan adalah negeri di bawah pembangkang. Cuba kita lihat apa kerajaan negeri buat utk rakyat Kelantan? Takde.

3. Pagi tadi saya tengok bendang di Morak..kota bharu. Rosak teruk. Saya minta KADA baiki dalam seminggu. Guna dulu peruntukan sedia ada. Nanti kementerian sendiri akan tanggung.

4. Hari ni kita Bantu petani2 di Kelantan, staf2 pertanian dan juga kita bina banyak pasar TANI di Kelantan untuk meringankan beban rakyat Kelantan.

5. Rakyat Kelantan juga mendapat keistimewaan dr pasar TANI. Yg 20-60 % lbh murah dr pasar biasa.

Bantuan bertali arus yang dihantar oleh kerajaan jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia melalui kementerian tidak membiarkan rakyat walaupun berada dibawah pemerintahan kerajaan negeri yang berlainan.

Keprihatinan ini seharusnya diberi pandangan oleh rakyat dimana sebagai rakyat, ucapan terima kasih diberikan dan bukannya seperti apa yanh dilakukan oleh pembangkang yang hanya mengkritik dan memperlekehkan kerajaan.

Sedarlah, kerajaan kita pada hari ini amat peka dan prihatin terhadap permasaalahan rakyat.


PUNCA @Zahid_Hamidi DISERANG BERTERUSAN TANPA HENTI @NajibRazak

Mungkin ada yang perasan, ada yang tak perasan, ada yang tau dan ada yang buat buat tak tau kenapa YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diserang secara berterusan oleh beberapa pihak.

Kita perlu melihat dengan lebih teliti serta jauh kehadapan serta mengkaji dimana punca segala permasaalahan yang cuba ditimbulkan dan dikaitkan khususnya oleh pembangkang.

Setelah dilihat dan diperhalusi, nampaknya ada beberapa sebab kenapa Zahid diserang oleh puak puak ini.











Inilah punca punca sebenar kenapa Zahid diserang begitu hebat dan besar kemungkinan mereka yang menyerang ini mempunyai kepentingan dan mungkin mereka ini juga terbabit dan apabila dikekang serta dihalang oleh pihak berkuasa khususnya dibawah Kementerian Dalam Negeri maka mereka mereka ini merasa tergugat.

Bagi Sangkakala, pemimpin ini perlu kita pertahankan sehabis daya kerana dapat kita lihat, jika ada dikalangan puak pembangkang mula menabur dakyah yang menghasut, maka pemimpin itu mempunyai kekuatan serta digeruni pihak lawan.