Selasa, 25 Jun 2013

@NajibRazak @razaliibrahim PERTELINGKAHAN ANTARA BLOGGER DENGAN BTN

Sangkakala lihat sejak beberapa lama ada beberapa blogger telah menghentam kepimpinan Biro Tata Negara dan terutama sekali Ketua Pengarah Biro tersebut.

Apa yang Sangkakala lihat didalam pertelingkahan tersebut adalah tidak lebih daripada pertelingkahan akibat dendam dan ianya sudah boleh dikirakan agak lama juga.

Yang sebenarnya, perkara ini boleh memalukan kepimpinan kerajaan itu sendiri seolah olah kerajaan tidak pandai menguruskan sebuah biro di bawahnya sebagai sebuah ejensi yang bertanggungjawab.

Sangkakala juga melihat para para blogger ini akan meneruskan dendam mereka selagi tidak memperolehi sesuatu yang mereka inginkan dan jalan penyelesaian yang Sangkakala lihat disini ialah dengan mengeluarkan Ketua Pengarah Biro Tata Negara iaitu Datuk Raja Arif yang mana beliau dilihat selalu dan acap kali menjadi sasaran blogger blogger tersebut.

Satu lagi yang Sangkakala lihat, cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengeluarkan seorang pegawai yang dinamakan sebagai PASBERUK yang juga merupakan seorang penulis blog.

Jika kedua dua orang ini tidak lagi terlibat didalam Biro Tata Negara, Sangkakala amat yakin bahawa kemelut yang melanda dan pertelingkahan yang menghantui Biro ini akan dapat diselesaikan.

Sangkakala keluarkan juga disini kenapa mesti dua orang dalam Biro ini mesti dikeluarkan.

Datuk Raja Arif yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro tersebut dilihat tidak lagi mampu untuk memberikan komitment beliau di dalam biro memandangkan blogger blogger ini yang satu masa dulu diibaratkan sebagai anak emas telah menjadi racun kepada beliau dan kenapa perkara ini terjadi?

Satu masa dulu, Raja Arif dilihat amat kuat memberikan sumber kewangan kepada blogger blogger ini melalui beberapa program besar yang sudah pastilah melibatkan kos yang agak besar juga dan seperti kata pepatah, besar kawah masa besarlah keraknya.

Disini jelas kesilapan Datuk Raja Arif iaitu menajamkan keris tanpa mengira dimana hulu dan dimana hujungnya atau dengan kata lain, memberikan bajet untuksatu satu program tanpa mengira dimana hala tujunya, itu adalah kesilapan besar kepada pemimpin nombor satu Biro Tata Negara tersebut.

Baik, sekarang kita beralih pula kepada pegawai yang dinamakan sebagai PASBERUK pula.

Pegawai ini begitu marah terhadap Ketua Pengarah BTN apabila beliau telah ditukarkan kekawasan pedalaman kalau tak silap Sangkakala di salah sebuah kawasan pedalaman di negeri Pahang.

Ekoran dari penukaran tersebut, beliau dikatakan telah menggunakan khidmat beberapa orang rakan blogger untuk menghentam kepimpinan Raja Arif seterusnya mencemarkan nama baik Biro tersebut.

Jadi disini Sangkakala lihat selagi ada kedua dua orang ini dalam BTN, maka nama baik BTN akan terus tercemar dan segala apa juga usaha untuk menaik taraf Biro tersebut akan terganggu.

Jadi bagi Sangkakala adalah lebih sesuai jika kedua dua mereka dikeluarkan serentak dari dalam BTN supaya tidak akan ada lagi sesiapa yang merasa dengki atau marah atau melakukan program program yang memakan diri dalam BTN.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: