Ahad, 30 Jun 2013

#pru13 PSM DISISIH MASIH MAHU BERSAMA PAKATAN

Hari ni ada kenyataan daripada setiausaha agung PSM bahawa mereka akan terus berunding untuk menjadi salah satu parti gabungan pakatan tersebut.

Apa yang kita lihat disini ialah, PSM seolah olah tiada kekuatan tetapi mengharapkan kekuatan daripada pakatan pembangkang untuk meraih sokongan.

Setahu Sangkakala, sebelum pilihanraya lagi sudah ada rundingan tetapi masih belum mendapat kata putus, apakah PSM masih mahu menyorong muka ibarat 'hidung tak mancung pipi terseorong sorong'?

PSM tidak mungkin akan dapat menyertai pakatan pembangkang kerana kita semua mengetahui bahawa pakatan tersebut dimonopoli oleh DAP yang hanya mahu menggunakan parti yang ada kekuatan seperti PAS dan PKR untuk menjadi pemerintah.

Seperti situasi sekarang, DAP dan PAS bersetuju untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dalam parlimen, sedangkan DAP mempunyai kerusi melebih daripada kerusi PKR.

Ini semua ada udang disebalik batu yang mana, apabila atau sekiranya pakatan pembangkang menguasai kerajaan, Anwar akan diletakkan ke tepi kerana sudah diberikan peluang sebagai ketua pembangkang, dan untuk menjadi Perdana Menteri mungkin hanya seketika cuma.

Anwar akan diletakkan atau ditendang ketepi kerana suara majoriti dalam parlimen sudah pasti akan diperolehi oleh DAP sekiranya pakatan pembangkang memerintah dan sekiranya Anwar cuba mengingkari apa yang dikehendakkan oleh DAP, sudah pasti akan ada undi tidak percaya yang akan membunuh karier politik Anwar.

Inilah kelicikan DAP yang dapat dibaca sehingga hari ini, dan berbalik kepada cerita PSM tadi, tidak mungkin pakatan akan menerima kehadiran PSM yang cuma ada sekelumit sokongan ahli.

Adakah PSM akan berjaya? Jawapannya pastilah TIDAK.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MULA KERJA DARI SEKARANG UNTUK PRU14


Kalau nak diikutkan daripada apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin ni memang ada kebenarannya, tapi berapa orang yang betul betul melakukan kerja bermula dari sekarang?

Baca DISINI

Sangkakaka lihat tidak ramai yang buat begitu dan sepertimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin bahawa tempoh 5 tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang adalah benar.

Adakah mereka mereka yang menang dalam pilihanraya baru baru ini akan mengikuti seperti apa yang dikehendakiboleh kepimpinan? Atau rakyat akan merasa kecewa dengan memilih mereka?



@NajibRazak PENULISAN SANGKAKALA DIPERTIKAI

Setelah menulis beberapa kali seolah olah menghentam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, Sangkakala telah menerima teguran oleh seseorang yang meminta Sangkakala supaya tidak mengatakan yang Sangkakala adalah orang UMNO atau Barisan Nasional.

Dan hari ini Sangkakala menerima satu lagi teguran hingga mengatakan bahawa beliau akan menghantar nama Sangkakala untuk dibawa ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan.

Persoalannya, adakah kerana Sangkakala orang UMNO maka tangan terikat kelangit dan kaki terpasung dibumi dalam menegur kepimpinan?

Atau adakah kerana Sangkakala ini ahli UMNO maka Sangkakala tidak boleh atau dalam kata lainnya Sangkakala kena tutup mulut dalam memberikan pandangan?

Jika itu yang dimaksudkan, Sangkakala rasa Sangkakala lebih rela keluar daripada UMNO daripada melihat UMNO itu hancur dengan golongan golongan yang mengampu pemimpin hingga membuatkan pemimpin tersebut dipandang serong dan menerima kritikan daripada pembangkang atau dibenci oleh rakyat.

Dan Sangkakala yakin, dengan terkeluarnya Sangkakala daripada UMNO, Sangkakala akan terus mengkritik pemimpin sebab Sangkakala bukanlah lembu yang dicucuk hidungnya dan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin.

Perlu diingat satu perkara, yang mana Sangkakala menulis kerana itu yang Sangkakala rasa, dan kepada mereka yang merasa agak kurang selesa Sangkakala ingatkan juga bahawa penulis seperti Sangkakala akan terus menulis tak kira didalam atau diluar UMNO.

Tapi bila dikatakan Sangkakala jangan sekali kali mengaku bahawa Sangkakala adalah orang UMNO atau pejuang UMNO adakah itu bermaksud Sangkakala perlu berhijrah ke mana mana parti yang bertentangan untuk memperbetulkan apa yang Sangkakala rasa tidak betul dan tidak tepat demi untuk memperjuangkan hak rakyat marhain seperti Sangkakala?

Sangkakala tidak marah atau tidak berasa hati dengan teguran tersebut, kerana setiap orang ada pandangannya yang tersendiri dan begitu juga dengan Sangkakala, tapi jangan sampai gambar jadi terbalik nanti sudahlah, sebab bagi Sangkakala, apabila Sangkakala menghormati kritikan, jangan la sampai kata UMNO bukan kamu punya.

Itu bagi Sangkakala adalah melampau kerana seolah olah mengatakan bahawa UMNO itu kepimpinan yang punya dan hak sebagai ahli dinafikan secara langsung.

Sangkakala ulangi disini bahawa Sangkakala akan terus mengkritik segala perbuatan atau perlakuan yang Sangkakala rasa tidak wajar dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional kerana Sangkakala tidak mempunyai apa apa kepentingan peribadi untuk dipertahankan, cuma yang ada hanya sebuah parti yang semakin hari semakin lemah kedudukannya dimata masyarakat.

Kepada pengkritik pula, Sangkakala harap jangan terlalu mempertahankan pemimpin hingga pemimpin berasa bahawa kedudukan mereka selamat padahal kedudukan mereka umpama telur di hujung tanduk kerana laporan laporan yang tidak tepat dan sikap "yes boss" mereka hingga pemimpin lalai.

Ingat, sayangkan pemimpin perlu ditegur, bukannya diikut secara melulu, kepada mereka yang agak terasa dengan kenyataan Sangkakala ini, terpulang dan kepada yang mengugut untuk membawa nama Sangkakala ke lembaga disiplin atau apa juga lembaga sekali pun silakan, dan Sangkakala ingatkan juga sekali lagi, didalam atau diluar UMNO, Sangkakala TETAP akan menulis dan mengkritik kepimpinan sekiranya kepimpinan itu tidak menepati apa yang rakyat seperti Sangkakala mahukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 29 Jun 2013

@NajibRazak APA KELAYAKKAN AZEEZ RAHIM SEBAGAI CEO TABUNG HAJI ???

Dato Abd Azeez Abd Rahim atau Azeez Putra atau Azeez Gaza atau apa juga Azeez sekali pun dikatakan akan menyandang jawatan CEO Tabung Haji.

Hebat Azeez Rahim ni, tapi tak kisah lah sebab jasa beliau sebagai pemimpin juga tidak kurang hebatnya, tambahan pula beliau adalah salah seorang ahli lembaga dalam Tabung Haji sejak tahun 2011 hingga kini.

Azeez juga menyandang dua jawatan penting dalam anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC sebagai Pengerusi serta ahli lembaga pengarah Theta Edge Berhad sejak tahun 2012.

Jadi tidak mustahil beliau juga mempunyai pengalaman sebagai orang penting dalam pengurusan di Tabung Haji.

Kalau nak diikutkan jasa dan bakti beliau dalam kemasyarakatan, rasanya apa yang dilakukan oleh Azeez tidak mampu dilakukan oleh semua orang dan dengan beberapa misi penting yang dilakukan dengan jayanya oleh beliau jelas juga membuktikan Azeez amat komited dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.

Sebagai contoh, Azeez yang pernah Sangkakala temui satu masa dulu semasa merasmikan mesyuarat pemuda bahagian (rahsia) selepas beliau balik daripada misi kemanusiaan di Jepun selepas di landa tsunami yang mana sebuah loji nuklear yang berada dalam keadaan bahaya pada ketika itu, namun Azeez masih sanggup untuk menawarkan diri pergi memberikan bantuan bagi pihak kerajaan Malaysia.

Dalam pertemuan singkat Sangkakala dengan Azeez, beliau sempat menceritakan tentang beberapa operasi dan Sangkakala sempat bertanya secara bergurau apa yang beliau inginkan sebenarnya dengan memberikan bantuan tersebut? Beliau dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa beliau terpanggil untuk memberikan khidmat kerana memikirkan yang diberi bantuan atau diselamatkan itu juga adalah manusia seperti kita dan kita perlu merasakan sekiranya kita duduk ditempat mereka.

Begitu juga dengan bantuan kemanusian bencana Tsunami di Aceh satu masa dulu, beliau pernah menceritakan bahawa Aceh kelihatan seperti padang jarak padang terkukur yang mana dapat dilihat mayat masih bergelimpangan dan hampir membusuk di beberapa kawasan.

Jadi Sangkakala berkeyakinan dengan jasa dan khidmat yang beliau telah tunjukkan dalam setiap operasi tersebut, adalah amat layak untuk meletakkan beliau dalam menggalas tanggungjawab di Tabung Haji.

Tapi jangan le pulak jadi macam Supol yang berada di sebelah Perdana Menteri sekarang ni, langsung tiada pengalaman tapi dah diberikan jawatan tinggi dalam pejabat Perdana Menteri pula tu.

Berbeza dengan Azeez yang tidak menggunakan kabel dalaman, Supol yang menjadi kemegahan Presiden perbadanan Putrajaya sekarang menggunakan kekuatan BIN beliau untuk mendapat jawatan tinggi.

Tahniah kepada Datuk Azeez yang akan menjawat jawatan CEO di Tabung Haji dan insyaallah, beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LIVE PERLAWANAN PIALA FA

ISU HAKIM !!! PAKATAN KANTOI LAGI

Puak pakatan pembangkang heboh mencanangkan bahawa peguam VT Singgam dikatakan di pecat setelah membuat penghakiman yang tidak memihak kepada polis dan kerajaan berhubung dengan kematian AKugan pada tahun 2009.

Alamak kontoi sudah pakatan pembangkang, ingatkan nak spin lagi supaya rakyat turun sekalilagi ke jalanraya tapi jelas ianya adalah persaraan wajib buat VT Singgam.

Jadi kepas ni jangan pula yang ada mengatakan perkara perkara fitnah kalau tak tau apa cerita sebenar.

