Ahad, 16 Jun 2013

KERAJAAN KEDAH PERLU HENTIKAN OPERASI INSANIAH HOLDINGS

Sangkakala terbaca dalam Berita Harian tentang anak syarikat KUIN iaitu Insaniah Holding Sdn Bhd yang mana kerajaan negeri Kedah kini menanggung segala bentuk gaji kakitangan syarikat tersebut.

Dengan bayaran gaji sebanyak setengah juta Ringgit bagi menampuny seratus orang pekerja bagi Sangkakala adalah amat tidak berbaloi memandangkan itu adalah sebuah syarikat sendirian berhad.

Mengikut kata pengerusi jawatankuasa pendidikan negeri Kedah, kerajaan negeri sepatutnya tidak menanggung kos tersebut kerana Insaniah Holding adalah sebuah Syarika Sendirian Berhad dan kakitangan tidak terikat dengan pengambilan kakitangan kerajaan. 

Sangkakala amat bersetuju dengan perkara ini kerana jika ianya juga perlu ditanggung oleh kerajaan, cuba bayangkan berapa banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan selama setahun.

Ini adalah salah satu bukti dimana kerajaan Kedah terdahulu yang diketuai oleh PAS telah gagal mengurus tadbir kerajaan negeri hingga perkara sebegini terjadi.

Ini juga tidak mustahil akan terjadi di negeri negeri lain yang kini sedang di perintah oleh pakatan pembangkang dan apabila kerajaan Barisan Nasional mengambil alih semula negeri negeri ini barulah segala kepincangan yang berlaku akan kelihatan.