Pakatan Pembangkang memang bijak dalam kerja kerja memfitnah serta memanipulasi pemikiran rakyat dalam usaha memburukkan kerajaan, tapi setiap kaki mereka memfitnah setiap kali itu juga perlajuan mereka didedahkan.

Lepas ni nanti kita tengok apa pulak yang nak dikatakan oleh pakatan pembangkang dan sudah pasti akan ada fitnah baru yang akan muncul.

Let's Talk - BLACKOUT505 bersama Ketua Penerangan SAM1M

LET'S TALK! Kali ini bersama Ketua Penerangan NGO Suara Anak Muda 1 Malaysia (SAM1M) Sdr Muhammad Faiz Hashim mengenai perhimpunan BLACKOUT505 yang telah dianjurkan oleh beberapa wakil parti dan NGO Pakatan Rakyat pada 22Jun lalu dii Padang Merbok.

Sdr Muhammad Faiz SAM1M turut memberi reaksi mengenai insiden yang telah berlaku pada awal minggu ini di hadapan pintu masuk Parliamen di mana beberapa wakil NGO-NGO berhasrat untuk menyerahkan satu memorandum menyeru agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi meletak jawatan.

http://www.mobtv.my/talkshow-3531.html



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#pru13 #tolakPR PEMBANGKANG MEMALUKAN DIRI SENDIRI DI PARLIMEN DAN DUN

Sidang parlimen dan sidang DUN yang dilakukan selepas Pilihanraya Umum Ke 13 baru baru ini jrlas melihatkan kebodohan puak pakatan pembangkang yant seterusnya memalukan diri mereka sendiri.

Dalam sidang parlimen..pembangkang juga berkeinginan untuk meletakkan nama speaker sedangkan mereka mengetahui jika ada dua pencalonan sudah pasti akan ada undian dan dengan kerusi majoriti di parlimen mahu pun DUN sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada kerajaan.

Jadi apa motif mereka meletakkan nama calob untuk speaker kalau dah tau kemenangan tidak akan memihak kepada mereka? 

Apa yng Sangkakala lihat disini..pembangkang akan terus memalukan diri sendiri dengan pelbagai perkara yang mereka lakukan..buka sahaja daln sidang dewan malah diluar dewan juga acap kali dilakukan begitu.

Sebagai contoh Sangkakala lihat semasa himpunan blackout505 yang diadakan di Padang Merbok baru baru ini, himpunan yang mensasarkan kehadiran lebih dari 100 ribu orang hanya dihadiri tak sampai 10 ribu orang dan ini juga telah mencemarkan maruah pakatan pembangkang yang dilihat sudah tidak mendapat sokongan.

Begitu juga dengan insiden rempuhan yang dilakukan oleh pengikut mereka sendiri. .rempuhan tersebut dilakukan semata mata untuk menghalang pakatan pembangkang dari mengangkat sumpah dan bukannya protes pilihanraya..tapi pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim tetap juga mengangkat sumpah dan membiarkan para pengikut mereka terpekik terlolong diluar parlimen.

Ini sebenarnya memalukan pengikut mereka sendiri yang mana pengikut pakatan pembangkang selama ini termakan dakyah yang mengatakan bahawa terdapat penipuan dalam pilihanraya hingga membuatkan mereka keluar ke jalan raya dan akhirnya pemimpin mereka sendiri menidakkan apa yang diperjuangkan oleh pengikut pengikut mereka. 

Selepas ini nanti kita akan dapat melihat pula perkara perkara yang bakal memalukan diri mereka di dalam parlimen dan DUN pula..dan apa yang pasti ialah perkara memalukan ini pasti akan terus berulang.

Jumaat, 28 Jun 2013

CUKUP CUKUPLAH SAHLAN cc @NajibRazak

Dato Sahlan Ismail Nasution yang merupakan salah seorang Setiausaha Politik (SUPOL) PM yang kalah bertanding dalam PRU13.

Sahlan kalah di kawasan sedangkan Barisan Nasional menang di Kedah?

Sahlan kalah kerana rakyat tidak dapat menerima beliau. Ini bukannya kerana faktor undi Cina, tetapi sebab Sahlan memang tidak bagus dan tidak disenangi oleh orang ramai.

Dikhabarkan juga Sahlan kini adalah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Bukan SUPOL lagi tetapi hanya Pegawai Khas.

Sahlan sebenarnya menjadi salah satu sebab kenapa Perdana Menteri mendapat nama yang agak buruk di kalangan pemimpin UMNO kerana Sahlan ni lebih sudu dari kuah.

Peranan Sahlan dah macam peranan pegawai Pak Lah masa tingkat 4 di kritik dulu. Nampaknya selepas Pak Lah dan tingkat 4 tak ada, pejabat Najib pun dah jadi sama.

Sudah tiba masanya peranan SUPOL dan pegawai-pegawai pejabat Perdana Menteri diperbetulkan semula kerana nampaknya mereka ni dah jadi macam sida-sida Maharaja Cina.

SUPOL dan pegawai Perdana Menteri perlu sedar mereka hanya pegawai kepada Perdana Menteri dan merupakan jambatan di antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin UMNO atau lebih tepat lagi SUPOL dan pegawai-pegawai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka seharusnya menjadi pemudah cara.

SUPOL dan pegawai PM masih perlu menghormati heirarki. Bukan mengatasi peranan Menteri dan pemimpin UMNO dan BN.

SUPOL dan pegawai-pegawai PM TIDAK WAJAR mempengerusikan mesyuarat. Sebaliknya hanya memberi input sebagai mewakili PM dan menerima input untuk dilaporkan kepada PM.

SUPOL dan pegawai-pegawai PM TIDAK WAJAR mengetuai sebarang operasi, tetapi hanya sebagai salah seorang anggota dalam jawatan kuasa operasi tersebut.

SUPOL dan pegawai PM perlu ingat bahawa dalam jemaah menteri ada Menteri bertanggung jawab dan dalam Majlis Tertinggi ada Pengerusi Biro dan Ahli Majlis Tertinggi yang bertanggungjawab.

Jangan main redah sahaja kerana beberapa sebab. Salah satunya adalah kewajaran untuk menghormati heirarki.

Kalau pegawai PM sendiri gagal menghormati Menteri dan pemimpin UMNO, jangan kita harapkan orang lain akan menghormati Menteri dan pemimpin UMNO.

Sebab kedua yang paling penting adalah akauntabiliti. SUPOL dan pegawai Perdana Menteri tidak menentukan dasar, tetapi Menteri dan Pengerusi Biro akan menentukan dasar organisasi yang diketuai.

Bila semua berjalan dengan lancar, tidak mengapa. Tetapi bila berlaku sesuatu masalah, siapa yang akan dipersalahkan dan dipertanggung jawabkan? Siapa yang akan membawa laporan ke kabinet dan mesyuarat Majlis Tertinggi? Siapa pula yang akan menjawab di Parlimen?

Bukan SUPOL dan pegawai PM, tetapi Menteri dan Pengerusi Biro atau Ahli Majlis Tertinggi.

Bila ada masalah SUPOL dan pegawai PM akan meyorokkan diri. Kalau berjaya mereka yang akan claim mileage lebih-lebih walaupun tak buat apa sangat.

Sudah sampai masanya supaya pentadbiran dalam pejabat PM dibetulkan semua. Jangan ulangi kesilapan zaman tingkat 4 dan sebelum PRU13.  

SUPOL dan pegawai PM tolong hormat Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi, sebab jawatan korang hanya dilantik oleh pemimpin yang kami pilih, dan tolonglah, jangan nak melebih lebih lak.

 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KANAK KANAK DIBAKAR DALAM OVEN - HANYA KERANA BERNAMA AISYAH

Sedih pula bila mendengar kisah dan rintihan seorang bapa yang membuat panggilan telefon dan mengadu tentang anaknya yang dibakar di dalam oven dan diperlihatkan kepada bapanya sendiri.

Kekejaman Syiah ini dilakukan hanya semata mata kerana anak kecil berusia 3 tahun itu dinamakan sebagai Aisyah..

Klik gambar dibawah untuk video kekejaman ini

klik gambar untk video

Khamis, 27 Jun 2013

#blackout505 ANWAR MAKIN TERTEKAN DALAM POLITIK

Sedikit demi sedikit pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh individu yang dulunya menyokong pakatan pembangkang namun kini sudah beralih arah menyokong pihak kerajaan setelah mereka tahu tentang apa yang dilakukan oleh pakatan tersebut yang mempunyai agenda politik yang amat kotor serta licik.

Hari ini bekas pengasas PKR telah mendedahkan bahawa fitnah Anwar terhadap Perdana Menteri dengan melibatkan beliau dengan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu adalah salah satu agenda Anwar untuk membunuh karektor politik Perdana Menteri.

Beberapa minggu lalu heboh diperkatakan bahawa ada dikalangan pengikut Anwar telah menawarkan sejumlah wang kepada Koperal Sirul yang terlibat dengan pembunuhan tersebut supaya mengakui bahawa beliau (Sirul) menerima arahan dari Perdana Menteri untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Nampak gayanya Anwar kini dalam dilema kerana tidak berjaya membawa pakatan pembangkang untuk menjadi kerajaan Malaysia dan beliau kini telah menggunakan kaedah sogokan dalam usaha untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Mungkin juga Anwar terpaksa melakukan semua pembohongan serta fitnah tersebut kerana janji janji beliau terhadap pemimpin pakatan pembangkang yang begitu mengharapkan kehadiran beliau ke dalam parti pembangkang membolehkan PKR, DAP dan PAS menerajui negara dan perkara tersebut dilihat sudah mempunyai harapan yang gelap dan tidak mustahil pemimpin pembangkang kini merasakan Anwar hanya mampu untuk melafazkan janji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.

Begitu juga dengan pelabur pelabur dari luar yang dikatakan telah menaja Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini sudah mula hilang keyakinan terhadap beliau.

Penolakan oleh rakyat Malaysia terhadap kepimpinan pembangkang yang diketuai oleh Anwar juga dilihat membolehkan pembangkang kehilangan terutamanya Anwar kehilangan populariti daripada penyokong dan pelabur pelabur ini.

Apa lagi yang Anwar harapkan daripada kemungkinan beliau untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan majoriti rakyat Malaysia menolak kepimpinan beliau dan salah satu bukti pula yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia serta pengikut pakatan pembangkang ialah melalui himpunan blackout505 di padang merbok Kuala Lumpur baru baru ini yang hanya dihadiri oleh tidak sampai 10 ribu orang.



#HanyaDiKedah AHMAD BASHAH ADA ANAK TIRI ???

Dalam blog BraderJai Sangkakala ada terbaca tentang blogger yang dianak tirikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah selama ni..aduhh..dah anak tiri pulak?

Dalam artikel tersebut..Sangkakala juga ada melihat bahawa BraderJai telah menyentuh nama seorang blogger yang dikatakan mendapat imbuhan yang agak tinggi dalam kempen PRU yang lalu.

Blogger yang didakwa dibela oleh Bashah rupanya hanya mengeluarkan beberapa artikel tentang kerajaan pembangkang negeri itu sepanjang tempoh kempen pilihanraya umum yang lalu dan si blogger anak tiri ini pula telah mengeluarkan lebih banyak artikel tentang kerajaan pembangkang yang memerintah pada ketika itu.

Baca artikel menarik tentang blogger anak tiri ini DISINI

Dah baca? Sangkakala harap akan ada perubahan selepas ini..janganlah kita terlupa untuk mengenang siapa pejuang yang sebenarnya.


@NajibRazak CINA TAK MAHU MENGAKU !!! KERIS DIPERSALAHKAN

MP Keluang..Liew Chin Tong nampaknya cuba nak pertahan kaum Cina dari menjadi sasaran diatas tuduhan "Tsunami Cina" dalam pilihanraya umum baru baru ini yang menunjukan bahawa kaum itu tidak memberi sokongan kepada kerajaan atas alasan ianya berpunca gara gara Datuk Seri Hishamuddin mengeluarkan 'KERIS' semasa himpunan pemuda UMNO Malaysia semasa beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.





Sangkakala rasa Liew jangan la nak menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa ianya berpunca daripada keris atau sebagainya, keris itu cuma lambang kemegahan orang Melayu dan simbol kebangkitan orang Melayu..kenapa itu yang dipersoalkan.

Kenapa beliau tidak mahu mengatakan bahawa kaum cina sudah termakan dakyah bahawa mereka (CINA) sudah begitu hampir untuk menjadi pemerintah atau kerajaan dan sememangnya itu yang mereka mahukan.

Soal keris sebenarnya adalah cara untuk menutup isu semata mata dan ianya Sangkakala lihat amat menjengkelkan dan alasan bodoh semata mata yang diberikan oleh Liew.

Kaum Cina sebenarnya merasakan bahawa mereka mampu untuk menjadi pemerintah setelah apa yang berlaku di Negeri Perak dimana..walaupun wakil daripada PAS yang menjadi Menteri Besar..tapi ianya dikuasai oleh DAP yang mewakili kaum Cina.

Bermula dari titik tolak itu..mereka (CINA) merasakan bahawa kemampuan untuk mereka memerintah secara belakang tabir bermula..dan tidak mustahil jika mereka mendesak untuk menukar perlembagaan negara jika Pakatan Pembangkang manjadi kerajaan pada hari ini.

Bukan Sangkakala rasis atau perkauman..tapi perkara ini perlu disedari oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu bahawa kaum cina hari ini merasakan bahawa mereka mampu untuk menjadi pemerintah dengan bantuan orang Melayu yang menjadi pengikut pakatan pembangkang dan dengan sebab itu jugalah slogan 'INIKALILAH' dikeluarkan oleh mereka.

Kerana apa mereka mengeluarkan slogan ini? Kerana mereka sudah digula gulakan bahawa mereka (pembangkang) akan memenangi pilihanraya kali ini namun perkara itu dinafikan oleh orang orang Melayu yang masih menyokong kerajaan Barisan Nasional yang dinaungi oleh UMNO.

Ianya juga dengan sokongan segelintir kaum Cina yang tahu tentang agenda DAP yang sudah pasti akan menyusahkan bukan sahaja orang Melayu malah segelintir kaum Cina juga kaum India..dan diatas kesedaran ini juga segelintir daripada kaum cina masih lagi menyokong Barisan Nasional.

Berbalik kepada isu keris tadi, walaupun Hishamuddin mengeluarkan lembing CINA pada ketika itu..situasi ini tetap akan berlaku dan alasan lain akan diberikan pula oleh mereka..mungkin alasan menghina kaum Cina pula akan dikeluarkan..itu juga tidak mustahil bukan?



@NajibRazak ISU FGV !!! ZAHARIN MAT YASIN DAH JADI KELEMBAI TUA

Sangkakala kadang kadang rasa pelik pun ada bila tengok orang yang dulunya dibela oleh UMNO kini dah mula menghentam kepimpinan UMNO itu sendiri..lain la macam Sangkakala yang sememangnya dari dulu tidak dibela oleh siapa siapa baik kerajaan mahupun pembangkang.

Cuba tengok gambar dibawah..Zaharin Mat Yasin aka Sang Kelembai mengatakan sekiranya CEO FGV Berhad digantikan dengan Dr Mohd Emir Mavani Abdullah sebagai CEO yang baru menggantikan Tan Sri Sabri Ahmad yang akan bersara tak lama lagi akan menunjukkan Perdana Menteri hilang akal.


Alamak atok zaharin..takyah la nak lebih lebih sangat nak kata itu ini tak betul..takkan nak ganti ngan atok zaharin lak sebagai CEO baru..bukan setakat samun je rasanya..malah habis semua segala yang ada dalam FGV tu hancur kena samun..siapa tak kenal ngan Zaharin The Mall yang selama ni pun jadi broker kikis maut punya.

Kalau nak menulis di facebook tu sila perbetulkan perkataan..'KONON' bukan 'KONUN' la..takde istilah perkataan dalam kamus dewan bahasa perkataan 'KONUN' tu..jangan bagi malu kat orang.

Lagi pun..Dr Mohd Emir ada kemahiran dalam pengurusan dan dipilih oleh kepimpinan kerajaan..biar je lah dia jalankan kerja dia..yang macam nak marah tu kenapa pulak? Cemburu sebab orang tu ada kelebihan?

Sudah sudah la Zaharin..tak payah la nak tunjukkan kita ni betul sesangat..sebab kadang kadang kita lebih teruk dari orang tu cuma kita tak nampak.

Maklumlah..lumpur belakang orang kita boleh tengok..taik belakang sendiri kita tak tau..betul tak? Jadi kalau nak komen pasal benda benda macam ni rasa rasanya hentikanlah..kalau satu masa dulu boleh..tapi sekarang zaman dah berubah dan ini bukan 'KONUN' lagi..ini kenyataan yang perlu diterima.

Lagi pun Tan Sri Sabri dah nak pencen..yang dipilih oleh Perdana Menteri tu sudah pasti lah memenuhi syarat yang diinginkan oleh Perdana Menteri dalam memantapkan FGV Holding.

Kang kalau Sangkakala cakap lebih lebih kang ada lak yang terasa atau kata Sangkakala up orang sana nak jatuhkan orang sini..tapi inilah Sangkakala yang sebenar..tidak dibeli oleh sesiapa dan ianya akan kekal begitu insyaallah.

Jadi kepada FGV..Sangkakala nak ucapkan selamat menerima kehadiran orang baru dalam agensi berkenaan..suka tak suka teruskan bekerja kerana anda dibayar sepenuhnya.


Rabu, 26 Jun 2013

JONKER WALK !!! KENAPA TONY PHUA YANG LEBIH ???

Isu tempat perniagaan di sebatang jalan yang di kenali sebagai Jonker Walk telah begitu hangat diperkatakan dan ianya terbawa bawa hingga ke ahli parlimen negeri lain.

Tony Phua juga tidak ketinggalan dalam mengkritik kepimpinan Datuk Wira Idris Haron dalam isu penutupan tersebut.

Tapi kenapa Tony Phua beriya sangat mempertahankan JonkerWalk? Sebab rata rata peniaga dikawasan tersebut adalah terdiri dari kaum cina? Begitu? Takkan sampai begitu rasis sekali Tony Phua dalam isu perniagaan ini atau sememangnya beliau terlalu rasis selama ini?

Para peniaga melayu di Pulau Pinang yang tidak dibenarkan berniaga sebelum pukul 12 malam macam mana pulak?  Takkan taknak cakap apa apa.

Jelas dapat kita lihat bukan? Tony Phua menunjukkan siapa diri beliau..kalau cina yag dikenakan tindakan seumpama itu..mula lah mereka ini akan menyalak..tapi bila melayu yang dianiaya seperti itu..semua buat buta atau tidak nampak.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada kerajaan Melaka kerana menutup kawasan tersebut kerana ianya menjadi tempat barangan tiruan atau cetak rompak diniagakan disampin para peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan.




psssttt...Melaka dah buat..wilayah bila pulak? Petaling street tu pun sama juga keadaannya..tutup je senang.

@NajibRazak @azwanbro GOLONGAN BELIA PERLU TERLIBAT DALAM MAKMAL POLITI

25/06/2013 -- Pemuda Perak Cadangkan Golongan Belia Terlibat Dalam Makmal Politik:- Khairul Azwan Harun

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak, menyahut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam menubuhkan makmal politik.
Pengerusinya, Khairul Azwan Harun bagaimanapun turut mencadangkan agar golongan belia diberi peluang untuk terlibat secara langsung aktiviti makmal politik berkenaan.

"Jadi apabila perdana menteri bersetuju untuk menubuhkan makmal di Dewan Tertinggi BN maka saya merasakan elok juga sekiranya melibtkan generasi muda yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari bandar dan luar bandar sama-sama terlibat dalam proses kajian dan penelitian.
"Kita jadikan makmal ini tempat untuk memdengar nasihat serta pandangan supaya sama-sama kita dapat hasilkan satu input yg baik untuk BN,"katanya ketika mengulas mengenai penubuhan Makmal Politik oleh Presiden BN semalam.

Khairul Azwan berkata lagi, penubuhan makmal kajian ini sebenarnya satu pendekatan yang cukup baik dalam usaha untuk memastikan parti berkenaan terus relevan.
Malah katanya, kejayaan daripada penubuhan makmal-makmal lain sebelum ini telah pun dicapai serta dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Sebagai contoh program-program transformasi ekonomi, transformasi kerajaan , transformasi politik ini semua adalah hasil daripada perancangan oleh makmal kajian," katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan untuk menububkan makmal politik bagi memastikan parti itu terus relevan kepada rakyat.
Semalam, Najib berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan penubuhan makmal politik bulan depan untuk membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada parti gabungan itu.

Makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak NAZRI AZIZ JANGAN SESEKALI MELAMPAUI BATAS

Sangkakala terkejut juga bila mendapat gambar yang menunjukkan Datuk Seri Nazri Aziz memberikan isyarat lucah semasa gambar beliau diambil selepas majlis angkat sumpah ahli parlimen kelmarin.

Mula mula Sangkakala rasa agak kurang yakin dengan apa yang Sangkakala lihat dan Sangkakala mengatakan bahawa ianya adalah gambar yang telah di edit oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi setelah melihat gambar yang telah di analisa oleh seorang rakan blogger Sangkakala maka keyakinan bahawa gambar tersebut adalah sahih dan ianya bukanlah superimpose seperti yang Sangkakala sangkakan.


Sebagai anak jati negeri Perak..Sangkakala berasa malu kerana memiliki seorang ahli parlimen seperti ini yang mana bagi Sangkakala sikapnya agak keterlaluan..sebagai seorang menteri..sepatutnya Datuk Seri Nazri memiliki sifat matang dan profesional bukannya seperti orang yang tiada moral.

Tapi ye lah..selama menjadi menteri pun Sangkakala tidak melihat dimana kekuatan DS Nazri memimpin mana mana kementerian atau badan atau agensi melainkan tiada penglibatan secara langsung dari beliau sendiri.

Sebagai contoh..apabila beliau memegang jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri serta diberikan mandat untuk menjaga perundangan..Sangkakala tidak nampak dimana jasa beliau. .peguam negara gagal membawa kes kes untuk didakwa kerana tiadanya penglibatan DS Nazri sebagai menteri yang menjaga portfolio tersebut. .beberapa kes besar juga dilihat bebas begitu sahaja.

Lagi sekali dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan diberi portfolio untuk menjaga parlimen. .sampai Namewee boleh melangkah masuk ke parlimen dengan hanya memakai seluar jeans serta baju T..dan kalau orang orang lain sudah tentu akan dihalau keluar dari parlimen mentah mentah. 

Cuma Nazri dilihat sebagai orang uang brutal kononnya tapi bagi Sangkakala itu bukanlah satu kebanggaan bahkan menjadi satu keaiban kerana memiliki seorang menteri seperti ini.

Bukan sahaja masalah di kementerian yang tidak selesai..masalah anak beliau sendiri yang didakwa pernah memukul orang satu masa dulu dan heboh diperkatakan juga adalah berpunca dari beliau sendiri kerana kegagalan dalam membentuk anak supaya menjadi orang yang berguna.

Tak cukup dengan itu..sikap beliau sendiri yang dikatakan terlalu open membuatkan orang berasa jelak dengan apa yang dilakukan oleh beliau..ini bukanlah bermakna Sangkakala membenci Nazri..tapi sikap beliau selama ini cukup membuatkan Sangkakala berasa malu untuk mengakui bahawa Sangkakala adalah anak jati negeri tersebut.

Ingatlah Datuk Seri..kemenangan Datuk Seri adalah kerana rakyat..kalau rasa nak jadi brutal Sangkakala tak kisah..tapi pandai pandailah untuk mengeluarkan diri dari arena politik lepas tu jadi lah brutal sebrutal brutalnya..takkan ada sesiapa yang nak marah.

Selasa, 25 Jun 2013

@NajibRazak @razaliibrahim PERTELINGKAHAN ANTARA BLOGGER DENGAN BTN

Sangkakala lihat sejak beberapa lama ada beberapa blogger telah menghentam kepimpinan Biro Tata Negara dan terutama sekali Ketua Pengarah Biro tersebut.

Apa yang Sangkakala lihat didalam pertelingkahan tersebut adalah tidak lebih daripada pertelingkahan akibat dendam dan ianya sudah boleh dikirakan agak lama juga.

Yang sebenarnya, perkara ini boleh memalukan kepimpinan kerajaan itu sendiri seolah olah kerajaan tidak pandai menguruskan sebuah biro di bawahnya sebagai sebuah ejensi yang bertanggungjawab.

Sangkakala juga melihat para para blogger ini akan meneruskan dendam mereka selagi tidak memperolehi sesuatu yang mereka inginkan dan jalan penyelesaian yang Sangkakala lihat disini ialah dengan mengeluarkan Ketua Pengarah Biro Tata Negara iaitu Datuk Raja Arif yang mana beliau dilihat selalu dan acap kali menjadi sasaran blogger blogger tersebut.

Satu lagi yang Sangkakala lihat, cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengeluarkan seorang pegawai yang dinamakan sebagai PASBERUK yang juga merupakan seorang penulis blog.

Jika kedua dua orang ini tidak lagi terlibat didalam Biro Tata Negara, Sangkakala amat yakin bahawa kemelut yang melanda dan pertelingkahan yang menghantui Biro ini akan dapat diselesaikan.

Sangkakala keluarkan juga disini kenapa mesti dua orang dalam Biro ini mesti dikeluarkan.

Datuk Raja Arif yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro tersebut dilihat tidak lagi mampu untuk memberikan komitment beliau di dalam biro memandangkan blogger blogger ini yang satu masa dulu diibaratkan sebagai anak emas telah menjadi racun kepada beliau dan kenapa perkara ini terjadi?

Satu masa dulu, Raja Arif dilihat amat kuat memberikan sumber kewangan kepada blogger blogger ini melalui beberapa program besar yang sudah pastilah melibatkan kos yang agak besar juga dan seperti kata pepatah, besar kawah masa besarlah keraknya.

Disini jelas kesilapan Datuk Raja Arif iaitu menajamkan keris tanpa mengira dimana hulu dan dimana hujungnya atau dengan kata lain, memberikan bajet untuksatu satu program tanpa mengira dimana hala tujunya, itu adalah kesilapan besar kepada pemimpin nombor satu Biro Tata Negara tersebut.

Baik, sekarang kita beralih pula kepada pegawai yang dinamakan sebagai PASBERUK pula.

Pegawai ini begitu marah terhadap Ketua Pengarah BTN apabila beliau telah ditukarkan kekawasan pedalaman kalau tak silap Sangkakala di salah sebuah kawasan pedalaman di negeri Pahang.

Ekoran dari penukaran tersebut, beliau dikatakan telah menggunakan khidmat beberapa orang rakan blogger untuk menghentam kepimpinan Raja Arif seterusnya mencemarkan nama baik Biro tersebut.

Jadi disini Sangkakala lihat selagi ada kedua dua orang ini dalam BTN, maka nama baik BTN akan terus tercemar dan segala apa juga usaha untuk menaik taraf Biro tersebut akan terganggu.

Jadi bagi Sangkakala adalah lebih sesuai jika kedua dua mereka dikeluarkan serentak dari dalam BTN supaya tidak akan ada lagi sesiapa yang merasa dengki atau marah atau melakukan program program yang memakan diri dalam BTN.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak WARGA INDIA PEROLEHI KP DENGAN MENIPU

Sangkakala terbaca dalam twitter yang telah di ulang tweet oleh Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor tentang artikel yang dikeluarkan dalam portal Daily Express yang mana portal tersebut dalam artikelnya ada menyebut tentang seorang warga India yang memperolehi kad pengenalan Malaysia pada tahun 1984 di Sabah sedangkan beliau baru sahaja datang ke negeri tersebut.

Peer Mohammed Kadir yang dilahirkan di Chennai India dikatakan telah memperolehi kad pengenalan tersebut dengan bantuan bapa saudara beliau disiasat oleh pihak RCI mengatakan bapa saudara beliau memperolehkan kad pengenalan tersebut dengan menggunakan surat akuan sumpah.

Beliau juga dikatakan telah menganggotai pasukan ikatan relawan rakyat Malaysia dan pernah mengundi beberapa kali serta beliau juga adalah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Sangkakala rasa mesti pembangkang mengatakan bahawa ianya menunjukkan bahawa itu adalah salah kerajaan Malaysia yang telah memberikan kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia yang sah.

Cuma ada satu yang pembangkang terlepas pandang jika mereka menyalahkan pihak kerajaan dalam isu tersebut dimana, dalam artikel tersebut ada menyatakan bahawa pakcik kepada Peer Muhammed menggunakan surat akuan sumpah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi pihak beliau.

Tetapi adakah surat akuan sumpah tersebut dibaca isi kandungannya? Dan adakah surat akuan sumpah tersebut di bawa sekali semasa sessi soal siasat dijalankan? Sudah pasti ianya tidak dibawa dan tidak ditunjukkan oleh Peer Muhammed kepada pihak RCI kerana perkara tersebut telah berlaku hampir 20 tahun lalu.

Sangkakala dapat mengagak apa isi kandunagn surat akuan sumpah tersebut dimana kemungkinan besar dalam surat akuan sumpah itu ada menyebut bahawa pakcik kepada Peer Muhammed telah mengatakan bahawa beliau (Peer) telah lahir di Sabah dan tidak didaftarkan kelahiran beliau di negeri tersebut, dan perlu kita ingat bahawa dalam tahun 1984 sistem talian terus atau online system masih belum wujud lagi apatah lagi ianya berlaku di Sabah.

Jadi untuk menguatkan hujah pakcik kepada Peer Muhammed bahawa Peer lahir di Sabah beliau perlu membuat surat akuan sumpah dan apabila surat tersebut diperolehi maka pihak jabatan pendaftaran mempunyai keyakinan yang kukuh dan bukti sahih bahawa Peer lahir di Malaysia.

Ini juga bermakna bahawa pakcik kepada Peer Muhammed telah menipu pihak kerajaan dengan mengadakan surat akuan sumpah tersebut dalam usaha untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.

Dalam sisatan tersebut juga, hanya dikatakan bahawa beliau mendapatkan kad pengenalan tersebut dengan surat akuan sumpah tetapi beliau tidak sesekali menyebut bahawa beliau mendapatkan kad pengenalan tersebut menggunakan kabel atau kenalan seperti menteri atau sebagainya.

Jadi disini Sangkakala lihat ianya tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan pihak kerajaan dalam isu tersebut dan orang yang paling tepat untuk dipersalahkan dan didakwa mengikut peruntukan undang undang yang ada adalah pakcik kepada Peer Muhammed yang mana secara jelas beliau yang telah memanipulasi surat akuan sumpah untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.

Jadi Sangkakala menyarankan supaya pihak kerajaan mengambil tindakan keatas bapa saudara Peer (sekiranya masih hidup) dan perkara ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan kewarganegaraan Peer boleh ditarik semula oleh pihak kerajaan.

Walaupun beliau dikatakan telah beberapa kali keluar mengundi, namun itu tidak boleh membuktikan bahawa beliau mengundi pihak kerajaan, dan ada kemungkinan beliau mengundi pakatan pembangkang kerana undi itu adalah rahsia setiap individu dan siapa pun tidak boleh untuk mengesahkan perkara tersebut.

Dan kepada pembangkang, Sangkakala nak nasihatkan, kalau nak buat pertuduhan tu agak agak la sikit, jangan main terjah semacam je.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BLOGGER PROBN MUSNAHKAN PARTI DARI DALAM ???

Sangkakala terbaca dalam blog mykmu.net yang mengeluarkan artikel tentang DAP membayar blogger probn untuk menghancurkan parti dari dalam dengan cara melaga lagakan pemimpin.

Baca di SINI

Nak kata dibayar tu Sangkakala tak berani ke nak cakap sebab takde bukti, tapi kalau tentang melaga lagakan pemimpin tu Sangkakala setuju juga sebab sekarang ni kita nampak memang ada blogger probn yang menulis kearah itu..cuma atas arahan siapa dan mengapa..hanya penulis sahaja yang tahu.

Apa yang Sangkakala perhatikan kini ada beberapa gerakan yang cuba untuk melaga lagakan tempat pertama dan kedua kepimpinan UMNO atau dengan kata lainnya melayarkan kapal untuk tempat kedua melompat ke tempat pertama dalam parti. 

Memang tidak dinafikan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang agak kurang sihat tambahan pula ianya berlaku didalam parti yang menjadi pemerintah buat masa ini dan ianya sememangnya akan menjadi duri dalam daging dan enau dalam belukar.

Tapi ada satu yang perlu kita lihat..tidak semestinya DAP atau pembangkang yang mencetuskan semua onar ini..ada kemungkinan ianya juga didalangi oleh kepimpinan dalam parti itu sendiri dan Sangkakala yakin bahawa ianya tidak mustahil. 

Seperti biasa..ada beberapa orang blogger yang memang berkerja untuk pemimpin UMNO dan kemungkinan untuk meletakkan boss mereka di satu tahap..maka mereka memulakan peperangan dengan cara laga melagakan diantara satu pemimpin dengan pemimpin yang lain.

Jadi kepada para blogger yang ada menulis sebegitu..Sangkakala rasa fikir fikirkanlah..apa yang kamu buat..itu hak kamu..itu blog kamu..orang lain tak boleh nak kata apa.




#blackout505 HUSAM MUSA TARIK NAFAS LEGA

Semalam Naib Presiden PAS, Husam Musa telah dibebaskan dengan jaminan polis serta surat jaminan sebanyak RM 3000 ringgit.

Husam yang ditahan pada hari sabtu lepas di Kampung Pandan Kuala Lumpur telah dibawa ke IPD Kota Bharu atas dakwaan menghasut orang ramai untuk hadir ke himpunan blackout 505 di Padang Merbok dan didalam harakah pula beliau ada menyebut bahawa sekiranya sesiapa yang pergi ke himpunan tersebut dan ditakdirkan mati insyaallah mereka dikira syahid.

Ini satu kenyataan berat yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan dalam sebuah parti politik apatah lagi beliau mewakili sebuah parti yang mengatakan bahawa mereka adalah parti Islam.

Seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel berkenaan penangkapan Husam baru baru ini, kenyataan beliau boleh mencetuskan huru hara sama macam yang pernah dikeluarkan oleh Haji Hadi dalama amanat beliau sehingga mencetuskan tragedi Memali kira kira 30 tahun dulu di Kedah yang mana ianya melibatkan kematian pengikut Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Kenyataan Husam itu juga seolah olah satu fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin kanan PAS yang menjurus ke arah pertempuran diantara para peserta demonstrasi dengan pasukan keselamatan dan ini adalah sesuatu yang sangat bahaya.

Husam seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan beliau tersebut dan sepertimana yang kita tahu bahawa, pemimpin PAS yang datang semasa himpunan baru baru ini adalah dikalangan pemimpin yang sukakan rusuhan seperti Mat Sabu dan Nik Abduh.

Sedangkan, pemimpin pemimpin lain dalam PAS seperti Hadi Awang dan yang lain lain tidak menghadirkan diri dan besar kemungkinan mereka ini sudah mula letih dengan sikap Anwar yang suka berpura pura.

Berbalik kepada Husam, beliau dikatakan diikat jamin dan ianya bertahan selama sebulan dan dalam tempoh masa tersebut, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kenyataan beliau dan pihak polis boleh melakukan pendakwaan jika sabit kesalahan.

Walau pun lega sebab dibebaskan, tapi itu tidak bermaksud lega selama lamanya sebab kenyataan yang berbaur hasutan itu sudahpun dikeluarkan oleh Husam, cuma cara dan akta mana beliau akan didakwa itu terserah kepada pihak polis.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#hanyadikedah BLOGGER PROBN DIPINGGIRKAN

Sangkakala kesian pulak tengok sorang rakan blogger yang berada di Kedah yang berjuang bermatian matian untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di negeri tersebut yang selama ini ditakluki oleh pakatan pembangkang.

Setahu Sangkakala ada beberapa orang blogger yang dibayar oleh UMNO dan Barisan Nasional Kedah namun apa yang dilihat ianya hanya permainan penulis semata mata.

Sangkakala tak mau sebut siapa yang dibayar, tapi Sangkakala tau nama blogger yang tidak dibayar oleh kerajaan Kedah sekarang.

Walaupun blogger ni tidak dibayar, namun sampai kini beliau masih lagi membantu untuk menunjukkan imej yang baik kerajaan negeri.

Bagi Sangkakala, Menteri Besar Kedah yang baru, muda dan berfikiran terbuka, mesti beliau tahu apa fungsi media sosial dalam usaha membantu kemenangan Barisan Nasional.

Blogger yang Sangkakala maksudkan ialah blogger http://kedahkekl.blogspot.com.

Kadang kadang kelihatan juga betapa bodohnya blogger ni sebab langsung tak dipandang oleh kerajaan negeri namun masih lagi berjuang dan mereka yang mendapat bayaran pula bersenang lenang dengan hasil yang diperolehi oleh mereka melalui beberapa artikel sahaja yang dikeluarkan sepanjang kempen pilihanraya.

Kalau pembaca kurang percaya atau tidak percaya, boleh buka blog kedahkekl.blogspot dan akan jelas kelihatan disitu betapa hebatnya penulis blog tersebut dalam mempertahankan Barisan Nasional Kedah.

Apalah salahnya kalau kerajaan negeri memberikan sedikit perhatian kepada blogger ini untuk beliau terus berjuang di alam maya.

Dan hentikanlah mereka mereka yang bermuka muka dalam mengatakan mereka ini berjuang untuk kemenangan UMNO Kedah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 24 Jun 2013

#blackout505 AKHIRNYA PENGIKUT PAKATAN DIKENCING JUGA

Pada 22 Jun yang lepas..ramai yang hadir ke Padang Merbok walaupun kehadiran tidak menjangkaui apa yang di kehendaki oleh pakatan pembangkang..namun pada hari ini..jelas mereka yang hadir ke Padang Merbok dan mereka yang berteriak di panas terik serta berjerebu hanya dipermain mainkan oleh Anwar serta gerombolannya.


Anwar dan kuncu kuncunya sedap menikmati penghawa dingin dalam parlimen dan yang diluar pulak sedap baring di tepi jalan kononnya pembangkang akan mempertahankan hak mereka semua.

Ada ke benda tu akan berlaku? Atau hanya akan menjadi igauan semata mata?

Fikir fikirkanlah. .semua yang hadir sudahpun dewasa..tak perlu menjadi alat diperbudak budakkan oleh Anwar yang sudah semestinya kaki menipu selama ni.

#blackout505 #kl622 ADAM ADLI KENA SERGAH TERUS TERKUCIL

Ingatkan handal sangat le budak Adam Adli ni..baru kena sergah dengan polis dah pucat habis muka..buat le lagi himpunan macam tu..untung untung nanti boleh duduk lama sikit dalam lokap.

Kononnya nak jadi pejuang mahasiswa..tapi pada hakikatnya kena kencing dengan Anwar..yang jadi balaci tu sapa suruh???


Malam ni agak agak Adam Adli ngan geng dia tido lena tak kat lokap lepas puak puak ni pegi pukul pagawai polis tu?


PANAS !! JANDA KETAGIH MEROYAN LAGI

Ini baru betul punya cerita panas..janda yang selama ini menjadi pujaan dan kegilaan oleh pak lebai pak lebai dalam PAS meroyan lagi..tapi kali ni lebih giler lagi nampaknya.

Kalau selama ni Abby Abadi mengatakan bahawa beliau berjuang dalam PAS semata mata mahu meneggakkan agama Islam, tapi kali ni lain pulaj pendekatan beliau bila menyokong orang menghina Nabi Muhammad SAW. 


Sampai begitu sekali si Abby menyokong kafir harbi ni? Kata nak tegakkan Islam..ini dah nak tegakkan benda lain je ni..silap silap yang dalam kain pak lebai PAS yang tegak dulu sebab tengok Abby.

Itu bukan nak pertahankan kepercayaan dia si Abby bangang woii..itu kenyataan menghina namanya..takkan kenyataan mempertahan dan menghina pun tak boleh nak beza..atau dah sangap sangat sampai tak nampak dan tak boleh nak bezakan dah ni.

Sapa sapa dalam PAS tolong le ambik janda si Norman ni buat bini..simpan je kat umah pun takpe..kalau tidak nanti makin melarat dia ni susah pulak nak jaga nanti.



#blackout505 KENYATAAN KETUA POLIS KUALA KUMPUR

Ini adalah kenyataan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur berkenaan dengan insiden dimana para pengikut pakatan pembangkang telah merempuh halangan puhak Polis di bangunan Parlimen.

#blackout505 ANWAR IBRAHIM BERSUKA RIA

Yang diluar..berpanas bergaduh dan berbagai bagai Ber lagi..yang si Tukang Karut pula sedang bersenang lenang dalam parlimen siap boleh makan minum dengan Perdana Menteri lagi..tak ke macam sial kalau rupa itu?

Bila diluar beriya sangat nak buat itu ii dekat Perdana Menteri,  tapi bila dah bertemu semuanya diam seribu bahasa.

Cuba kita bagi pecacai pakatan tengok gambar diatas..ianya sudah pasti akan menjadi perhatian apabila dengan jelas bahawa hubungan Anwar Ibrahim serta kabinet tidak bermasalah.

Jadi apa guna mereka ini berjuang untuk mempertahankan pemimpin mereka yang tidak membawa kebaikan selama ini.m

#blackout505 #kl622 GAMBAR ANGGOTA POLIS YANG CEDERA DIPUKUL

Memang kurang ajar puak pakatan ni..sampai dah sanggup pukul pegawai polis di Parlimen..punya la bodoh sebab si Anwar elok he dengan slamber pegi angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat tapi yang diluar begaduh bagai dengan anggota polis. 


Bagaimana pula kalau anggota polis seperti diatas yang dipukul hingga berdarah muka seperti itu adalah anggota keluarga kita sendiri? Agak agak ada perasaan marah tak?

Puak yang mencetuskan kekacauan ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan berikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.


#kl622 #pdgmerbok ANWAR DAH BOSAN BERHIMPUN

Mungkin lepas si Anwar ni tengok sambutan makin kurang apabila mengadakan himpunan yang disasarkan ratusan ribu akan datang namun ianya semakin sedikit..maka pakatan pembangkang khususnya Anwar menyatakan bahawa tidak ada lagi himpunan 505 oleh pakatan pembangkang selepas ini.


Tapi kalau nak diikutkan..Anwar ni tau malu ke? Atau tau serik ke? Ada ke si Anwar ni perasaan macam orang lain? 

Hehe..Sangkakala rasa Anwar takde semua perasaan tu.

Apa apa pun..yang sebenarnya sepwrti kata salah sorang pengikut si Rafizi pula yang mengatakan bahawa himpunan tersebut hanya untuk mencalarkan maruah kerajaan adalah benar..dan yang menjadi balaci untuk itu ialah para pengijut yang dijanjikan dengan pelbagai janji menarik dan manis manis belaka.

Walaupun pada hakikatnya Anwar tidak akan mampu untuk menunaikannya..tapi demi untuj menjadi Perdana Menteri maka beliau tidak peduli sekiranya beliau terpaksa menipu rakyat kerana bagi Anwar cita cita harus tercapai dahulu..dan selepas tercapai sahaja cita cita beliau..segala janji akan hilang begitu sahaja.

@NajibRazak BLOGGER NAK HANTAR MODUL BARU UNTUK BTN

Sangkakala terbaca dalam sebuah portal yang mengeluarkan artikel tentang Biro tata Negara..daripada apa yang Sangkakala lihat..ianya lebih kepada untuk memberitahu bahawa penulis artikel tersebut serta para sahabatnya sudah menyediakan modul baru untuk Biro Tata Negara laksanakan..silap silap dah siap dengan paper sekali cuma tunggu masa untuk dibentangkan sahaja.

Jadi dengan cara menulis serta mengkritij sedikit tentang kepimpinan Biro Tata Negara maka kumpulan ini akan dipanggil untuk menjalankan tugadan tetsebut dan akan terjadilah sepertimana yang berlaku tidak berapa lama dahulu berkenaan dengan konvension media sosial yang akan mewujudkan ribuan penggiat media yang akan mewarnai media sosial politik di tanah air.

Ini semua taktik lama yang semata mata untuk mencari sumber dari agensi kerajaan tersebut..Sangkakala lihat banyak kursus yang diadakan oleh Biro Tata Negara dan sejak dari dulu memang itulah tugas Biro Tata Negara dalam memberikan kursus kenegaraan kepada semua lapisan masyarakat.

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa ianya hanyalah permainan semata mata?  Kerana dalam penulisan tersebut ada menunjukkan bahawa mereka mahukan satu kursus lengkap untuk para belia pula..kenapa begitu? Adakah Biro Tata Negara selama ini tidak memberikan kursus kepada golongan seperti yang mereka katakan tadi? 

Jadi seperti biasa..mereka akan mengkritik kepimpinan Biro Tata Negara dan akhirnya nanti kepimpinan dalam Biro tersebut akan memanggil mereka untuk berunding dan pada masa itulah nanti senaskhah buku berupa kertas cadangan dihulurkan kepada ketua pengarah Biro Tata Negara iaitu Datuk Raja Arif.

Sangkakala perhatikan ada beberapa penulis laman blog yang memainkan isu Biro Tata Negara ni..dan apa yang pasti Sangkakala tau bahawa kesemua yang menghentam Biro tersebut mempunyai rangkaian antara satu sama lain..jadi itulah permainan nya.

Hehehe..bijak placing mereka ni..sorang keluar isu..yang lain tolong pick-up..lepas tu nanti ada yang jadi broker untuk deal..steady lah....

#blackout505 #kk622 ANWAR HINA ORANG MELAYU

Kurang ajar punya Anwar..kenapa dalam ucapan kelmarin langsung tak sebut takeh cina apa yang mereka dapat selama ni? Kenapa Ananda Krishnan yang disebut? Kenapa tak kata orang orang cina yang juga telah mendapat kekayaan hasil dari kemakmuran Malaysia selama ini?

Nak bukti Anwar kutuk orang Melayu dalam ceramah kelmarin? Ini buktinya..


Dengar apa yang Anwar kata? Itu belum lagi beliau menjadi Perdana Menteri..kalau dah jadi agaknya tak tau le apa lagi yang beliauvakan perkatakan tentang orang Melayu di Malaysia ni nanti.

Sepatutnya orang yang sebegini seharusnya ditolak sebagai pemimpin negara kerana sikap kurang ajar beliau sehingga kupa bahawa beliau sendiri adalah dari golongan bangsa melayu. 

Yang peliknya..mereka yang berada dibawah itu takkan langsung tak terasa bahawa mereka juga sedang di perlekehkan oleh Anwar..adakah mereka ini tidak mempunyai perasaan langsung atau sengaja nak jadi bodoh dengan mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim ni.

Sayang sekali apabila anak anak Melayu menjadi begitu bodoh dan bahlol kerana masih lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh Anwar sehinggakan mereka sendiri dikatakan bodoh pun tidak merasa apa apa. 


Ahad, 23 Jun 2013

#blackout505 #kl622 SINDROM PENAT ATAU MELUAT

Anwar Ibrahim hari memberi amaran bahawa sindrom penat sedang melanda pemimpin pakatan pembangkang..tapi apa yang Sangkakala lihat hanyalah sindrom meluat dengan janji janji yang telah diberikan oleh Anwar selama ini kepada mereka.


Semenjak tahun 2008 semasa selepas pilihanraya umum ke 12..Anwar asyik menjanjikan bahawa beliau akan membawa pakatan pembangkang menjadi kerajaan atau dengan kata lainnya pembangkang akan merampas Putrajaya daripada UMNO dan Barisan Nasional. 

Namun janji tinggal janji hinggalah kita semua dapat menyaksikan beberapa himpunan diadakan oleh pajatan pembangkang yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim namun masih lagi tidak berjaya untuk menakluki Putrajaya sehingga kini.

Mugkin ada di kalangan pemimpin pakatan pembangkang sudah mula nemikirkan masa depan mereka sekiranya masih lagi menjadi pengikut seperti lembu di cucuk hidung oleh Anwar..mereka tidak akan kemana mana..hanya mendapat makian dari rakyat yang sudah mula menyampah dengan apa yang mereka (pembangkang) lakukan selama ini.

Dan kini ternyata yang penat adalah Anwar dan yang orang meluat pun adalah Anwar. 



#blackout505 #kl622 APA DAH JADI DENGAN PENGIKUT PR NI ???

Alamak..takkan pengikut sendiri pun nak kata pemimpin mereka mengkhianati rakyat dengan mengangkat sumpah di parlimen esok.


Itulah akibat kalau terlepas cakap pada awalnya..kan dah kena kutuk dengan orang sendiri..tapi kalau nak ikutkan memang betul juga apa yang dikatakan oleh budak budak ni..ajak turun demo segala bagai kata nak bantah pilihanraya..tiba tiba esok nak angkat sumpah..itu maknanya pemimpin pembangkang juga menerima keputusan pilihanraya. 

Jadi sudah jelas bahawa pengikut pembangkang kini sudah mula sedar bahawa diri mereka dipergunakan demi kepentingan politik pembangkang..tidak ubah seperti lembu pedati yang dipalu untuk bergerak.



#blackout505 #kl622 HUSAM MENYESAL TERLEPAS CAKAP

Husam Musa yang ditahan semalam hati ini direman selama 2 hari..lepas ni mesti takde ke yang nak berhimpun di depan balai polis macam yang dibuat semasa Adam Adli ditahan di balai Polis Jinjang tempoh hari? 


Husam didakwa atas akta hasutan sebab dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa sahaja yang pergi ke himpunan blackout505 sekiranya terkorban maka mereka dikira syahid.

Kalau nak diikutkan daripada kenyataan, memang kenyataan itu ada unsur unsur hasutan supaya orang ramai pergi ke himpunan tersebut dan memungkinkan terjadinya rusuhan semasa himpunan tersebut.

Sama juga dengan kenyataan yang pernah dikeluarkankan oleh Haji Hadi yang mana ianya mencetuskan rusihan di Memali Kedah yang mengorbankan allahyarham Ustaz Ibrahim Libya serta para pengikutnya.

Jadi Husam juga mungkin boleh mencetuskan situasi sebegitu jika dibiarkan dan apa yang pasti..jika disabitkan dengan kesalahan tersebut akan ada pilihanraya kecil kerana mengikut undang undang..setiap wakil rakyat jika disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hikuman penjara sehari atau denda melebihi 2 ribu ringgit maka jawatan wakil rakyat secara automatik akan gugur..jadi semua perlu standby untuk PRK.



#blackout505 #kl622 PEMIMPIN PEMBANGKANG DIBURU

Walaupun himpunan semalam didakwa sebagai himpunan aman oleh pakatan pembangkang..namun ianya tetap diklasifikasikan sebagai himpunan haram kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak polis.

Pihak polis dikatakan kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk mendakwa pemimpin pembangkang yang berada di tempat himpunan semalam..beberapa pemimpin pembangkang semalam hadir diantaranya seperti Anwar Ibrahim, Nik NaMi, Johari Abdul, Tian Chua, Nurul Izzah, Wan Azizah, Chegu Bard, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Chua Jui Meng, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan beberapa lagi pemimpin pembangkang. 

Dengan insiden yang berlaku semalam jelas menunjukkan bahawa mereka tidak dapat mengawal para pengikut mereka dan bagaimana mereka ini mengatakan bahawa mereka memberikan jaminan yang himpunan akan berjalan dalam keadaan aman tanpa apa apa kejadian buruk?

Mungkin alasan yang akan diberikan oleh pemimpin pakatan pembangkang amat mudah iaitu mereka akan mengatakan bahawa pihak berkuasa yang melakukan provokasi dan ianya adalah salah kerajaan kerana tidak memberikan kebenaran berhimpun.

Bagi Sangkakala..itu bukanlah satu alasan..apabila mereka mengatakan bahawa mereka memberikan jaminan..tidak kira kebenaran diberi atau tidak..perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku dan dari pemerhatian Sangkakala..rata rata anak muda yang hadir lebih bersifat agresif dan mereka tidak mahukan lagi himpunan yang mempunyai ucapan dan sebagainya. 

Apa yang mereka mahukan ialah..satu bentuk keganasan yang dapat ditunjukkan kepada orang ramai dan dengan sebab itu jugalah pihak kerajaan tidak memberikan kebenaran untuk mereka berhimpun kerana ianya tidak menjamin keselamatan semua pihak.



#blackout505 #kl622 DBKL KELUARKAN NOTIS AMARAN

Agak agaknya apa jadi di Padang Merbok sekarang ni setelah jam 10.15 tadi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis supaya perserta yang bekhemah dikawasan tersebut mengosongkan kawasan Padang Merbok dalam masa dua jam.


Agak menghairankan juga peserta himpunan ni yang begitu bodoh sampai sanggup bekhemah semata mata untuk menunjukkan protes tentang pilihanraya pada bulan Mei yang lalu. 

Sikap retorik demi retorik telah ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang dan yang paling ketara apabila Anwar mengatakan untuk memboikot majlis angkat sumpah ahli parlimen yang dijadualkan esok.

Semalam pula, untuk menutup kesilapan daripada apa yang diperkatakan oleh Anwar..ahli parlimen Parit Buntar pula mengatakan biar semua ahli parlimen pembangkang mengangkat sumpah dan seterusnya berjuang di dalam parlimen mewakili rakyat.

Persoalannya,  berapa banyak masalah rakyat yang dibawa kedalam parlimen oleh ahli parlimen pembangkang ke dalam dewan? Sangkakala rasa sepanjang 5 tahun lepas..boleh dikira beberapa kali sahaja masalah rakyat yang dikemukakan oleh mereka didalam sidang dewan.

Dan yang paling ketara ialah..mereka ini hanya akan berceramah dengan menggunakan gaji sebagai ahli parlimen demi untuk memburuk burukkan kerajaan.

Yang para pengikut pula..berpanas terik terpekik terlolong menyatakan sokongan.


MUAR DIISYTIHAR DARURAT

Dengan keadaan jerebu yang semakin buruk di Muar, Perdana Menteri dikatakan bersetuju untuk mengisytiharkan darurat bencana alam di Muar serta kawasan yang mengalami keadaan berjerebu terbabit.

Muar kini mencapai Indeks Pencemaran Udara (IPU) 750 adalah ditahap merbahaya untuk kesihatan.

Langkah ini mungkin adalah satu langkah yang tepat demi menjaga kesihatan penduduk dikawasan yang terbabit memandangkan dengan IPU yang begitu tinggi, risiko untuk mendapat pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan amat tinggi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#blackout505 #kl622 SIBERTROOPER PAKATAN KANTOI

Punya la ghairah nak tunjuk himpunan semalam dihadiri oleh ramai orang..sibertrooper pakatan pembangkang memalukan diri sendiri dengan meminda gambar sebenar kehadiran para peserta.


Lihat gambar yang telah diedit oleh sibertrooper pakatan pembangkang yang mengedit gambar sampai jelas kelihatan dan sudah pastinya menjadi bahan ketawa bagi mereka mereka yang hadir ke Padang Merbok semalam. 

Agak agak berapa bayaran yang diterima oleh sibertrooper bodoh pakatan pembangkang ni kan? 

Cadangnya nak cover le konon supaya nampak penuh, tapi terkantoi le pulak..ni mesti kena maki dengan Rafizi Ramli sebab memerli beliau tentang kehadiran.

Ada sebuah NGO mengatakan bahawa kehadiran semalam hanya sekitar 8500 oranh dan bagaimana pula ahli parlimen pakatan pembangkang,  Johari Abdul mengatakan sudah mencecah 55 ribu orang?

Kalau kehadiran sebanyak 55 ribu sudah pasti Padang Merbok akan dipenuhi oleh manusia tetapi semalam banyak lagi tempat kosong dan boleh dikatakan separuh tidak berisi.

Rafizi pula dalam twitter mengatakan bahawa 40 ribu orang hadir..yang mana satu betul ni?

Tapi semua orang pun tahu bahawa Rafizi bukan berapa cerdik sangat dalam ilmu hisab kalau ilmu HISAP tak tau la kan.


#blackout505 BUKTI PESERTA DEMO MULAKAN SERANGAN #kl622

Ini ada video yang membuktikan bahawa peserta demo blackout505 telah memulakan serangan keatasa pegawai DBKL di Padang Merbok semalam..ini ke yang dikatakan aman oleh pemimpin pakatan pembangkang?

Pakatan Pembangkang asyik mengatakan bahawa adalah menjadi hak rakyat untuk berkumpul dimana mana kawasan di dalam  negara..tapi dimana pula hak mereka untuk memukul pegawai kerajaan dalam himpunan?

Kepada yang menyerang pegawai DBKL semalam..anda diminta bersiap sedia untuk ditangkap sebab gambar anda sudah berada dalam simpanan anggota polis..kalau nak tengok gambar musibat yang pukul pegawai tersebut boleh klik gambar dibawah.

Klik disini

Sabtu, 22 Jun 2013

#blackout505 #kl622 RAFIZI RAMLI KECEWA DENGAN HIMPUNAN

Setelah melihat daripada kehadiran peserta himpunan blackout505 di Padang Merbok siang tadi, dapat kita rungkaikan bahawa kini Pakatan Pembangkang telah mengalami satu kejutan budaya dimana selama ini jika mereka mengadakan apa apa juga himpunan sudah pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tapi sepertimana biasa, sibertrooper pakatan pembangkang akan menidakkan perkara tersebut dengan meminda setiap gambar yang mereka perolehi, tapi sesiapa juga yang hadir ke Padang Merbok sudah pasti dapat meramal berapa kehadiran siang tadi di kawasan tersebut.




Dalam perkiraan Sangkakala, kehadiran di Padang Merbok siang tadi tidak lebih daripada 10 ribu orang kerana jika dikumpul semua yang duduk di tepi tepi padang,  ianya masih belum mampu untuk memenuhkan keseluruhan padang dan sibertrooper pakatan pembangkang amat bijak dengan mengambil gambar dikawasan yang padat dengan para peserta himpunan sedangkan banyak lagi kawasan yang masih kosong di setiap tempat.

Satu lagi yang menampakkan bahawa pakatan pembangkang dan penganjur himpunan mula risau akan ketidak hadiran paserta, jelas mereka sanggup untuk membawa kaum asli dari Tapah demi untuk menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan dari semua kaum.

Sangkakala amat yakin bahawa kaum asli yang dibawa oleh mereka sebenarnya tidak tahu apa apa, mungkin kalau ada pun yang mengikut pakatan pembangkang cuma 1 atau 2 orang dan yang selebihnya hanya mengikut rombongan ke Kuala Lumpur. 

Sebab Sangkakala juga biasa bergaul dengan orang orang dari kaum asli, mereka ini sebenarnya amat setia dengan kerajaan dan biasanya mereka ini akan mengikut ketua kampung, cuma mungkin kali ini mereka dijanjikan dengan duit dan dibawa berjalan jalan ke Kuala Lumpur jadi oleh itu mereka pun turut serta tanpa mengetahui niat pembawa mereka yang sebenar.


Cuba lihat gambar yang diatas, dari riak muka sahaja kita dapat mengagak bahawa mereka ini tidak mencampuri urusan politik dan kalau ada sekalipun, mereka ini tidak tahu apa apa tentang politik cuma sekadar mengikut sahaja.

Mereka ini didatangkan khas dari Kampung Kuala Woh, Tapah Perak dimana kawasan ini juga adalah kawasan perkelahan yang boleh dikatakan terkenal di negeri Perak dan selalu menjadi tempat persinggahan para pelancong sebelum mereka naik ke Tanah Tinggi Cameron. 

Tapi ada satu cerita yang agak melucukan dimana sekiranya perkara ini berlaku keatas himpunan yang dilakukan oleh UMNO,  sudah pasti ianya akan menjadi bahan ejekan dan menjadi bahan ketawa pakatan pembangkang hingga mereka berguling guling dan hari ini jelas perkara sama telah berlaku kepada mereka.

Rakan blogger Sangkakala tadi juga sempat merakamkan beberapa keping gambar yang menunjukkan bahawa mereka juga mengimport orang dari Indonesia sebagai peserta himpunan,  tunggu nanti akan ada artikel berkenaan dengan itu.

Cuma yang ada pada Sangkakala hanya gambar yang menunjukkan bahawa ada pasangan barat yang memakai baju blackout 505,  tahu kah mereka tentang apa tujuan himpunan tersebut atau mereka ini sendiri tidak tahu apa apa tentang himounan tersebut atau mungkin juga itu adalah pengundi hantu yang diimport oleh pakatan pembangkang untuk mengundi mereka baru baru ini.


Apa apa pun Rafizi Ramli sudah pasti kecewa dengan apa yang terjadi dalan himpunan pada hari ii kerana kehadiran amat mengecewakan, dan sudah pasti selepas ini Rafizi akan merancang strategi baru untuk menebus maruah beliau yang telah tercalar pada hari ini.

Sehingga itu Sangkakala ucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang tidak menyertai himpunan tadi dan Sangkakala amat percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia mahukan keamanan serta kedamaian.


#blackout505 #kl622 AMOI TUNJUK LURAH DALAM DEMO

Agak agak bila PAS nak Islamkan amoi amoi ni yang sedia menunjukkan lurah mereka pada pendemo yang datang ke Padang Merbok tadi..hehehe..patut ka budak budak PAS beriya nak tengok himpunan..rupanya macam macam boleh nampak.



Untuk makluman..gambar yang kat atas ni bukan gambar orang bukan Islam ok..budak tu budak perempuan melayu sebab Sangkakala lalu kat sebelah dia tadi.

Cuba kita bayangkan kalau ada budak bidak perempuan dari UMNO sudah pasti akan menjadi bahan sampai naik gila rasanya.

#blackout505 #KL622 PEGAWAI DBKL DIBELASAH OLEH PENDEMO

Ini yang puak puak haramjadah ni kata perhimpunan aman? Aman kepala hotak dia kalau dah sampai pegawai dbkl pun turut dibelasah..ada cadangan tindakan tak dari mana mana pihak? Bagaimana cara nak menangani monyet monyet di Padang Merbok ni..klik gambar dibawah untuk melihat betapa kurang ajarnya puak pakatan pembangkang membelasah pegawai dbkl berkenaan.

Suka hati mak bapak dia je nak buat macam mana pun kan? Untuk makluman jepada pemimpin pakatan pembangkang. .dah kalah tu sudah la..tak payah la nak tegakkan benang yang basah lagi..bawa bertenang.

Si Anwar pun nama je dah tua perangai macam budak budak la..agak agaknya dah buang tebiat kot si Anwar ni..


#kl622 #505 VIDEO UNIT AMAL BERTEMPUR DENGAN POLIS

Satu pertempuran telah berlaku diantara unit amal PAS dengan anggota polis lebih kurang jam 5 petang tadi..biasa la kalau dah nama pembangkang berhimpun,  tak bergaduh bukan mereka la kan.

Saksikan video mereka bertempur dengan polis di bawah ini..

Klik gambar untuk video

#KL622 @tunfaisal @PDRMsia HIMPUNAN SANTAI PAKATAN PEMBANGKANG

Nampak gayanya sekali lagi para pengikut pakatan pembangkang kena main dengan pemimpin mereka, beriya iya menunggu di merata rata tempat,  pemipin mereka jelas belum menunjukan muka.


Ada beberapa blog pro pembangkang telah mengeluarkan artikel bahawa sudah lebih 10 ribu orang berkumpul hanyalah permainan semata mata.

Apa yang Sangkakala lihat dari jam 10 pagi tadi sehingga artikel ini dikeluarkan untuk mengumpulkan 5 ribu orang pun masih belum mampu lagi.


Himpunan yang Sangkakala lihat lebih kepada himpunan pasar malam ini kelihatan seumpama orang verkelah di teoi pantai dan ada juga yang dilihat sudah mula meninggalkan Padang Merbok pada waktu ini.

           

Ini adalah sesuatu yang amat luar biasa pada Sangkakala kerana alau dulu para peserta akan berkumpul tidak berganjak dari satu satu tempat himpunan.


Adakah ini merupakan tanda bahawa kemaraan pakatan pembangkang kini sudah mula berakhir tambahan pula dengan kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah satu parti bersekutu (PAS) yang tidak membenarkan para pengikutnya untuj turut serta dalam himpunan kali ini melainkan hanya Mat Sabu serta Husam Musa sahaja yang masih beriya iya untuk mengerah tenaga dari PAS.

Pakatan Pembangkang sudah mula kehilangan kuku dan taring ungin disebabkan pengikut sudah muak dengan himpunan himpunan yang diadakan dan mungkin juga sudah mula yang mengesan penipuan demi penipuan dalam pakatan pembangkang sekarang.

#505 @tunfaisal @PDRMsia GAMBAR HIMPUNAN BLACKOUT 505

Gambar di bawah adalah sekitar Sogo bermula jam 10.30 pagi tadi sehingga kini..











#505 HIMPUNAN KEGAGALAN PAKATAN PEMBANGKANG

Malam tadi Sangkakala sempat bersembang dengan beberapa orang dikalangan pengikut pakatan pembangkang, rata rata mereka mengatakan bahawa himpunan pada hari ini akan menyaksikan kegagalan kepada pihak pakatan pembangkang kerana mereka yakin bahawa hari ini kehadiran tidak akan menepati sasaran.

Mereka ini bercakap berlandaskan daripada beberapa kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh pemimpin pakatan pembangkang tentang kehadiran peserta terutamanya dari PAS. 

Ada pemimpin yang mengatakan bahawa ahli wajib hadir beramai ramai dan ada pula yang mengatakan bahawa tidak perlu hadir dan menerima keputusan pilihanraya yang diadakan baru baru ini.

Salah seorang yang Sangkakala temui malam tadi juga mengatakan bahawa kekurangan kehadiran ini dapat dilihat semasa himpunan di Petaling Jaya kerana ianya kurang hampir separuh daripada kehadiran di Kelana Jaya.

Seorang lagi peserta mengatakan sekiranya hari ini dalam himpunan ini dilihat semakin berkurangan kehadiran, maka pakatan pembangkang tidak lagi perlu untuk mengadakan himpunan kerana sokingan kepada mereka dilihat sudah tiada dan jika diadakan lagi, ianya sudah pasti memalukan pakatan pembangkang itu sendiri.

Seorang lagi peserta pula berkata bahawa sudah jelas kelihatan bahawa pengikut pakatan pembangkang sudah mula keletihan dengan himpunan demi himpunan dan beliau yang mendakwa pernah bersemuka dengan Rafizi Ramli selaku pengaturcara program himpunan hari ini berkata bahawa Rafizi sendiri sudah tidak mempunyai harapan untuk menukar kerajaan melalui jalanraya.

Beliau juga mengatakan bahawa Rafizi sendiri berkata kepada beliau bahawa himpunan ini diadakan semata mata untuk mencalarkan imej pemimpin kerajaan dengan menunjukkan kepada orang orang luar bahawa ada yang menolak kepimpinan kerajaan walau pun Barisan Nasional menang dalam pilihanraya baru baru ini. 

Daripada perbualan antara mereka dengan Sangkakala, jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang tidak mempunyai isu kukuh untuk membolehkan mereka menukar kerajaan Barisan Nasional sebenarnya, apa yang ada hanyalah harapan yang semakin pudar  dimana sokongan kepada mereka dilihat semakin berkurangan. 

Ada juga yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya pakatan pembangkang melakukan tugas sebagai Ahli Parlimen dan bukannya membawa mereka turun ke jalanraya kerana himpunan demi himpunan tidak menampakkan hasil yang positif. 

Hairan juga Sangkakala bila mendengar apa yang dikatakan oleh mereka ini, dalam kata sudah kepenatan tapi masih lagi pergi ke himpunan.

Punyalah bodoh bin bangang, yang berhimpun tu untuk apa? Untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri? Lepas dia naik apa pengikut ni dapat? Kenal ke Anwar pada semua yang hadir tu atau nanti akan ada pertanyaan awak ni orang mana? Semua itu akan terjadi sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kerana apa? Kerana Anwar hanya ingin membalas dendam terhadap kerajaan Malaysia dan apabila dendam ini mula terbalas maka yang nenerima impak dari semua itu adalah rakyat.



@NajibRazak PRODUK KHAIRUN ASEH KINI DIPASARAN

Tak sangka pulak si Khairun ni ada buat jualan produk daddy-kabel di pasaran pemimpin negara..sudah pasti produk yang di pasarkan ini lah yang menjadikan Khairun Aseh kaya raya selama ni.


Fuhh...lagi 1 produk keluaran 1Malaysia telah diperkenalkan di Tanah Air, tak perlu kerja keras, tak perlu modal yang besar, cuma yang perlu ialah produk 'Daddy-Kabel', anda pasti pasti akan berjaya menjadi insan yang kaya dan bertambah kaya.

Yang tukang beli produk pula para pemimpin yang dah tentu kaya raya, jadi takde la masalah sangat kalau si Khairun nak buat jualan.

Dengar khabar yang jadi marketing manager untuk produk Khairun ni pun orang kuat UMNO juga..kalau tak silap nama SUK UMNO telah disebut sebagai 'THE BEST MARKETING OFFICER OF THE YEAR' kerana berjaya membawa Khairun naik ke atas.

Jadi tahniah le pada semua yang berkhidmat dengan Khairun, anda juga boleh diisytiharkan sebagai pengkhianat parti kerana memperjuangkan orang yang Sangkakala katakan boikot calon dan parti dalam senyap.

Jumaat, 21 Jun 2013

@NajibRazak KHAIRUN ASEH DAH INSAF

Haha..lagi sekali Sangkakala nak bagi tau pada semua yang baru baru ni Khairun Aseh anak Tan Sri Aseh Che Mat telah turun mencemar duli ke Putrajaya, amboi siap pakai bahasa istana pulak Sangkakala kali ni, bukan apa, Khairun ni kalah anak raja yang sebenarnya, nak turun ke bahagian sendiri pun kena ada pembesar baru le turun, tak ke mencemar duli namanya tu?


Dengar khabar Khairun turun untuk makan malam bersama sama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di Putrajaya tapi atas jemputan Perbadanan Putrajaya,  maka terlerailah belenggu selama ini bahawa Khairun telah turun untuk memperlihatkan diri beliau sebagai anak bangsawan yang sebenar.

Cuba tanya, Khairun pernah ke makan di kedai mamak kat Putrajaya kalau ada pun mungkin kembang bengkak le tengkuk anak bangsawan ni menelan mee goreng mamak kat situ kan? Tapi bila makan dengan Tun Mahathir mestilah dengan penghormatan nampaknya sebab pakai sudu perak yang halus buatannya.

Tapi apa pulak kena mengena perbadanan Putrajaya dengan Khairun? Nampak macam Tan Sri Aseh nak promote anak dia je pada Tun Mahathir ni.

Muahahahaha...agak agak le kalau nak promote pun Tan Sri, anak Tan Sri tu dah tentu tentu tak nampak muka langsung masa pilihanraya lepas, baru sekarang nak tunjuk muka ye.

Tapi ada satu lagi berita yang pasti memanaskan mata Khairun apabila membaca sebuah artikel untuk beliau sila klik DISINI



GUAN ENG BERTAMBAH PENING DENGAN MUKHRIZ

Kerajaan Negeri Kedah akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung soal penjualan air mentah dari negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata surat yang akan dihantar dalam tempoh terdekat itu adalah proses permulaan bagi membincangkan isu tersebut sebelum rundingan dibuat antara kedua-dua kerajaan negeri .

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pimpinan PAS telah menghantar surat sama kepada Pulau Pinang tetapi ia hanya melibatkan Exco kerajaan negeri sahaja dan tidak sampai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Saya akan lihat balik (mengenai permohonan terdahulu) dan kita akan lanjutkan perkara itu. Saya tak mahu politikkan isu air ini.

"Saya akan pastikan permohonan isu penjualan air kepada Pulau Pinang mengikut lunas-lunas perundangan dan akan berbincang perkara tersebut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)dan Penasihat Undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di bahagian itu hari ini.

Mukhriz berkata beliau turut berterima kasih kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyokong tindakannya untun meneruskan tuntutan pembayaran air mentah.

Kenyataan Phahrolrazi dalam sebuah akhbar menyifatkan penjualan air mentah kepada Pulau Pinang bukan bersifat politik tetapi berdasarkan hak dan kawajaran negeri ini mendapat bayaran menerusi penjagaan sumber air mentahnya.

Mukhriz berkata pihaknya juga mahu mendengar jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membolehkan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Sebelum ini seorang Exco Pulau Pinang yang mewakili DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri telah mengemukakan isu tersebut dan mahu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan jawapan dari kementerian terlibat.

"Saya menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian tersebut," katanya.

-Bernama



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone